Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Iftar 3 Ramadhan 1434

Menu untuk berbuka hari ini ialah Nasi Ayam Hainan. Resepi turun temurun sejak dulu boleh BACA kat sini. Biasanya selalu pakai salad, tomato dan timun kan. So kali ni tukar salad dengan taugeh ala2 The Chicken Rice Shop. Ha yang ni belom ada resepi dalam entry yang lama.

Taugeh Ala TCR

Bahan - Bahan (Untuk 2 orang makan) :-
2 genggam taugeh
2 sudu besar stok ayam/1 kiub pati ayam
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil kicap manis
Air panas untuk celur taugeh
Cili Merah
Bawang Goreng
Daun Bawang (Optional)
Garam

Cara-cara:-

1. Celurkan taugeh di dalam air panas untuk seketika. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali atau periuk kecil, masukkan air, stok ayam/kiub ayam, kicap dan minyak bijan. Masak sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. Sebatikan dengan garam secukup rasa.
4. Taugeh yang dah ditos tadi disiram dengan kuah stok ayam kemudian ditaburkan dengan hirisan cili merah dan bawang goreng/daun bawang.
5. Akhir sekali taburkan serbuk lada sulah. Siap untuk dimakan.

Nasi Ayam Hainan

Taugeh Ala TCR

Thursday, July 11, 2013

Iftar 2 Ramadhan 1434

Hari kedua ramadhan masih menu nasi berlauk. Hari ni aku masak simple2 je. Jom tengok menu apa untuk berbuka hari ini.


Masak Lemak Telur

Bahan - Bahan (Untuk 2 orang makan) :-

4 biji telur ayam (Direbus)
5 ulas bawang merah (Dikisar)
2 ulas bawang putih (Dikisar)
1 ulas bawang besar (Dipotong 4)
Segenggam suhun (Direndam terlebih dahulu)
Santan Kotak
1 sudu kecit serbuk kunyit
Air
Minyak
Garam

Cara - Cara :-

1. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan santan kotak. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Apabila santan dah mendidih masukkan bawang besar, serbuk kunyit dan suhun.
4. Masukkan telur dan perasakan dengan garam. Siap untuk dihidang.




Masak Lemak Telur

Kerabu Kacang Panjang

Bahan - Bahan (Untuk 4 orang makan) :-

Separuh ikat kacang panjang (Dipotong kecik2)
1 biji tomato (Dipotong Dadu)
3 biji cili padi (Dipotong Dadu)
2 ulas bawang merah (Diracik halus)
1 batang bunga kantan (Diracik Halus)
2 SB cuka
Garam
Gula

Cara - Cara :-

1. Masukkan cuka, garam dan gula. Gaul sehingga sebati dan secukup rasa.
2. Masukkan semua bahan2 yang telah dipotong dan gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidang.


Kerabu Kacang Panjang




Wednesday, July 10, 2013

Iftar 1 Ramadhan 1434

Salam Ramadhan untuk semua ummat Muhammad. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Kali ini aku berpuasa sambil berbadan dua. Pernah sekali pada tahun 2011 tapi rezeki itu bukan milikku kerana keguguran selepas raya. Bukan sebab salah makan, jatuh atau apa tapi disebabkan blighted ovum. Kiranya cam kandungan tak jadik la.

3 bulan dapur umahku tak berasap sebab asyik muntah2 je. Memang pantang la dengan bau2an. So kali ni bila kandungan dah masuk minggu ke 15, muntah2 tu dah ok sket. Memang bersemangat untuk bersilat kat dapur kali ni. Untuk hari pertama berbuka puasa, aku masak dua menu je iaitu kangkung goreng belacan dan udang masak tanjung. Untuk sahur pagi tadi aku masak kari ikan merah dengan bendi tapi gambar lupa nak snap. Menu sahur tu ada lebihan so bawak sekali untuk berbuka posa. Jom tengok apa resepi yang aku gunakan untuk berbuka hari ni.



Kangkung Goreng Belacan

Bahan - Bahan

Seikat kangkung (Potong dan asingkan batang dan daun)
1 SK belacan yang dah siap dibakar
4 ulas bawang merah (Ditumbuk)
2 ulas bawang putih (Ditumbuk)
5 batang cili padi (Ditumbuk) - Kalo suka pedas, boleh tambahkan cili padi
Segenggam bilis (Rendam dengan air panas dan tumbuk kasar)
Sedikit Air
Garam
Minyak

Cara-cara:-

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk seperti bawang, cili padi, belacan dan bilis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan kangkung. Masak sehingga kangkung layu. Siap untuk dimakan.



