Friday, January 10, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 7

Sambungan dari ENTRY lepas....

10 Januari 2014

Seminggu dah kami berkampung di PPUM. Hari ni Khalish dijadualkan untuk melalui rectal biopsy. Apa itu Rectal Biopsy? RECTAL BIOPSY ni merupakan prosedur untuk mengesan kehadiran penyakit HIRSCHPRUNG. Dalam erti kata lain, kalo nak kesan penyakit Hirschprung ni hanya melalui biopsi je dengan mengambil sampel sel dari usus. 

Biasanya Dr akan bius baby terlebih dahulu sebelum memasukkan suatu alat yang seakan-akan PISTOL. Pistol ni akan dimasukkan melalui bahagian dubur dan seterusnya akan berfungsi untuk mencubit sedikit sel dari bahagian usus. Keadaan ini akan meninggalkan lubang di dalam usus dan akan menyebabkan sedikit pendarahan selepas sel ini diambil. So sebelum apa-apa prosedur better amik tahu RISIKO dia terlebih dahulu. 

Pada awalnya memang aku bersetuju supaya Khalish melalui prosedur biopsi ni. Sampailah aku dengar Prof Damendra bertanya kepada anak-anak buah dia berkenaan risiko selepas biopsi sewaktu ward round. Terus fikiran aku berubah supaya jangan lakukan prosedur ni. 

Pagi tu sewaktu ward round, ramai MO dan houseman yang datang buat lawatan. Masing-masing dah tahu yang hari ni Khalish akan melalui biopsi. Masa ni aku seolah-olah merelakan Khalish walau pun dah baca dia punya risiko-risiko. Bila dah ramai-ramai dan berbincang, aku pun tanyalah lepas buat biopsi tu kena berpuasa ke? Dr Gen jawab perlu berpuasa selama 24 jam selepas prosedur. Sorang lagi Dr yang aku dah lupa nama dia cakap tak perlu berpuasa... boleh terus BF selepas prosedur.

Aiikk.... ni sama-sama Dr ni pun confused. Bukannya houseman. Masa ni perasaan aku dah sedikit ragu dan gusar nak benarkan Khalish melalui biopsi. Sampailah ketua ward round datang iaitu Prof Damendra. Diaorang berdiskusi tak jauh dari aku. Walaupun dalam English, of coz lah aku paham kan. Soalan pertama yang dia tanya, sape yang akan melakukan prosedur itu? Dr Ihab angkat tangan dan jawab dia yang akan buat. Dia dah anggap Khalish ni macam anak dia.

Bila dah tau sape yang akan buat prosedur, terus Prof Damendra tanya soklan yang blockkan mind aku supaya jangan teruskan prosedur ni. Soklan dia ialah andai kata berlaku pendarahan, apakah yang Dr Ihab ni akan lakukan sekiranya masih kembong sebab wash out hanya dibenarkan selepas 24 jam prosedur biopsi dilakukan. Diaorang dah ada jawapan tapi aku memang tak dengar dah masa tu.

Dalam hati aku bermain-main dengan perkataan BLEEDING tu. Terus aku cerita kat Ma apa yang aku dengar dan bagitahu naluri aku sebagai seorang ibu untuk tidak meneruskan prosedur biopsi tu. Sebabnya anak aku masuk hospital tanpa ditebuk sana sini, hanya kembong je dan kali ni prosedur ni akan menyebabkan usus dia luka. Ma pulak menyokong keputusan aku. 

Terus aku telefon Abang supaya datang ke hospital segera sebab aku nak mintak discharge. Abang pun setuju dengan keputusan aku. Sambil tu aku bertanyalah dengan nurse yang datang untuk check BP dan suhu. Apa prosedur untuk mintak discharge. Nurse tu siap tanya "Dah Confident ke?" Aku pun citelah pasal tak nak buat biopsi tu. Nurse tu cakap nanti dia inform pada MO yang berkenaan.

Tak lama lepas tu Dr Ihab datang. Muka dia serius giler. Belum sempat dia tanya aku dah cakap awal-awal yang aku mintak maaf sebab ubah keputusan on the dot. Dia tanya nape. Aku pun citelah pasal Prof Damendra dan soklan-soklan yang dia tanya. Dia pun explain yang memang macam tu style di PPUM. Prof akan bertanya kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku supaya MO lebih bersedia sekiranya berlaku risiko.

