Showing posts with label MY TTC Story. Show all posts
Showing posts with label MY TTC Story. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

My TTC Story - Catatan April 2013

01/04/2013
CD9. Beli Jamu Ratu Dara RM28 di Mydin USJ untuk 60 biji. Makan 1 biji pagi dan 2 biji di waktu malam. Time period kena berhenti makan. Baca testimoni ramai yang berjaya mendapatkan zuriat setelah menggunakan produk ni termasuklah ofismate aku Imin. So apa salahnya kalo kita mencuba dan bertawakal.

Jamu Ratu Dara

03/04/2013
CD11. Buat rawatan HSG. Rujuk entry ni ye untuk kisah lebih lanjut. 

04/04/2013
CD12. Berjumpa dengan Dr Hamizah untuk berikan dia report ujian HSG. Dr Hamizah cakap kedua-dua tiub fallopio normal tiada blocking. Cuma Dr Hamizah bagi aku 2 option jika masih nak proceed untuk conceive.

1. Makan clomid. Then amik injection untuk tingkatkan kualiti ovum (Sebanyak 3 kali injection) dan hormon HCG seperti sebelum ni. Total kos dalam RM5++.

2. Buat prosedur IUI (Intrauterine Insemination). Cadangan Dr Hamizah untuk buat IUI di LPPKN kerana dia bertugas disitu. Tak perlu Q katanya sebab aku minta reference letter dari Klinik Nur Ainita dan bagitau untuk buat treatment dengan dia. So nanti buat appointment dan terus dapat jumpa dia. Tapi sebelum tu adalah treatment-treament lain yang perlu dilakukan sebelum bermulanya prosedur IUI. Total kos RM8++ hingga RM1K.

Aku inform Dr Hamizah yang ni aku perlu discuss dengan husband dulu kerana melibatkan kos yang agak tinggi. Bila discuss dengan Abang, Abang cakap kita try sendiri dulu la tengok macam mana. Abang pulak akan cuba meningkatkan kualiti sperma dengan minum tongkat ali.

07/04/2013
Ovulation test positif. Seperti biasa aku menggunakan Watson Ovulation test. Sekali test je terus positif. Maybe sebab aku pun refer kalendar ovulation sebab tu tepat je. Aku minum serbuk kurma hijau yang aku kirim pada Kak Nor yang menunaikan umrah minggu lepas. Serbuk kurma hijau ni adalah untuk memudahkan mendapat zuriat. Serbuk kurma hijau ni hanya diperolehi di Madinah sahaja. Minum pagi dan petang ketika waktu subur sebanyak satu setiap kali dan dicampurkan dengan sedikit madu. Pasangan pun kena minum waktu subur ni. Bukan kita je yek! Harga satu botol ni aku tak sure sebab Kak Nor cakap dia just doakan semoga impian aku tercapai. Amin...amin Kak Nor. Terima kasih banyak-banyak.

Serbuk Kurma Hijau/Kurma Zuriat

23/04/2013
CD31. Sepatutnya bermulanya cycle priod untuk bulan 4 tapi tak datang.

25/04/2013
Lewat period 2 hari. Bangun pagi sebelum solat subuh. Hati teringin untuk buat UPT. Dengan harapan akan nampak 2 line. Maklumlah kencing pertama mengandungi hormon HCG yang tinggi.

5 titik air kencing aku titikkan kat tester. Laju je air kencing tu berjalan melalui line C, dah warna pink gelap kat situ. Kiranya betullah apa yang aku buat. Tunggu kat line T plak, berdebar2 rasanya. Masa tu aku mula amik wudhuk. Dalam hati sedikit frust sebab line T tak muncul2. Memang frust sket. Tiba2 lepas setel amik wudhuk, memang jelas nampak line T muncul. Warna pink gelap. Syukur Alhamdulillah positif. Bersyukur panjang aku di atas kurniaanNya. 

Alhamdulillah...result positif!
Terus mesej kat Abang. Tapi Abang diam je tak reply apa2. Maybe tak sangka kot. Salah satu sebab yg buatkan aku rasa aku peknen ialah tetek terasa sakit selepas waktu ovulation. Biasanya akan sakit bila waktu nak period.

Malam tu bila Abang dah balik keje, terus tunjukkan tester kat dia. Senyum panjang Cik Abang tu. Dia tanya...macam mana boleh rasa nak test? Aku cakap naluri berkata demikian... ceewaahh!