Kangkung Goreng Belacan

Udang Masak Tanjung (Resepi dari ofismate Kak Zue)

Bahan - Bahan

1/2 kg udang besar
10 batang cili merah
1 batang serai
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu cuka
Daun Kari
Garam
Gula
Minyak

Cara - cara

1. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan serai.
2. Panaskan minyak. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
3. Menggunakan minyak gorengan udang tadi, masukkan daun kari dan tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Masukkan cuka, garam dan gula sehingga secukup rasa.
6. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati. Masak sekejap. Siap untuk dihidang.

Udang Masak Tanjung


Sunday, April 21, 2013

Carrot Oat Cake

Hari ni misi untuk menghabiskan oat yang ada kat rumah. Searching kat google. Jumpalah resepi carrot oat cake ni dari Kak AZLITA MASAM MANIS. Bila check semua bahan2 ada kat rumah kecuali yang sampingan la. Jom tengok bahan2 untuk Carrot Oat Cake.

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum * (Aku guna high protein flour)
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak) (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
2 biji telor gred A (Aku gunakan 3 biji telur)
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula halus (Aku guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan) (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap) (Aku gunakan gajus yang dah siap dibakar)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla (Aku guna 1 penutup esen vanila)
3 sudu besar gula icin (Aku guna 5 sudu besar)
2 sudu besar whipping cream

Bahan2 yang digunakan

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180C. (Seperti biasa aku gunakan microwave)
2. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. (Aku sapukan dengan minyak je sebab pakai loyang non stick)
3. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. (Aku pakai whisker je)




4. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.


5. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.


6. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2. (Aku tumbuk kasar kacang gajus)

Pembantu di dapur

7. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam. (Aku guna microwave suhu paling tinggi selama 5 minit sahaja)


Cara membuat cream cheese topping:
1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. 2. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.

Dah siap dihias dengan cream cheese.

Sedia untuk dimakan. Sangat moist!


Saturday, April 6, 2013

Bubur Nasi Berlauk

Kali ni aku nak share resepi bubur nasi berlauk. Menu ni merupakan menu lunch kami hari ni. Idea2 ni semua datang dari gerai Sepupu aku yang berniaga bubur berlauk di LOKAS MAKANA. So kat sini ada dua resepi lauk yang aku prepare. Jom kita masuk dapur!

Resepi yang pertama :- Strip Ikan Rangup

Bahan - Bahan :- 
Strip Sotong secukupnya
Gula
Minyak

Nih rupanya strip ikan kalo tak kenal

Cara - Cara :-
1. Goreng strip ikan tu dengan api perlahan. Agak2 dah garing, angkat. Jangan toskan minyak.
2. Taburkan gula di atas strip ikan yang siap digoreng.

Siap untuk dimakan begitu saja atau dengan bubur nasi
Resepi yang kedua :- Sotong Kering Masam Manis

Bahan - Bahan :-
2 keping sotong kering saiz sederhana
Pelembut Sotong (Serbuk berwarna putih)
3 sudu besar air gula
2 sudu besar cuka/limau nipis
Secubit Garam
Minyak

Cara - Cara:
1. Sotong dipotong kecik2 dan direndam didalam air yang dicanpurkan dengan pelembut sotong selama 1 jam. 
2. Goreng sotong yang siap direndam sehingga garing.

Sotong digoreng

3. Dalam mangkuk, campurkan gula, garam dan cuka sehingga sebati.
4. Gaulkan dengan sotong yang siap digoreng

Sotong kering masam manis
Macam2 lauk untuk bubur. Sambal Sardin + Markerel, strip ikan rangup, sotong kering masam manis, sambal kicap pedas dan ikan gelama jeruk goreng.


