Raya tahun ni merupakan tahun pertama kami beraya tanpa NENEK. Memang terasa lain sebab seolah2 dah kehilangan pemandu arah. Petang semalam masing2 dah menziarah kubur arwah atuk dan nenek. Hanya lelaki je la yang pergi. Yang pompuan duduk rumah menyediakan hidangan untuk pagi raya kedua.
Memandangkan nenek dah tak de, kami tetap menjalankan kebiasaan kami setiap tahun berkunjung ke rumah sanak saudara. Memang dah bermesyuarat dengan adik beradik abah selepas ni kitaorang akan berkunjung ke rumah sanak saudara pada tiap2 raya kedua. Ini adalah untuk memberi ruang kepada adik beradik Abah untuk beraya di rumah mentua masing2 pada raya pertama.