Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

Birthday Abang - 32 Years

Dalam ENTRY sebelum ni hanya ucapan je untuk Abang sempena besday dia. Sofiyya pulak sibuk nak tiup lilin walaupun bukan besday dia. Hari ni memang shopping kat Mydin beli lauk pauk sempena ramadhan rabu ni. Semangat nak masak ni setelah 3 bulan dapur tak berasap gara2 morning sickness.

Last2 aku bagi idea beli kek untuk Abang walaupun dah lewat beberape hari. Tapi dengan syarat keknya Sofiyya yang pilih sendiri. Bertuah punya anak! Papa pun layankan aje. So dapatlah kek Hello Kitty untuk birthday papa. Syarat seterusnya Sofiyya nak potong kek dan tiup lilin sekali dengan papa. Hmm...dah sah2 macam besday dia. Tak pelah janji bahagia nakk oii...

Kek Hello Kitty yang Sofiyya pilih

Nak potong sama2 dengan papa







Thursday, July 4, 2013

Ucapan Hari Lahir ke 32 Untuk SuamiKu

Entry hari ini khas untuk suamiku sempena hari lahir suamiku yang ke 32....Hanya sempat wish melalui SMS je sebab hari ni Abang masuk keje pukul 7 pagi. So seawal pagi dah keluar. Malam tadi nak tunggu pukul 12 malam mata ni dah tak tertahan sangat. Berbadan dua memang penatnya lain macam sket.

Ucapan untuk Abang Tersayang sempena hari lahirnya...


Abang,

Selamat Menyambut Hari Lahir Yg ke 32.
Semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki,
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T,
Semoga dikurniakan kesihatan sentiasa,
Semoga menjadi suami yang terbaik,
Semoga menjadi seorang suami yang tak lupa tanggungjawab,
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat

Terima kasih kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya. Terima kasih juga kerana sama2 mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah dalam melayari alam rumahtangga juga dalam mendidik dan membesarkan permata hati kita. Please keep us in your heart always...Sayang Abang selamanya....MMMuuaahhh!!

Ikhlas dari IsteriMu. 




Monday, October 15, 2012

My Birthday - 33 Years

Birthday aku yang ke 33 tahun kali ni celebrate kat ofis. Beramai2 dengan member2 yang birthdaynya jatuh bulan Oktober. Sepatutnya 5 orang tapi kali ni dapat kumpul 3 orang je. Kitaorang celebrate dengan member2 ofis pada 15/10/2012. 

Kiranya untuk aku early celebration la kan... So collect duit 3 orang ni beli kek chocolate indulgence Secret Recipe dan KFC barrel. Meriah la jugak sebab kebetulan ramai member2 duk kat ofis ritu. Enjoy makan kek sama2... :D Happy birthday untuk Nani & Syura jugak! ;)


Our Birthday Cake

Syura, Na & Nani

Lagik sekali potong kek sama-sama

Ramai-ramai dengan member ofis

Mamat mamat kat belakang yang menyibuk

Nih drang dah takde

Antara kawan2 FB yang wish. Thanx atas ingatan semua... :D


Sunday, September 16, 2012

Khairyna Sofiyya - 5th Birthday Celebration

Birthday Sofiyya yang betul dah lepas 4 hari. Tapi sebab nak cari hari orang tak keje so kami pilihlah Hari Malaysia ni untuk majlis hari jadi dan open house sekali. Nasib ada Ma, Abah dan Fitri yang datang tolong. Kalo tak, tak menang tangan jugak. Mana tak nya... semua menu homemade.