Sunday, March 31, 2013

Roti Hotdog Cheese Bakar

Pertama kali makan sewaktu meeting projek kat ofis. Ofismate aku, Nawi bawak datang ofis untuk makan2 sewaktu meeting. Bila rasa sedap terus cuba sendiri kat rumah. Tapi seperti biasa aku mesti modified ikut aku punya style. :D

Bahan - Bahan dan Cara - Cara :-

1. Sos Prego - Sapu Pada Roti, tak perlu banyak2 sebab rasa dia sedikit masam
2. Cheedar Cheese - Potong halus memanjang dan letak last sekali di atas roti
3. Oregano - Tabur di atas roti selepas sapu Sos Prego
4. Roti HotDog - Di potong kepada 2 bahagian


5. Hotdog dipotong membulat


6. Cendawan Butang dipotong halus2


7. Capsicum dipotong dadu


8. Susun bahan2 diatas seperti Hotdog, cendawan, capsicum dan keju. Bakar di dalam microwave menggunakan mode Combination selama 3 minit. 


Inilah hasil selepas dimicrowavekan


Tuesday, March 26, 2013

Kek Marble Pisang Montel

Bila balik kampung, macam2 makanan atau buah2an bawak balik rumah sebagai buah tangan. Weken minggu lepas aku balik umah Mentua di Seri Menanti, Muar. Mak tepon Abang suh balik sebab nak buat kenduri tahlil. Menu malam tu nasi jagung, ayam masak bistik, dalca daging, acar timun, kuih muih dan buah pisang.

Disebabkan pisang ni banyak, so Abang angkutlah pisang montel ni dalam 10 biji bawak balik rumah. Pisang montel ni tak tahan lama. Bila dah ade kat rumah, tak makan pulak. Last2 terpikir nak buat kek pisang. So google kek pisang yang bahan2nya memang dah sedia ada kat rumah. Resepi asal dari MY RESEPI. Jom tengok bahan2 nak buat kek pisang ni.


Bahan-bahan (5 org makan)

3 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum (Aku guna 1 cawan self raising flour, 1 1/2 cawan tepung gandum)
1 cawan minyak mazola (Aku guna 2 cawan minyak jagung)
1 cawan pisang lenyek (pisang berangan - anggaran 3 biji) - Aku guna pisang montel dalam 5 biji
1 sk soda bikabonat
1 sk baking powder
2 sb chocolate powder (Nih aku yang tambah. Cairkan dengan air panas)

Cara-cara

1.  Lenyek pisang sampai hancur. Nak senang guna sudip untuk masak burger.


2. Pukul telur & gula hingga kembang (Senang citer aku pakai blender je. Padahal mixer depan mata)
3. Masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder. Yang ni semua aku campur sekali dalam blender. Masa blend kacau dengan spatula blender supaya rata.



4. Bahagikan adunan kepada dua. Satu adunan dicampurkan dengan larutan coklat cair.


5. Masukkan adunan di dalam loyang berselang seli dengan adunan coklat.


Guna pisau untuk jadikkan corak macam ni
6. Kukus 45 minit. (Aku  guna microwave dengan high temperature selama 10 minit.)

Inilah hasilnya...sangat moist!

Selepas dimicrowavekan
Siap untuk dimakan.. :D


Sunday, March 17, 2013

Kerepek Filamen Ketam

Kerepek filamen ketam ni pertama kali diperkenalkan oleh ofismate aku, Kak Ita. Bila dah rasa teruslah mintak resepi. Kak Ita pun bagilah resepi asal dari BLOG ni. Memang sedap. Even Sofiyya pun cakap sedap. Makan sekali nak berkali2.

Bahan2
Filamen Ketam secukupnya - Aku suka beli brand Fusipim
Minyak untuk menggoreng

Filamen Ketam brand Fusipim

Bahan A
1/2 cawan (secukupnya) tepung beras
Sedikit perasa ''secukup rasa''
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun kari
Sedikit Serbuk Kari ayam - Aku tambah

Cara2
1. Filamen ketam disiat2 memanjang & ketepikan.

Filamen ketam yang disiat. Aku pakai pisau cantik sikit.

2. Satukan kesemua bahan A

Gaul sebati bahan A
3. Di dalam mangkuk besar, masukan filamen ketam yg telah disiat2 tu, gaul sekali dengan semua bahan A sampai rata.

Bahan A dan filamen yang disiat

4. Goreng sehingga kekuningan.

Dah siap...

Saturday, September 1, 2012

Ketupat Sotong

Tekak ni dah lama teringin nak makan masakan Terengganu. Pulak tu ada member kat FB upload gambar ketupat sotong. Lagiklah membara2 nak mencuba. Kebetulan sotong dan beras pulut memang ada kat rumah. Antara nak buat atau malas je. Tapi sotong yang ada kat rumah saiz kecik. Jadiklah...janji dapat makan ketupat sotong. Resepi asal dari SINI.

