Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Colouring Contest @ KFC Subang Parade

Hari ni kitaorang (aku dan Sofiyya berdua jek sebab Abang keje) ke Subang Parade seawal jam 10:30 pagi. Sebabnya Sofiyya nak masuk coloring contest yang diadakan di KFC Subang Parade. Kitaorang dapat flyer berkenaan contest ni melalui sekolah Sofiyya, Dzul Iman.

Tapi bila kitaorang sampai sebenarnya terbuka untuk sesiapa saja. Dengan bayaran RM10 untuk registration dapat air milo, whipped potato dan seketul ayam. Nih kira breakfast untuk budak2. Ada jugak goddies yang berbentuk buku nota dan sticker. Terbahagi kepada 3 kategori:-
  • 4 - 6 Tahun (Sofiyya kategori ni)
  • 7 - 9 Tahun
  • 10 - 12 tahun (Lebih dari ni tak masuk dalam grup)

Mula2 budak2 ni kena menari ikut Cheeky dan Adora. Tapi Sofiyya banyak duk diam sebab tak pandai nak ikut rentak Si Cheeky ni. Dah penat menari barulah start contestnya. Dalam pukul 12 jugak. Masa diberi 1 jam untuk contest ni. Pensil warna sendiri bawak. Sofiyya aku tengok dalam 1/2 jam dah siap. Tapi tak sempat nak snap gambar cheeky yang dia color tu dia dah pas kat staff KFC.

Ada games bola beracun lepas selesai coloring contest tapi Sofiyya 1st round dah terkeluar. Abis gola beracun, ada sesi menari lagik dengan Cheeky dan Adora. Last sekali barulah penyampaian hadiah untuk setiap kategori. Tunggu punya tunggu untuk kategori 4 - 6 tahun, Sofiyya akhirnya tak dapat hadiah. Ada yang lagik cantik dari dia warnalah tu.

Bila dah tak dapat hadiah, terus aku ajak balik sebab dah takde pe pun kalo nak tunggu. Sofiyya pulak sedih sangat sebab tak dapat hadiah. Sampai tanya nak makan apa pun tak nak. Sepanjang perjalanan nak ke kereta menangis je sebab tak puas hati tak dapat hadiah. Aku bagilah kata2 semangat kat dia lepas ni cuba lagi, kat rumah belaja color cantik2.

Dalam keta, tepon Abang cakap Sofiyya nak hadiah. Malam tu kitaorang pergi cari hadiah kat Giant USJ sebab papa dia dah janji nak bagi hadiah. Suh la Sofiyya pilih sendiri. Dia pilih mesin bayaran macam dekat shopping complex tu. Hambek ngkoo RM7+. Senyum sampai ke telingalah budak kecit malam tu.

Before start, kena duduk ikut grup dulu
Cheeky dan Adora
Kecitnya Sofiyya untuk usia 6 tahun
Angkat tangan untuk siapa yang berusia 6 tahun
 

Pertandingan dah bermula
Kawan kat sana. Ni pun umur 4 tahun tapi sama tinggi je kot
Ada game masuk bola dalam barrel selepas abis mewarna
Main game bola beracun pulak
Muka masam sebab tak puas hati keluar awal dalam game bola beracun
Hadiah2 untuk pemenang
 
 
Menari dengan cheeky sebelum balik. Lagu Chicken dance la
Menunggu pemenang diumumkan

Sunday, February 3, 2013

Dzul Iman Berselawat @ Mydin USJ

Pagi ni kami keluar rumah awal dalam pukul 10:30 pagi. Sebabnya pukul 12 tengahari ada majlis Dzul Iman berselawat di Mydin Mall USJ. Ustazah dah pesan awal2 supaya berada di Mydin pukul 11:30 pagi. Tapi memandangkan hari ni Sabtu, orang tak keje jadi mesti ramai jugak yang datang membeli belah. Kitaorang risau parking je penuh. Tu yang kuar awal walaupun rumah dekat je.

Nasib baik hari ni Abang keje malam. Kalo tak, Ummi je la tengok Sofiyya buat persembahan. Sofiyya terpilih sebagai pelajar untuk berselawat bersempena Maulidur Rasul. Aku risau takut Sofiyya tak nak naik pentas sebab malu dan kurang yakin sebab sebelum ni masa persembahan akhir tahun untuk 5 tahun, Sofiyya tak nak join langsung. Tapi Alhamdulillah... nampak dia ok je. Dah tak segan.

Tak ramai pun yang join untuk yang usia 6 tahun ni. Selain daripada tu ada persembahan dari budak2 Kafa Dzul Iman. Masa ni lah baru aku tau aku lagu Ya Hanana. Lepas tu terus carik  kat You Tube dan Sofiyya pun suka duk rewind lagu tu.

Muka penuh konfiden
Si hensem Rayyan
Duduk dulu kat stage sebelum mula persembahan
Ruqaya kawan baik Sofiyya... sopan je duduk
Mula2 macam ni kedudukan dorang, tapi letak budak yang paling besar dan duk tengah tu asyik tolak2 Sofiyya, aku suh Sofiyya pindah tempat
Budak2 kafa menunggu giliran persembahan
Sofiyya duduk belah kiri pulak. Susah nak setup sebenarnya. Budak2 la katakan..
Ustazah Ain, Ustazah Sofiyya dari usia 4 tahun
 

Pengacara majlis...
Baca doa dulu untuk dapat keberkatan
 

Persembahan bermula

Budak2 kafa pulak buat persembahan
 


Beramai2 nyanyi lagu Ya Hanana
 

Bergambar dengan ustazah2
 


Saturday, November 3, 2012

Bowling JPN 2012

Tahun lepas perlawanan persahabatan dengan BAHAGIAN MYKAD, kali ni dengan Bahagian BTM, JPN pulak. Lokasi mestilah di Alamanda, Putrajaya. Seperti biasa ahli kumpulan aku adalah ahli2 yang biasa kitaorang bermain yang terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Perlawanan bermula 9:00 pagi. Makanan pagi dan tengahari turut disediakan. Mewah pulak tu. Group aku dapat tempat ketiga berkumpulan. Dapatlah bawak balik hamper lagik. Nih pun semua team member lelaki yang terrer2. Kali ni pun aku datang satu family.


Breakfast dulu sebelum bertanding
Nangis sebab tak puas hati dengan papa. Ummi lah tempat mengadu
Mod belum ok, tapi dapat tab nanti ok la
SZ tu aku la
Yeay..dapat no. 3
 

Ummi kat dalam main game, papa dan Sofiyya jalan2 kat luar






Lunch pulak
Muka ngantuk
Amik gambar sendiri