Saturday, January 11, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 9

Sambungan dari ENTRY lepas....

11 Januari 2014

Pagi ni selepas ward round, Dr Ganesh bagitau supaya buat wash out sekali sebelum discharge. Yang ni nanti nurse akan buatkan. Nurse pulak cakap dah boleh masuk wad biasa selepas Khalish dah melepasi tahap berjaga2. Tapi mak aku cakap tak nak sebab dah nak balik. Malas dah nak pindah randah. 

Kitaorang pun stay je la kat HDU tu. Tengahari, sorang nurse ni datang bagitau dalam pukul 2 petang akan buat wash out. Masa yang dinantikan pun tiba. Aku dan ma bawak Khalish pergi ke bilik rawatan. Kat bilik rawatan ni seperti biasa nurse sediakan barang2 untuk buat wash out. Khalish kebetulan sedang lena tido. So nampak macam mudah sikit lah. Nurse ni tak biasa buat wash out kat Khalish. So aku bagitau saiz catheter yang patut guna. Nurse ni follow je.

Nurse masukkan catheter perlahan - lahan lepas tu suntik air ke dalam. Khalish pulak masa ni dah bangun. So agaknya bila rasa macam ada sesuatu kat bontot dia, dia pun meneran. Bila meneran catheter akan terkeluar sikit demi sedikit. Last2 akhirnya terpiuh semula kuar yang hujung kat bontot. Kiranya kena masukkan semula la kalo macam ni.

Aku risau pulak sebab dah la luka kat dalam belum sembuh, nak kena cucuk catheter ni lagik sekali. Nurse cuba masukkan lagik sekali catheter ni sebab prosedur wash out masih belum berjaya. Tiba-tiba ada darah mengalir dari dubur Khalish.. aaa sudah... nape jadik gini? Nurse tu panggil nurse yang lagik senior untuk tengok. Nurse yang senior suh stop dan inform pada Dr. Khalid. Nurse senior tu lap darah guna kapas then dia cakap nak tunjuk kat Dr Khalid yang incharge pada petang Sabtu tu.

Aku tanyalah nurse yang buat prosedur ni, memang biasa ke keluar darah bila buat wash out selepas biopsi. Nurse tu cakap biasa memang tak keluar darah. Dia pun musykil. Basuh bontot Khalish kat sinki dan balut dia dalam selimut. Terus bawak dia keluar dari bilik rawatan. Mak aku macam marah jugak sebab bila jumpa senior nurse ni tanya mana kapas darah yang dia lap tadi.. kononnya nak tunjuk kat abang ipar aku yang paed jugak. Nurse tu cakap dah buang. Cakap pun sambil lewa je mak aku cakap. Senior nurse ni siap cakap dah tunjuk Dr Khalid, buanglah simpan buat apa. Haii... macam tu ke cara cakap dengan orang tua.

Dr Khalid datang jumpa kitaorang selepas prosedur tu. Dia tanya lah in English mana darah yang seperti nurse dia cakap. So kitaorang cakaplah tadi memanglah berdarah, sekarang ni kat dalam usus dia kita tak tau apa yang berlaku. Tapi yang susah dengan Dr ni ialah cakap melayu tak paham, English pun so so je sebab dia ni berasal dari Sudan. Dr Khalid macam tak nak dengarlah apa yang aku tak puas hati ni. So dia cakap kita tunggu dia berak lagi. Kalo dia berak ok takde darah then boleh discharge. Senang ek... macam tu je. Aku punyalah risau dengan darah yang keluar tadi.

Dalam pukul 4:30 petang Khalish berak. Bukak dypers tengok najis je. Alhamdulillah.... syukur takde darah. Terus tukar dypers dan tunjuk kat nurse najis dia. Dia cakap kena simpan dan tunjuk kat Dr Khalid. Dr Khalid pulak ada operation time ni. So menunggulah kalo nak dapat surat discharge. Pukul 6 petang baru dapat surat discharge. Telefon Abang bagitau dah boleh keluar.

Hati memang gembiralah sebab dah berkampung kat hospital selama 8 hari. Berpantang aku pun dah ntah ke mana. Just pakai stokin dengan sweater je. Hari sabtu kaunter bayaran pulak bukak half day je. Terpaksalah Abang menapak ke wad kecemasan untuk bayar bil. Total bil aku tak perasan la pulak almaklumlah pakai GL Abang. Agak-agak macam banyak jugak sebab buat Xray dan Ultra Sound. Akhirnya 8:30 malam barulah bergerak balik ke rumah. Rindunya kat rumah dan anak sulung aku, Sofiyya!


3 comments:

  1. Salam puan..apa result biopsy yg diambil dr usus baby? Anak saya sama mcm anak puan kena.result usus anak saya dh keluar & tiada saraf dibahagian usus ke lubang bontot.operation akan dijalankn pd bulan mac 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik, alhamdulillah anak saya tiada masalah Hirschsprung. Semoga operation anak encik nanti berjalan dengan lancar. Amin.

      Delete
  2. assalam. bila dpt tahu bukan hirschsprung adakah anak puan masih perlu buat rectal washout di rumah dan smpai bila kena buat ye

    ReplyDelete