Bahan-bahan (10 ekor)
  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang - Aku guna toothpick je

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Lama jugak nak merebusnya sebab nak bagi pulut di dalam sotong tu betul2 masak. Agak2 dalam 45 minit jugak. Tapi rasa dia...memang Ummmpphhh!! Bukan aku yang nak bangga diri, tapi ni komen dari Farah adik ipar aku dan adik beradik dia yang merasa. Sampai ke Bangi aku bawak ketupat sotong ni. :D

Dah boleh makan....


Sunday, August 5, 2012

Buttermilk Roast Chicken

Tak abis2 dengan buttermilk eh.... sayang punya pasal. Selagik boleh dibuat resepi2 lain konpem aku akan cuba. Nih balance buttermilk yang sama aku buat BUTTERMILK CHOCOLATE CUP CAKES. Resepi asal dari BLOG ni. Jom survey apa bahan2 yang digunakan.

Ingrediants

2 cups buttermilk
5 garlic cloves, peeled and smashed
1 tablespoon table salt
1 tablespoon granulated sugar
1 1/2 teaspoons paprika, plus extra for sprinkling (aku pakai serbuk kari jek sebab paprika takde)
Lots of freshly ground black pepper
2 1/2 to 3 pounds chicken parts
Drizzle of olive oil (aku pakai mentega)
Flaked or coarse sea salt, to finish


Method:

1. Whisk buttermilk with garlic, table salt, sugar, paprika and lots of freshly ground black pepper in a bowl. 
2. Place chicken parts in a gallon-sized freezer bag (or lidded container) and pour buttermilk brine over them, then swish it around so that all parts are covered. 
3. Refrigerate for at least 2 but preferably 24 and up to 48 hours.
4. When ready to roast, preheat oven to 425 degrees. Line a baking dish with aluminium foil. 
5. Remove chicken from buttermilk brine and arrange in dish. (aku masukkan sekali kuah buttermilk sebab nak suh basah)
6. Drizzle lightly with olive oil, then sprinkle with additional paprika and sea salt to taste. 
7. Roast for 30 minutes (for legs; approximately 35 to 40 for breasts), until brown and a bit scorched in spots. Serve immediately. (Seperti biasa aku guna microwave dengan mood grill selama 10 minit)

Roast chicken masih berendam dalam kuah buttermilk
Dah boleh ngapp...sedap jugak rasanya


Sunday, July 29, 2012

Bawal 3 Rasa

Memandangkan stok nenas dalam tin aku masih banyak, so terpikir2 jugak nak masak apa dengan nenas2 yang banyak ni. Mak mentua yang kasi bertin2 ni sempena kenduri kat kampung. Akhirnya datanglah idea nak buat Bawal 3 Rasa. Sebab satu lagik, memang ada stok bawal kat rumah. So, inilah resepinya. Resepi yang direkacipta sendiri. :)

Bahan - bahan:-
1 ekor ikan bawal
Nenas dalam tin (Dipotong dadu dan diasingkan airnya)
Sedikit daun sup (Dipotong halus)
5 biji cili padi (Dipotong)
1/2 batang lobak (Dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (Dipotong dadu)
1 sudu besar cili boo
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong
5 ulas Bawang merah, 2 ulas bawang putih (diracik halus)
Garam, gula secukup rasa
Minyak

Cara - cara:-
1. Bersihkan ikan. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Ketepikan seketika biar sebati.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, goreng ikan bawal sampai hampir garing.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Goreng bawang yang dah diracik sampai naik bau. Masukkan cili boo dan cili padi. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan potongan lobak, tomato, nenas dan gaul sebati.
5. Tuangkan di atas ikan bawal yang dah digoreng tadi. Taburkan dengan daun sup. Siap untuk dimakan dengan nasi panas2.



Sunday, July 15, 2012

Red Velvet Cup Cakes

Kali pertama buat RED VELVET CAKE, keknya tak berapa menjadi. So kali ni aku nak cuba buat red velvet cup cakes plak. Kebetulan esok ada makan2 kat ofis. So bolehlah try kan! Resepi yang lama macam tak menjadi bila aku cuba. So kali ni aku cari resepi lain yang menggunakan minyak sayuran sebab bila guna minyak konpem kek atau cup cakes akan jadik moist. (Nih aku punya teorilah). Jumpalah BLOG ni. Resepi dia aku ikut petak2 jugak. Jom jenguk resepinya macam mana.


