Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Sebelum ni dah janji dengan Sofiyya nak bawak dia pergi ke Pesta Buku. Bagi pendedahan sket kat dia. Biasalah kalo dah janji memang dia akan ungkit sampailah waktunya. So hari ini adalah hari untuk merealisasikan impian si chomel tu.

Kami ke PWTC selepas zohor. Tunggu Abang balik dari keje. Tu pun dia dah balik awal sket dari biasa. Kali ni aku yang drive ke PWTC memandangkan Abang cakap dia mengantuk dan dia nak tido OTW ke sana. Hmm...aku pun bukannya terrer sangat. Tapi bila menggunakan aplikasi WAZE, amat menyenangkan bagi aku. Pakai GPS kat henpon je. Tak sesat la kiranya dan selamat sampai ke parking PWTC.

Duduklah melegar2 kat sana sampai petang sambil cari2 buku yang berkenan. Banyak yang kitaorang beli kat booth Ana Muslim. Sofiyya suka sangat dengan majalah Sayang. Ramai jugak manusia masa ni maklumlah hari weken.

Kebetulan lalu kat gerai As-Showah ternampaklah Prof Dr. Muhaya ada kat sana. So singgahlah untuk amik gambar beliau. Akunya tak bergambar pun dengan dia sebab dah bersesak2 dengan orang. Lepas tu bila terasa kaki dah lenguh barulah bergerak balik.

Booth Orang Arab... lupa plak nama pe

Replika Makkah


Prof Dr Muhaya @ Gerai As-Showah



Monday, February 25, 2013

Gold Coast Morib Resort 2013 - Day 2


Hari kedua kami di Gold Coast. Hari ni breakfast masih orang yang sama jaga kaunter masuk. So Sofiyya tak kena caj. Lambat jugak turun dalam pukul 8:45 pagi. Hujan pagi2 memang liat sket nak bangun. Menu untuk breakfast ialah nasi goreng kampung, sambal, baked beans, hot dog, yong tau fu pun ada sekali dengan dim sum, mee sup, bubur, buah2an, salad, cornflakes cereal (yang ni je Sofiyya buat breakfast), roti bakar dan croissant. Sampai pukul 10 pagi kitaorang duduk kat sini menikmati semua menu2 yang ada. Kira makan untuk lunch sekali la kot.

Pastu naik bilik tukar baju dan akhirnya terjun tiruk lagik sekali. Mandilah sepuas2nya sampailah 11:30 pagi baru naik untuk kemas2 dan check out. Actually kitaorang bukak je tag theme park tu. Abang pandai je pasang semula. Rimas jugak kat tangan sepanjang masa. Tapi pagi tu aku tengok ramai je yang tak bukak tag. Siap pakcik yang pakai kopiah pun terlekat elok kat tangan.

Kalo korang nak ke sini tanpa dinner maybe agak susah la kalo nak cari tempat makan. Kena pergi ke Morib baru ada kedai. Adalah kedai ala2 mamak tak berapa jauh dari sini. Tapi memandangkan bila kitaorang nak masuk rasa macam bukan mamak je terus tak jadi. Ade je kan kedai yang tampal2 segala kalimah tapi sebenarnya bukan Islam pun.




Bilik kitaorang menghadap ladang kelapa sawit
Semua sofiyya yang amikkan gambar



Nih pun gambar amik sendiri


Dalam lif pun jadik








Sunday, February 24, 2013

Gold Coast Morib Resort 2013 - Day 1


Ini merupakan percutian kami yang pertama untuk tahun 2013. Aku beli voucher Gold Coast Morib Sepang melalui GROUPON. Dengan harga RM180 sahaja kitaorang dapat

1. Stay 2 hari 1 malam di bilik suite dengan jacuzzi.
2. Breakfast untuk 2 orang
3. Dinner untuk 2 orang (Nih selalunya hotel tak bagi)
4. Tiket theme park untuk 2 orang. (Boleh main 2 hari selagi pass tu tak dibuka)

Hah ngko..Sape nak bagi semua ni kan dengan harga RM180 dari RM664! Kitaorang pilih 24/2 - 25/2 untuk stay kat sini. Voucher ni sah untuk weekdays je. So aku amik cuti satu hari termasuklah Sofiyya ponteng kindy satu hari. Nasiblah hari ahad isnin pun boleh. Kalo tak, dua hari kena amik cuti. Abang plak dah set siap2 jadual dia supaya tak kena cuti. Pandai eekkk!

