Saturday, February 16, 2013

Colouring Contest @ KFC Subang Parade

Hari ni kitaorang (aku dan Sofiyya berdua jek sebab Abang keje) ke Subang Parade seawal jam 10:30 pagi. Sebabnya Sofiyya nak masuk coloring contest yang diadakan di KFC Subang Parade. Kitaorang dapat flyer berkenaan contest ni melalui sekolah Sofiyya, Dzul Iman.

Tapi bila kitaorang sampai sebenarnya terbuka untuk sesiapa saja. Dengan bayaran RM10 untuk registration dapat air milo, whipped potato dan seketul ayam. Nih kira breakfast untuk budak2. Ada jugak goddies yang berbentuk buku nota dan sticker. Terbahagi kepada 3 kategori:-
  • 4 - 6 Tahun (Sofiyya kategori ni)
  • 7 - 9 Tahun
  • 10 - 12 tahun (Lebih dari ni tak masuk dalam grup)

Mula2 budak2 ni kena menari ikut Cheeky dan Adora. Tapi Sofiyya banyak duk diam sebab tak pandai nak ikut rentak Si Cheeky ni. Dah penat menari barulah start contestnya. Dalam pukul 12 jugak. Masa diberi 1 jam untuk contest ni. Pensil warna sendiri bawak. Sofiyya aku tengok dalam 1/2 jam dah siap. Tapi tak sempat nak snap gambar cheeky yang dia color tu dia dah pas kat staff KFC.

Ada games bola beracun lepas selesai coloring contest tapi Sofiyya 1st round dah terkeluar. Abis gola beracun, ada sesi menari lagik dengan Cheeky dan Adora. Last sekali barulah penyampaian hadiah untuk setiap kategori. Tunggu punya tunggu untuk kategori 4 - 6 tahun, Sofiyya akhirnya tak dapat hadiah. Ada yang lagik cantik dari dia warnalah tu.

Bila dah tak dapat hadiah, terus aku ajak balik sebab dah takde pe pun kalo nak tunggu. Sofiyya pulak sedih sangat sebab tak dapat hadiah. Sampai tanya nak makan apa pun tak nak. Sepanjang perjalanan nak ke kereta menangis je sebab tak puas hati tak dapat hadiah. Aku bagilah kata2 semangat kat dia lepas ni cuba lagi, kat rumah belaja color cantik2.

Dalam keta, tepon Abang cakap Sofiyya nak hadiah. Malam tu kitaorang pergi cari hadiah kat Giant USJ sebab papa dia dah janji nak bagi hadiah. Suh la Sofiyya pilih sendiri. Dia pilih mesin bayaran macam dekat shopping complex tu. Hambek ngkoo RM7+. Senyum sampai ke telingalah budak kecit malam tu.

Before start, kena duduk ikut grup dulu
Cheeky dan Adora
Kecitnya Sofiyya untuk usia 6 tahun
Angkat tangan untuk siapa yang berusia 6 tahun
 

Pertandingan dah bermula
Kawan kat sana. Ni pun umur 4 tahun tapi sama tinggi je kot
Ada game masuk bola dalam barrel selepas abis mewarna
Main game bola beracun pulak
Muka masam sebab tak puas hati keluar awal dalam game bola beracun
Hadiah2 untuk pemenang
 
 
Menari dengan cheeky sebelum balik. Lagu Chicken dance la
Menunggu pemenang diumumkan

No comments:

Post a Comment