Ingredients
Dry Batter Ingredients
• 1 1/3 cups sifted cake flour (Softasilk). 
(Aku guna Superfine Floor dan doublekan kuantiti) 
• 1 1/3 cups sifted all-purpose flour
• 2 cups sugar
• 2 TBSP unsweetened cocoa powder
• 2 tsp baking powder
• 1 tsp baking soda
• 1 1/2 tsp salt

Wet Batter Ingredients
• 1 cup buttermilk
• 3 large eggs
• 1 cup sunflower seed oil
• 2 TBSP red food coloring
• 1 tsp pure vanilla extract
• 1 tsp distilled white vinegar

Directions
1.    Make Red Velvet Cupcakes:
Adjust oven rack to middle position. Preheat oven to 350° F. Line cupcake pan(s) with cupcake liners. (Yang ni aku guna microwave. Set high temperature). 

2.  Using a stand mixer or electric handheld mixer, mix all dry batter ingredients together in a large mixer bowl. In a separate large bowl, mix together all wet ingredients on low.
3.    Add wet ingredients to dry ingredients 1/3 at a time, mixing in between on low setting. Mix until batter is smooth.
5.    Fill cupcake liners 3/4 full with batter, evenly distributing to all liners. Place pans in oven and bake for 25 minutes for jumbos, 20 minutes for standards, 15 minutes for minis, or until toothpick comes out clean from center of cupcake.
(Aku set untuk satu cup selama 50 saat. So kalo 8 cups sekali masuk dalam 1 minit 30 saat hingga 2 minit). Remove pans from oven and allow cupcakes to cool in pan for 15 minutes. Trying to pick them up out of the pans too early may leave dents in the still soft tops and cup liners. After which, it's best to remove cupcakes and allow them to cool completely on a wire rack or counter before frosting.

Untuk cream cheese aku masih gunakan resepi yang asal dari AZLITA MASAM MANIS.

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
80g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

Dan....inilah hasilnya. Taraaa.......memang moist dan boleh tahan berhari2. Simpan dalam fridge pun boleh terasa moist lagik. Maaplah yer kalo deco tak menarik sebab main taram je.



Sunday, July 8, 2012

Buttermilk Chocolate Cupcakes

Buttermilk kalo beli tak leh beli sket2. Mesti sekotak besar. Pulak tu tak tahan lama. Kejap je. Nih gara2 buat RED VELVET CUP CAKES la ni. Boleh je nak buat buttermilk sendiri, tapi sebab dah ke kedai jual barang2 buat kek, so beli la buttermilk sekali. Bila tengok buttermilk tu masih berbaki banyaklah jugak, so aku pun google la cup cakes coklat yang gunakan buttermilk. Resepi asal dari BLOG ni. Kita survey apa bahan2 yang digunakan.

Ingredients

1/2 cup butter, softened
1-1/2 cups sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
1-1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup baking cocoa
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup buttermilk
1/2 cup water
 

FROSTING:

1/2 cup butter, softened

3-3/4 cups confectioners' sugar
2 ounces unsweetened chocolate, melted
2 tablespoons evaporated milk
1 teaspoon vanilla extract
1/4 teaspoon salt
Chocolate sprinkles

Directions


1. In a large bowl, cream butter and sugar until light and fluffy. 
2. Add eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in vanilla. 3. Combine the flour, cocoa, baking soda and salt. Combine buttermilk and water. 
4. Add dry ingredients to creamed mixture alternately with buttermilk and water, beating well after each addition.
5. Fill paper-lined muffin cups two-thirds full. Bake at 375° for 15-20 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. (Seperti biasa aku guna microwave high temperature untuk 50 saat bagi satu biji cup cake.)
6. Cool for 10 minutes before removing from pans to wire racks to cool completely.
7. For frosting, in a small bowl, beat butter and confectioners' sugar until smooth. Beat in the melted chocolate, milk, vanilla and salt. Frost cupcakes; garnish with chocolate sprinkles. Yield: 2 dozen.
(Chocolate topping aku beli je yang readymade kat kedai bakery)

Bila dah siap, bagi aku coklat cup cakes tanpa buttermilk is more better la... ;)