Actually ofismate aku yang mula2 cari date ni. Katanya time ni dah dapat gaji. So nak jenjalan sonot la sebab poket full. So aku follow je date dia ni memandangkan takde hal. Kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 2:30pm. Tunggu Abang balik keje baru gerak. Sampai sana dalam pukul 4 jugak sebab singgah lunch dulu kat gerai tepi jalan area nak masuk Gold Coast tu. 

Rupanya ramai yang stay kat sini hari ni. Nih semua gara2 voucher yang hotel ni bagi sebab ada jugak yang beli bukan melalui Groupon. Setel urusan simpan beg dalam bilik kitaorang terus terjun tiruk kat theme park. Sofiyya dah bising ajak main air. Sofiyya kena bayar RM20. Pun boleh guna untuk 2 hari selagi tak bukak pass. Pas main kat theme park pakat berendam dalam jacuzzi plak.

Malam kitaorang dinner dekat area pantai. Nampak macam hotel saje tak guna cafe biasa sebab ramai. Tapi walaupun murah, menu dinner takdelah cikai2 je. Rasa pun sedap. Antara menu dinner ialah nasi putih dan lauk pauk, nasi ayam, mee sup, salad, buah2an, cekodok, keledek goreng dan bendi goreng. 

Harga biasa dinner ialah RM40. Nasib Sofiyya tak kena bayar sebab dia teka Sofiyya 4 tahun. Aku iyekan aje. Korang tau Sofiyya makan apa? Minum sup nasi ayam je... rugi tu kalo bayar RM40 untuk semangkuk sup kosong je. 



Siap ada tingkap. Boleh jenguk dari katil kalo anak2 main air















Husin (bukan nama sebenar) tengah mandi manda dalam jacuzzi 
Nampak tak meja makan yang banyak tu? Tu la tempat untuk dinner dan breakfast
Pub yang ada kat sini
 




Tuesday, February 12, 2013

Putrajaya 2013

Semalam kitaorang konvoi dengan adik beradik Abang datang ke KL dari Muar. Hajatnya nak melawat kakak Abang yang baru bersalin anak ke 6. Excitednya sebab kelima-lima orang anak Kak Ar ni pompuan. Yang last ni akhirnya dapat boy. (Last ke?). Lepas selesai tu, Abang Taufiq (Abang Ipar) ajak kitaorang ke Putrajaya. Bawaklah mak mentua sekali datang sini sebab tak pernah sampai.

Sebelum tu kitaorang singgah solat zuhur kat Masjid Besi. Bergambar kat sini untuk kenangan. Kemudian baru gerak ke PICC untuk tengok keindahan Putrajaya dari atas bangunan. Last sekali kitaorang ajak diaorang semua ni makan nasi arab yang femes kat Cyberjaya. Mana lagik kalo bukan Restoran Sabaa. Dah kenyang perot semua menghala ke rumah masing2.

Nih masa kat Masjid Besi
 

Amboi bang... dah macam jinny in the bottle
Abang Taufik pun layan sekali

Anak2 buah bersukaria
Kak Az
 

Sofiyya menangis sebabnya Iman lompat lagik tinggi dari dia
 

Anak2 Kak Ha
Nih kat jambatan area PICC
 

Cik Radhi gelak sakan
 

Kat PICC

Apa yang gelihati sangat tu agaknya







 

Putrajaya view from PICC