Hari kedua di Cameron, lepas je breakfast terus gerak ke Brinchang. Dah survey tempat2 menarik untuk dilawati kat sini. Mula2 sekali kitaorang pergi Taman Rama-Rama. Bayar tiket RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak2. Yang ada kat sini ialah Rama2 dan haiwan2 eksotik dalam akuarium. Pastu pokok2 kaktus. Abah cakap membazir je datang sini sebab tak banyak yang menarik pun.
Sebelah Hotel Equitorial tu ada ladang strawberry. So singgah lah sini. Hajat nak memetik starberry tapi bila tengok kena bayar belas2 RM untuk berape ratus gram strawberry terus tak jadik nak masuk. Beli strawberry je kat situ dan lepas gian dengan amik gambar dari luar. Lepas tu kitaorang ke Rose Valley melalui Pasar Brinchang. Rose Valley ni harga sama macam Taman Rama-Rama. Tapi lebih worth it la bak yang Abah cakap.
Kat Kea Farm ni ada pelbagai bunga2an...orang romantik macam aku ni mestilah suka tempat ni... ahakss. ;) Selain daripada tu banyak juga replika. Pastu boleh mendaki sampai puncak bukit Brinchang dan boleh lihat sekitar bandar Brinchang. Masa tu dah pukul 1 tengahari. Tapi sebab cuaca sejuk, panas pun tak terasa. Dari atas, kitaorang nampak jalan utama Cameron jem dengan keta. Memang langsung tak bergerak. Kira ramailah yang baru sampai sini sempena weken. Nasib baiklah semalam lagi kitaorang dah sampai. Kalo tak, sama2 sangkut dalam jem.
Dah penat mendaki kat sini, kami jalan2 kat pasar brinchang. Tengok sayur2an yang ada kat sini. Geram je nak beli tapi mikirkan esok nak balik, so beli je la esok. Kitaorang balik hotel dalam pukul 4 petang. Petang tu rilex dalam bilik hotel je. Malam kitaorang keluar makan di Bandar Brinchang. Google tengok tempat makan yang best pastu jumpalah tempat makan ni. Nama dia Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam.
Dah lah parking susah kat sini, 3 kali kitaorang tawaf bangunan2 kat sini. Akhirnya dapat jugak parking kat sebelah tong sampah. Bau boleh tahan tapi sebab nak dekat bolehkan aje sebab ada orang tua. Tempat ni nampak menarik tapi aku rasa servis kurang la. Masa time kitaorang p makan tu, tempat duduk semua penuh. Pastu ode kami, sejam lepas tu baru dapat. Sofiyya sampai dah tertido. Nak kata murah, tak la murah sangat.
Lepas dinner, kitaorang jalan2 ke pasar malam Brinchang. Banyak yang dah tutup sebenarnya sebab dah lewat. Aku beli daun Stevia kat kedai2 kat situ. Saje nak cuba sebagai pengganti gula. Masa ni sejuk sangat. Bercakap pun kuar wap. Rasa macam bawah 23 degree kot. Pastu terus balik hotel beradu di kayangan.
|
Taman Rama-rama |
|
Sempat meninggalkan jejak kat kaktus |
|
|
Kebun Strawberi |
|
Rose Valley |
|
Kebun2 sayur |
|
Boleh nampak seluruh Bandar Brinchang |
|
Ngeri kalo nak lalu kot sini |
|
Kat puncak Bukit Brinchang |