Macam tak bersetuju dengan keputusan aku sebenarnya dan try untuk convince aku. Pastu aku cakaplah Khalish masih baby. Dia pulak jawab dia pernah lakukan biopsi pada baby seawal usia 3 hari. Aku pulak tanya lagi, macam mana dengan risiko bleeding. Dia cakap risiko tu ada tapi dalam 0.01% je. Dia cakap dia akan datang semula untuk explain lebih detail sebab sekarang ni dia tengah buat ward round. So kalo ada soklan nak tanya, tanya je dan dia akan explain. Dia lebih risaukan risiko sekiranya ada penyakit Hirschprung tu sebab boleh sebabkan kematian kepada baby.

Lepas Dr Ihab pergi, Abang dan Abah pun sampai. Citelah semula sebab kenapa aku tak nak teruskan dengan biopsi. Mintak Abang call Zaqrul tapi dia tak nak. Zaqrul ni abang ipar Abang merangkap Pediatric di Senawang Specialist. Last-last aku jugak yang call nak tanya opinion dia. Sambil-sambil borak dengan Zaqrul, Dr Ihab bawak sekali Dr Ganesh datang untuk convince aku. 

Bila dah Dr dgn Dr kan senang nak cakap sekali. Aku pun pas henpon kat Dr Ganesh. Rupa-rupanya diaorang ni saling kenal sebab pernah keje sekali. Lagik senang citerlah bagi Dr Ganesh dan Dr Ihab nak convince aku. Last-last diaorang tak explain pun kat aku. Cuma bagitau apa plan diaorang pada Zaqrul. Selebihnya aku banyak bercakap dengan Zaqrul samada perlu buat atau tak. Zaqrul cakap PPUM memang macam tu. Diaorang nak eliminate major cause yang sebabkan kembong. So salah satunya dengan melalui prosedur biopsi. Zaqrul cakap buat je. InsyaAllah takde apa-apa. Hmmm... sedara sendiri dah cakap macam tu walaupun naluri aku memang berat sangat nak benarkan prosedur tu. 

Aku tanya Abang macam mana, Abang cakap Zaqrul cakap ok, buat je la. Kalo ada apa-apa kita cari dia nanti. Tanya Ma pulak... ma pun cakap buat je la dah sedara cakap macam tu. Tapi hati aku masih tak puas. So aku call pulak adik ipar aku Farah yang la ni tengah sambung study kat HUSM. Tanya pendapat dia macam mana. Dia pun cakap buat je Kak Long. At least major cause yang boleh sebabkan kematian kita dah buat test. Dah 2 orang doktor yang ada hubungan family cakap suh buat. Kalo aku ingkar dan jadi apa-apa kat Khalish, mesti aku jugak yang dipersalahkan sebab tak dengar nasihat doktor-doktor ni.

Dengan berat hati aku merelakan prosedur biopsi dilakukan pada Khalish. Dr Ihab datang semula untuk bagitau apa next step yang perlu dilakukan. Prosedur akan dilakukan sebelum solat Jumaat. Sebelum tu Khalish perlu melalui prosedur wash out yang akan dibuat oleh nurse sambil dimonitor oleh Dr Farisha. Kali ni wash out kena betul-betul bersih sebab lepas ni dah tak boleh buat wash out. Aku bawak Khalish masuk dalam bilik rawatan. Masa tu Khalish tengah tido. Letakkan dia atas katil rawatan dan tengok prosedur wash out dilakukan oleh nurse. Sambil-sambil tu borak-borak pasal kerjaya dengan Dr Farisha.

Selesai wash out, aku dan Ma bersihkan najis di badan Khalish. Tukarkan dia pakaian baru dan letak semula dia atas katil rawatan. Dr Farisha hulurkan surat kebenaran untuk buat biopsi untuk aku tanda tangan. Tak baca pun aku tenyeh je sign kat situ. Cuma yang aku tau risiko yang ada adalah bleeding dan lubang yang diambil sampel tidak tertutup. Tapi memandangkan risikonya hanya kecik je so kira tutup mata je la. Berdoa semoga semua risiko-risiko tu tidak terkena pada Khalish.

Dr Ihab masuk bilik rawatan dan menunjukkan alat yang digunakan untuk membuat biopsi. Aku minta kebenaran untuk tengok sekali prosedur tu tapi mana boleh kan. Ibu semestinya akan beremosi bila tengok anak kesakitan. Aku kuar dari bilik rawatan dengan ma masuk ke wad semula.

Dalam wad, hati memang rasa gundah gulana... betul ke keputusan aku ni? Seolah-olah mempertarungkan nyawa Khalish sedangkan pada asalnya dia tidak mempunyai apa-apa kecederaan pun.


To be continued.....

3 comments: