Sunday, February 24, 2013

Gold Coast Morib Resort 2013 - Day 1


Ini merupakan percutian kami yang pertama untuk tahun 2013. Aku beli voucher Gold Coast Morib Sepang melalui GROUPON. Dengan harga RM180 sahaja kitaorang dapat

1. Stay 2 hari 1 malam di bilik suite dengan jacuzzi.
2. Breakfast untuk 2 orang
3. Dinner untuk 2 orang (Nih selalunya hotel tak bagi)
4. Tiket theme park untuk 2 orang. (Boleh main 2 hari selagi pass tu tak dibuka)

Hah ngko..Sape nak bagi semua ni kan dengan harga RM180 dari RM664! Kitaorang pilih 24/2 - 25/2 untuk stay kat sini. Voucher ni sah untuk weekdays je. So aku amik cuti satu hari termasuklah Sofiyya ponteng kindy satu hari. Nasiblah hari ahad isnin pun boleh. Kalo tak, dua hari kena amik cuti. Abang plak dah set siap2 jadual dia supaya tak kena cuti. Pandai eekkk!

Actually ofismate aku yang mula2 cari date ni. Katanya time ni dah dapat gaji. So nak jenjalan sonot la sebab poket full. So aku follow je date dia ni memandangkan takde hal. Kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 2:30pm. Tunggu Abang balik keje baru gerak. Sampai sana dalam pukul 4 jugak sebab singgah lunch dulu kat gerai tepi jalan area nak masuk Gold Coast tu. 

Rupanya ramai yang stay kat sini hari ni. Nih semua gara2 voucher yang hotel ni bagi sebab ada jugak yang beli bukan melalui Groupon. Setel urusan simpan beg dalam bilik kitaorang terus terjun tiruk kat theme park. Sofiyya dah bising ajak main air. Sofiyya kena bayar RM20. Pun boleh guna untuk 2 hari selagi tak bukak pass. Pas main kat theme park pakat berendam dalam jacuzzi plak.

Malam kitaorang dinner dekat area pantai. Nampak macam hotel saje tak guna cafe biasa sebab ramai. Tapi walaupun murah, menu dinner takdelah cikai2 je. Rasa pun sedap. Antara menu dinner ialah nasi putih dan lauk pauk, nasi ayam, mee sup, salad, buah2an, cekodok, keledek goreng dan bendi goreng. 

Harga biasa dinner ialah RM40. Nasib Sofiyya tak kena bayar sebab dia teka Sofiyya 4 tahun. Aku iyekan aje. Korang tau Sofiyya makan apa? Minum sup nasi ayam je... rugi tu kalo bayar RM40 untuk semangkuk sup kosong je. 



Siap ada tingkap. Boleh jenguk dari katil kalo anak2 main air















Husin (bukan nama sebenar) tengah mandi manda dalam jacuzzi 
Nampak tak meja makan yang banyak tu? Tu la tempat untuk dinner dan breakfast
Pub yang ada kat sini
 




No comments:

Post a Comment