Tapi dalam hati sebenarnya aku masih risau dengan kes2 keguguran aku yang sebelum ni. Harap2 kali ni kekal la sehingga aku bersalin nanti. Amin. So takat ni hanya kami berdua je yang mengetahui berita gembira ni.

Kesimpulannya... Serbuk Kurma Hijau tak abis makan, Jamu Ratu Dara pun belom habis sebotol dah melekat. Rezeki dari Allah nampaknya.. :) Nanti aku share lagik apakah2 amalan2 lain yang aku lakukan untuk mendapat zuriat ni.

Wednesday, April 3, 2013

My TTC Story - Pengalaman Membuat HSG

Hari ni aku amik AL sebab dah buat appointment dengan KPJ Tawakal Kuala Lumpur untuk HSG. Korang tau ke apa itu HSG? HSG bermaksud Hysterosalpingogram. (Aku pun sebenarnya susah nak sebut mendalah ni.) So panggil pendeknya ialah HSG. Iaitu kaedah untuk Xray tiub falopio samada block atau tak. Kaedah ni kena tunggu hari 9 - 11 kitaran period (CD). Macam aku ni, hari ni merupakan hari ke 11.

Memang dah cakap awal2 kat Abang suh teman aku kat sini. So hari ni Abang set dia sebagai keje malam. Seawal jam 7 pagi kitaorang kuar rumah. Appointment 9:30 pagi tapi staff dia suh sampai kul 9:00 pagi untuk persediaan Xray. Dengan Sofiyya aku angkut sekali. Takkan nak hantar p sekolah pepagi sangat. Ustazah pun belum sampai.

Bila ke KL seperti biasalah dengan jemnya. Kitaorang sampai sana dalam pukul 8:45 pagi. Sampai je aku terus ke toilet sebab tak tahan nak terkucil. Maybe rasa gemuruh kot sebab tatau macammana keadaannya. Setel urusan registration, staff kat situ suh tunggu sampai nama dipanggil. Oh ya... nak buat HSG ni bukan dengan Gynae tau, tapi dengan Radiologist. Department pun semestinya Imagine Deparment. Nak senang panggil Xray Department.

9:30 pagi nurse panggil aku masuk bilik rawatan. Dia bagi baju hospital suh tukar tapi takat seluar je. Baju, tudung semua boleh pakai termasuk barang kemas. Yelah...nama pun nak scan bawah je kan. Takde kaitan yang kat atas. So sape2 nak buat rawatan ni better elak pakai jubah sebab kang semua kena bukak.

9:40 pagi nurse suh baring kat tempat Xray. Korang tak yah risau kalo tiba2 rasa nak terkucil sebab ada toilet sekali kat dalam tu. First sekali nurse tu terangkan prosedur macam mana. Dia cakap selalunya patient tak sakit kalo buat dengan Dr Fatimah Yakin ni. Janji ikut apa yang dia cakap. Mula2 pembantu Dr akan amik gambar Xray sebelum rawatan dimulakan. Lepas tu dia suh tunggu sampai Dr Fatimah datang. Selalunya nurse cakap DR sampai dalam pukul 9:45 pagi.

Sambil tunggu tu mulut aku kumat kamit baca Doa Nabi Yunus. 

 
Sumber : My Toha Network

Banyak kali jugaklah aku baca sebab lama sangat menunggu. Dari aku rasa berdebar2 sampailah aku rasa rilex sangat. Bila tengok jam 10:15 pagi, pandang kat pembantu DR kat luar. Dia masuk tanya aku nak pergi toilet ke.. aku cakap aku nak bangun sebab lenguh lama sangat baring atas katil besi tu.

10:30 pagi baru Dr Fatimah sampai dan terus mulakan prosedur. First sekali dia suh kangkang cam nak bersalin tu. Pastu dia masukkan alat untuk bukak faraj. DR cakap alat ni rasa sejuk sebab besi. Tapi aku macam tak rasa sejuk cuma rasa tak selesa sebab ade sesuatu dimasukkan. Pastu dia cuci dalaman tu pakai kapas. Tapi Dr Fatimah tu inform lepas ni dia nak buat apa...then next apa. Apa rasa bila dia masukkan alat2 tu.

