Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Fraser Hill 2012

Tahun ni kami pilih Fraser Hill sebagai percutian untuk menyambut Anniversary yang ke 6. Tak pernah sampai ke sini pun sebenarnya.  Pergi pun tak lama cukuplah 2 hari 1 malam sebab memikirkan Fraser Hill tu tak banyak tempat untuk dilawati. Perjalanan dari USJ ke Fraser Hill makan masa dalam 3 jam lebih. Nampak dekat tapi bila sampai ke pintu masuk Fraser Hill, jalan kat situ macam ular kena palu. Lagik teruk kalo korang penah ke Cameron Highlands melalui Tapah. Sofiyya siap pening dan nak termuntah lagik. Nasib dia boleh tahan.

Aku stay kat Fraser Hill Silverpark Resort. Aku amik studio apartment dengan kos RM1++ sekali dengan breakfast untuk 2 hari 1 malam. Kali ni booking melalui web resort ni sendiri. Tapi aku tak berape prefer tempat ni kalo korang nak stay kat studio. Kalo nak apartment 2 bilik atau 3 bilik sesuai la kot kat sini.

Kitaorang dapat studio apartment yang paling atas sekali. Sesuai kalo aku panggil loteng. Dalam 5 tingkat jugak la. Pastu dah la takde lift. Memang menapak kitaorang mendaki tangga. Nasiblah 2 hari 1 malam je. Tak banyak barang sangat. Petang tu kitaorang jalan2 tengok kawasan Fraser Hill. Cuaca dia sejuk jugak tapi aku rasa Cameron lagik sejuk kot.

Kalo nak makan makanan yang standard gerai tu ada je kat Fraser Hill. Tapi korang kena naik atas sket dari Jam Fraser Hill tu. Pastu kalo ke kiri korang jumpalah macam food court gitu. Kalo ke kanan korang akan ke Strawberry Park Resort atau jalan turun dari Fraser Hill.

Malam tu baru perasan kat blok kitaorang tu, family aku je yang stay kat situ. Memang seram la. Dah la tingkat atas sekali. Sebab suasana studio tu pun banyak Barang2 yang dah rosak. Macam takde maintenance plak. Malam tu memang aku tak boleh tido.. dah dekat pagi baru terlelap dengan sendiri. Nak pegi toilet pun aku kejutkan Abang suh teman. Tapi takde pape sebenarnya. Perasaan aku je.

Esok pagi breakfast kat resort ni macam hape jek. Dah lah makanan yang disediakan kuetiaw goreng, omelet, roti bakar dan cereal untuk budak2. Cikai gila. Memang thumbs down la. Lepas breakfast terus kitaorang check out sebab kalo lama2 pun nak pegi mana. Resort pun buruk je.

Studio room Silverpark Resort
 


Makan tengahari kat sini. Google aje...
Nasib tak beli baju ni untuk Sofiyya...hehehe
Sian kucing2 ni kesejukan




Fraser Hill Golf club
Klinik Kesihatan Fraser Hill
Post Office
Sofiyya jadik kemramen
Sempadan Selangor dan Pahang
Kemramen kecik dari kemra




Silverpark Resort
Suasana menjelang senja
Suasana pagi di Banjaran Titiwangsa
OTW turun jumpa empangan yang takde air ni

Penuh dengan kabus


Thursday, October 27, 2011

Wedding Anniversary - 5 Years

Alhamdulillah... hari ini genap 5 tahun perkahwinan kami. Bermula dari perkenalan oleh orang tua Abang dan Allahyarham Nenda ku... segalanya bermula. Kiranya kami ni bercinta selepas nikah jugak la kot... Mana tak nya... sebulan kenal dah beli cincin tunang dan merisik. Lepas 3 bulan majlis merisik dan bertunang serentak. 

2 bulan lepas tu kami disatukan pada hari raya Aidilfitri yang keempat. Masa ni belum ade majlis lagi. Majlis dibuat pada bulan 12 untuk kedua-dua pihak pada tahun yang sama. Setahun je semua setel! Inilah yang dikatakan jodoh dari Allah... semoga ikatan perkahwinan ini akan utuh sehingga hujung nyawa kami dan sehingga ke syurga. Amin ya rabbil 'alamin. :)

Anniversary Tribute di FB. Thanx pada kawan2 yang wish


Saturday, November 6, 2010

Genting Highlands 2010 - Day 2

Hari kedua kami kat Genting.

Oleh sebab takde breakfast...so  pagi tu Abang la yang tolong carikan breakfast untuk kami. Kebetulan nak alih keta jugak ke tempat lagik dekat dengan hotel. Semalam masa OTW nak ke hotel tu ternampak la ada kedai makan yang agak2 tak berapa nak mahal la regenya.

So Abang pun belilah nasi lemak dan kuih2 kat sini. Tapi rege dia sebab dah kat Genting kan...boleh tahan jugak tapi tak la semahal kalo nak compare dalam shopping mall. 


Hari ni kami plan masuk indoor games dan naik cable car. Tapi sebelum tu ada ofismate yang dah p bulan Julai inform yang cable car tengah dalam construction. Pastu siapnya dalam bulan 12 kot....

Bila sampai sana memang betul pun. Tapi kitaorang takde la patah balik dah alang2 sampai situ. Naik lah cable car lama. Tiket pun RM5 je sorang. Masa naik cable car nak turun bawah kitaorang je kat dalam tu dengan yang jaga pintu.

Bila dah sampai kat Goh Tong tu... punyalah ramai orang beratur nak naik atas. Adoii la... kalo Q ni konpem kul 12 pun tak leh naik lagik. Lagipun rini nak checkout. Last2 naik teksi yang offer naik atas RM15. Mahal tu... dah mintak kurang dari RM20. Padahal dekat je nak naik atas. Saje je kan drang ni sebab tengok kami cam dah malas nak Q.

Kitaorang check out kul 12pm... pastu terus balik Subang. So berakhirlah sambutan anniversary kitaorang untuk kali ke 4. Kesimpulannya... kalo korang nak naik Genting, prepare la duit banyak sket sebab barang2 kat sini semuanya over price.

Dalam lif hotel. Papa duduk cangkung nak amik gambar kat cermin
Puppet yang ade kat hotel... sofiyya takut nak suh bergambar dekat
Tengah tunggu cable car

View dari dalam cable car
Kitaorang je dalam ni


Abang menafsir sesuatu...fuhh ayat!
Dah sampai kat Goh Tong

Suka buat muka cam ni
Q lagik nak main indoor games

Loving couple.. ;)
Dalam train. Sila abaikan baju yang menampakkan aku gems
 

Dari cermin dalam train
 





Masuk jugak snow world ni tapi biasalah kemra tak boleh bawak
Benti makan dulu
 



Last sebelum berangkat pulang naik gondola nih