Menu Yang Ada:-
  • Air Teh - Kaw punya macam mamak Maju2
  • Air Kordial
  • Laksa Johor
  • Nasi Impit
  • Pulut Kuning
  • Mee Goreng
  • Kuah Kacang
  • Roti Jala
  • Kari Ayam
  • Nuget Ayam
  • Serunding Daging (Nih aku ode kat ofismate aku, Ina)
  • Keropok (Orang Terengganu makan mee goreng dengan keropok, baru laju je makan. ;))
  • Buah Anggur
  • Puding Koktel
  • Puding Coklat
  • Dadih

Aku dan Abang la pergi cari barang2 untuk masak. Sabtu tu dah membeli belah semua barang2. Barang2 basah semua aku beli kat Pasar Borong Selangor. Polisterin segala mak nenek tu aku cari kat Mydin je. First time beli barang kat Pasar Borong ni. Murah2 jugak barang dia kalo nak compare dengan Mydin. Kek birthday pulak aku order kat Kedai Berry's di Taipan ni. Oklah rege dan rasa dia kalo nak compare dengan BLOG yang biasa aku tempah.

Majlis ni aku jemput ofismate perempuan yang satu projek dengan aku je plus member2 rapat la. Abang pun jemput member2 sekolej yang tinggal area sini dengan ofismate dia. Sedara mara of cozlah jemput sama. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi datang dan bagi hadiah, duit untuk Sofiyya. :)

Muka happy sebab orang celebrate birthday dia
 

Kek from Berry's
Nih sebelum orang datang


Gaya bebas
Bergambar dengan atuk, nenek dan pak su
Semua ada
Khas untuk tetamu

Goddies untuk budak2... ummi create sendiri semua ni
 

Tetamu yang mula2 sampai je sempat menyaksikan acara potong kek
 

Kena blow banyak kali sebab lilin tak padam
Potong kek dengan ummi
Semua tengok Sofiyya potong kek

Syura patut dapat adiah sebab jadi tetamu 1st yang sampai
Bam2 anak kiah...

Bakal mummy and daddy
Nurul dan anak2
 

Belon banyak2 tu untuk budak2 yang datang
Menu untuk tetamu
Kak Norro dan anak2 dara
Ashraff yang sangat pemalu
Asyadeya yang lincah
Iman Qistina anak Kak Jus
Ofismate Abang
 




Wednesday, July 4, 2012

Birthday Abang - 31 Years

Entry ini khas untuk my lovely husband sempena birthday. Happy 31st birthday Abang. Semoga dikurniakan kesihatan sentiasa, dilimpahi rezeki dan rahmat olehNya. Dan semoga hubungan kita kekal selamanya... Amin. Na sayang Abang ketat-ketat.. MMmuuuaaahhhhh!!!!. Special untuk birthday Abang kali ni, aku sediakan red velvet cake homemade. Hehehe tak yah ode dah.... belaja buat sendiri jek! :D

Birthday present untuk Abang from isteri terchenta

Kek untuk Abang & Wish @ FB

Saturday, October 22, 2011

My Birthday - 32 Years

Alhamdulillah...masih lagi dipanjangkan umur untuk sampai ke angka 32 nih. Semoga aku dikurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah... Amin. Cuma kali ni masih rasa sedih dengan keguguran yang tidak dijangka. Mungkin belum rezeki kami sekeluarga. Tempoh waktu yang sepatutnya aku masih berpantang keguguran. So no celebration at all... :|

Birthday wishes dari kawan-kawan kat FB. Thanx semua... :)

Yang ni special present dari Abang sempena birthday. Samsung S2. Gajet terbaik 2011. Thanx Abang. Sayang Abang sangat2! Mmuuaahhh...

Monday, July 4, 2011

Birthday Abang - 30 Years

Happy birthday yang ke 30 Abang. Semoga sentiasa sihat walafiat, murah rezeki, panjang umur dan bertambah erat kasih sayang kita. Seperti biasa aku ode kek kat blog ni. Kira macam dah regular customer dah. Ode cupcakes saiz M 25 bijik. Tema aku buat pasukan Malaysia Harimau Malaya. Lepas tu apa lagik.... makan2 kat rumah. :D

Tema Harimau Malaya

Papa dan sofiyya

Kami bertiga

Harimau malaya mengaumm

Suap kat sofiyya dulu...

Then baru birthday boy

Sofiyya geram dengan gawang gol

Sampai jilat cream kat tiang gol

Full cup cakes

Birthday boy of course la happy :D