Kemudian DR masukkan batang tiub yang panjang ke pangkal rahim. DR cakap akan rasa sengal masa dia masukkan alat ni. Dan memang itu yang aku rasa. Lepas tu baru DR injectkan Dye berwarna kuning. Bila dah inject terus amik gambar Xray dalam 3 kali. Pastu Dr suh mengiring ke kiri, pastu ke kanan pulak sambil amik gambar Xray. Lepas 10 minit, DR tarik keluar batang tiub tu. Dah macam kena sula aku rasa. Hehehe. Tapi sebenarnya takde la sakit sangat. Bolehlah tahan.

Dr Fatimah cakap nampak ok je semua. Lega aku bila dengar ayat tu. Tapi DR cakap lepas ni akan ada pendarahan sket sebab dah masuk alat2 dalam rahim tadi. Lepas tu pergi toilet cuci dan tunggu 30 minit untuk amik gambar Xray lagik sekali. Masa ni dah kena tunggu kat luar kejap sebab ada patient lain plak. Tapi belum boleh tukar baju. Bila dah cukup 30 minit, nurse panggil semula untuk Xray last. Kali ni Pembantu DR je yang buat. Dah setel semua boleh tukar baju.

Tunggu lagik 30 minit untuk dapatkan report Xray. Alhamdulillah...kedua2 tiub falopio ok. Bayaran hanyalah RM180 je. Tapi memang ada darah warna light gitu lepas prosedur. Nak kena pakai pad jugak la. Macam aku lepas 3 hari baru kering. Tapi tak la heavy macam period. Aku pun solat seperti biasa just tukar pad bila nak solat je sebab bukan darah period pun.

Dari Kiri 1- Gambar Sebelum Rawatan, 2 - 5 Gambar semasa rawatan, 6 - Gambar selepas 30 minit
Closeup



Report HSG

Sunday, March 31, 2013

My TTC Story - Catatan Mac 2013

07/03/2013
Start tracking Ovulation. Guna Ovulation Test brand Watson. Result -ve.
Sumber : watson.com.my

08/03/2013
Second day tracking ovulation. Result -ve.

09/03/2013
3rd day tracking ovulation. Result +ve. Yess..alhamdulillah, that's mean bulan ni ade telur walaupun tak makan clomid. :)



Yang paling atas adalah CD17, CD 18 & CD19

 24/03/2013
CD 1. Nampaknya masih belum rezeki untuk kami. Memang plan utk tak nak buat UPT sebab dah beberapa bulan result -ve.

25/03/2013
Call Hospital Tawakal utk buat appointment HSG. Dapat date 3/4/2013 CD 11 pukul 9:30pagi. Petang pergi jumpa Dr Hamizah utk dpt ref letter yang baru.

30/03/2013
Beli Jamu Ratu Dara di kiosk jamu di Mydin dgn harga RM27 utk 60 biji. Sebabnya ofismate aku, Imin pun susah nak lekat anak No. 2, makan 2 botol JRD ni terus lekat. Tak perlu makan clomid. Usaha je la dulu kan...moga ade rezeki lepas ni.


Sumber : jamuratudara.blogspot.com

Thursday, February 28, 2013

My TTC Story - Catatan Febuari 2013

04/02/2013
Buat TVS (Transvaginal scan), ada 2 telur di ovari kiri. Saiz 21mm. Dr Hamizah cakap dah boleh amik injection. Plan esok pagi amik Injection.

05/02/2013
Pagi amik injection hormon HCG. HCG stand for
Human Chorionic Gonadotropin. Hormon ni akan membuatkan telur menetas pada waktunya dan kita boleh tahu waktu sebenar untuk proses. Kena proses 36 hours after injection.

10/02/2013
Start makan duphaston selama 12 hari sehingga 21/02/2013. Tujuan duphaston diberi adalah untuk menguatkan rahim. Sekiranya tak pregnant, haid akan keluar seperti biasa. Nih yang Dr Hamizah bagitau.

15/02/2013
Check UPT guna Dip N Clear Midstream tapi -ve.

18/02/2013
Check UPT guna 5 days before period can detect HCG tapi -ve.

19/02/2013
Darah coklat keluar waktu petang tanpa perlu pakai pad. Malam kering. Tapi still continue makan duphaston.

20/02/2013
Darah coklat keluar waktu petang jugak sama macam semalam. Continue duphaston.

21/02/2013
Darah coklat keluar waktu petang spt smlm. Last day makan duphaston. Check UPT pada pukul 7 pagi still -ve.

24/02/2013.
Perot rasa tak selesa. Miss V pun rasa macam ada kuar sesuatu. Check panty liner ada tompokan darah. Sah! Period....huhuhu...sedih sangat.

