Wednesday, April 3, 2013

My TTC Story - Pengalaman Membuat HSG

Hari ni aku amik AL sebab dah buat appointment dengan KPJ Tawakal Kuala Lumpur untuk HSG. Korang tau ke apa itu HSG? HSG bermaksud Hysterosalpingogram. (Aku pun sebenarnya susah nak sebut mendalah ni.) So panggil pendeknya ialah HSG. Iaitu kaedah untuk Xray tiub falopio samada block atau tak. Kaedah ni kena tunggu hari 9 - 11 kitaran period (CD). Macam aku ni, hari ni merupakan hari ke 11.

Memang dah cakap awal2 kat Abang suh teman aku kat sini. So hari ni Abang set dia sebagai keje malam. Seawal jam 7 pagi kitaorang kuar rumah. Appointment 9:30 pagi tapi staff dia suh sampai kul 9:00 pagi untuk persediaan Xray. Dengan Sofiyya aku angkut sekali. Takkan nak hantar p sekolah pepagi sangat. Ustazah pun belum sampai.

Bila ke KL seperti biasalah dengan jemnya. Kitaorang sampai sana dalam pukul 8:45 pagi. Sampai je aku terus ke toilet sebab tak tahan nak terkucil. Maybe rasa gemuruh kot sebab tatau macammana keadaannya. Setel urusan registration, staff kat situ suh tunggu sampai nama dipanggil. Oh ya... nak buat HSG ni bukan dengan Gynae tau, tapi dengan Radiologist. Department pun semestinya Imagine Deparment. Nak senang panggil Xray Department.

9:30 pagi nurse panggil aku masuk bilik rawatan. Dia bagi baju hospital suh tukar tapi takat seluar je. Baju, tudung semua boleh pakai termasuk barang kemas. Yelah...nama pun nak scan bawah je kan. Takde kaitan yang kat atas. So sape2 nak buat rawatan ni better elak pakai jubah sebab kang semua kena bukak.

9:40 pagi nurse suh baring kat tempat Xray. Korang tak yah risau kalo tiba2 rasa nak terkucil sebab ada toilet sekali kat dalam tu. First sekali nurse tu terangkan prosedur macam mana. Dia cakap selalunya patient tak sakit kalo buat dengan Dr Fatimah Yakin ni. Janji ikut apa yang dia cakap. Mula2 pembantu Dr akan amik gambar Xray sebelum rawatan dimulakan. Lepas tu dia suh tunggu sampai Dr Fatimah datang. Selalunya nurse cakap DR sampai dalam pukul 9:45 pagi.

Sambil tunggu tu mulut aku kumat kamit baca Doa Nabi Yunus. 

 
Sumber : My Toha Network

Banyak kali jugaklah aku baca sebab lama sangat menunggu. Dari aku rasa berdebar2 sampailah aku rasa rilex sangat. Bila tengok jam 10:15 pagi, pandang kat pembantu DR kat luar. Dia masuk tanya aku nak pergi toilet ke.. aku cakap aku nak bangun sebab lenguh lama sangat baring atas katil besi tu.

10:30 pagi baru Dr Fatimah sampai dan terus mulakan prosedur. First sekali dia suh kangkang cam nak bersalin tu. Pastu dia masukkan alat untuk bukak faraj. DR cakap alat ni rasa sejuk sebab besi. Tapi aku macam tak rasa sejuk cuma rasa tak selesa sebab ade sesuatu dimasukkan. Pastu dia cuci dalaman tu pakai kapas. Tapi Dr Fatimah tu inform lepas ni dia nak buat apa...then next apa. Apa rasa bila dia masukkan alat2 tu.

Kemudian DR masukkan batang tiub yang panjang ke pangkal rahim. DR cakap akan rasa sengal masa dia masukkan alat ni. Dan memang itu yang aku rasa. Lepas tu baru DR injectkan Dye berwarna kuning. Bila dah inject terus amik gambar Xray dalam 3 kali. Pastu Dr suh mengiring ke kiri, pastu ke kanan pulak sambil amik gambar Xray. Lepas 10 minit, DR tarik keluar batang tiub tu. Dah macam kena sula aku rasa. Hehehe. Tapi sebenarnya takde la sakit sangat. Bolehlah tahan.

Dr Fatimah cakap nampak ok je semua. Lega aku bila dengar ayat tu. Tapi DR cakap lepas ni akan ada pendarahan sket sebab dah masuk alat2 dalam rahim tadi. Lepas tu pergi toilet cuci dan tunggu 30 minit untuk amik gambar Xray lagik sekali. Masa ni dah kena tunggu kat luar kejap sebab ada patient lain plak. Tapi belum boleh tukar baju. Bila dah cukup 30 minit, nurse panggil semula untuk Xray last. Kali ni Pembantu DR je yang buat. Dah setel semua boleh tukar baju.

Tunggu lagik 30 minit untuk dapatkan report Xray. Alhamdulillah...kedua2 tiub falopio ok. Bayaran hanyalah RM180 je. Tapi memang ada darah warna light gitu lepas prosedur. Nak kena pakai pad jugak la. Macam aku lepas 3 hari baru kering. Tapi tak la heavy macam period. Aku pun solat seperti biasa just tukar pad bila nak solat je sebab bukan darah period pun.

Dari Kiri 1- Gambar Sebelum Rawatan, 2 - 5 Gambar semasa rawatan, 6 - Gambar selepas 30 minit
Closeup



Report HSG

No comments:

Post a Comment