25/02/2013
Jumpa Dr Hamizah. Dr Hamizah minta buat ujian HSG di Hospital Tawakal dengan Dr. Fatimah. Kos lebih kurang RM180. (Dr suggest tempat ni sebab murah kalo nak compare dengan hospital lain). Then result tu bawa kpd dia.

26/02/2013.
Call Hospital Tawakal untuk buat appointment pada 1/3 atau 4/3 tapi dah fully booked. Tak dapat nak meneruskan ujian HSG untuk bulan ini. Kena tunggu period bulan 3 baru boleh proceed dengan HSG. :(. Maklumkan pada Abang untuk cuba sendiri dulu bulan ni berpandukan ovulation test.


Thursday, January 31, 2013

My TTC Story - Januari 2013

04/01/2013
CD 15. Ari2 rasa tak selesa. Ingatkan kena batu karang. Tanya ofismate rupa-rupanya tu tanda2 kena Kencing Kotor atau UTI (Urinary Tract Infection). Lunch hour balik rumah dan dapati bila buang air bercampur dengan darah. Terus ke Klinik Ainita. Dr mintak buat ujian air kencing lagik. Sah kena UTI. Dr Nasreen nak bagi antibiotik sebab ujian menunjukkan UTI aku berada ditahap paling kotor. Tapi bila aku cakap aku tengah plan untuk conceive, then DR tak bagi makan antibiotik.

Dapat MC untuk hari ni. DR pesan suh minum air bali dan air masak banyak2. Memang bila aku GOOGLE pun barli pengubat kepada kencing kotor. Terus cari barli dan rebus seterusnya minum. Berbotol2 air masak aku minum. Satu lagi yang aku baca kat Internet dan aku minum ialah Sodium Bikarbonat dicampur dengan air masak. Rasa dia ala2 payau sket. Rasa sakit macam kurang sikit malamnya. Tapi kalo rasa nak terkencing tu, seolah2 tak leh tahan langsung. Dan2 tu jugak nak kena masuk toilet. Last2 pintu dengan lampu toilet aku biarkan je.

05/01/2013
CD 16. Pagi ni pergi buat TVS dengan Dr. Hamizah. Ada 1 telur belah ovari kanan dan dah matang dalam 21mm. Dr. Hamizah advice suh amik injection HCG untuk menentukan waktu yang tepat untuk proses. Then aku setuju. Terus dapat injection. DR Hamizah bagi ubat Potassium untuk diminum bagi merawat UTI. DR tanya boleh tahan tak, kalo tak tahan nak bagi antibiotik sebab rekod UTI menunjukan dan teruk. Tapi aku cakap masih boleh tahan. Kos injection RM65.

Petang tu aku dah guling2 sakit kat rumah. Abang pulak abis keje kul 7 malam. Memang tepon dia suh balik cepat. Check termometer suhu badan 38.5 darjah celcius. Sah demam disebabkan jangkitan UTI. Malam tu bila Abang balik dari keje terus ajak pergi Klinik Family. Nasib aku baik sebab kat Klinik ni Dr. Hamizah yang bertugas. Dia bagi antibiotik Bacampicilin. Menurut DR, antibiotik ni tidak merbahaya jika mengandung dan tidak mengganggu ovulation.

Malam tu memang aku baring merengkot sebab perot sakit sangat. Maybe sebab antibiotik tu tengah berlawan dengan kuman kot. Abang bagi minum air barli. Lepas tu baru boleh tido.

06/01/2013
CD 17. Pagi ni nampaknya aku dah sihat dan pulih sepenuhnya dari UTI. Terima kasih Bacampilin! Tapi kena continue ubat ni sampai habis dalam 6 hari lagik.

20/01/2013
CD 1. Dah datang bendera merah. Kena berusaha lagi lepas ni. Apa yang kami fikir ialah antibiotik tu mengganggu proses yang sedang kami usahakan. Tapi bila tanya Dr. Hamizah, antibiotik tu langsung takde kaitan sebab ianya FDA Pregnancy Type B. Maknanya dah diuji pada haiwan dan tidak memberikan kesan yang mudarat kepada kandungan.

21/01/2013
Jumpa Dr. Hamizah. DR bagi last chance untuk try guna Clomid. Kali ni dos digandakan kepada 3 biji sekali makan bermula CD 4 sehingga CD 9.