Sambungan dari ENTRY lepas...
4 Januari 2014
Bila dah masuk wad, macam2 rawatan yang Khalish kena lalui. Wad 6PB untuk Pediatrik Selepas Pembedahan. Kenapa kitaorang kena masuk sini, jangan tanya aku sebab aku pun takde jawapan. Doktor yang oncall malam tu buat lawatan yang pertama dalam pukul 5 pagi. Perkara pertama yang diaorang bincang ialah berkemungkinan kena penyakit HIRSCHSPRUNG. Sebabnya bayi baru lahir dan tatau organ dalaman dapat berfungsi dengan baik atau tak.
Dr oncall malam tu ialah Dr Ihab dari Sudan dan Dr Junaidah. Dr Ihab periksa perot dan mukanya nampak riak risau bila tengok kekembungan perot Khalish. Aku yang nengok raut wajah dia ni lagiklah risau. Dr Ihab minta kebenaran untuk cucuk jari kelingking dia dalam bontot Khalish. Dia cucuk je terus tersembur najis beserta dengan kentut. Khalish nangeslah sekuat hati sebab sakit. Bila Dr Ihab keluarkan jari dia nampak secalit darah kat jari dia. Dalam hati aku cakap...hmm sampai berdarah dia cucuk. Khalish masih meraung lagi. Kitaorang tukar dypers dia sebab dah penuh dengan najis yang sebelum tu. Sambil tu Khalish nanges sebab lapar nak susu tapi kena berpuasa.
Bila Dr dah pergi, nurse plak datang nak amik Khalish bawak masuk bilik rawatan. Katanya nak amik darah untuk ujian dan masukkan tiub untuk buang angin dari dalam perot. Dari wad, memang kedengaran Khalish meraung2 kat bilik rawatan. Aku yang dengar ni memang terasa sadis tapi nak buat macam mana. Dah namanya nak buat rawatan.
Nurse bawak je Khalish keluar dari bilik rawatan, dia dah diam dan tido. Mungkin penat sebab banyak sangat menangis. Dah siap terpasang tiub masuk dalam hidung dengan botol yang isinya nanti cecair dan gas dari dalam perot.
Kesian tengok, baru 18 hari dah ade wayar yang cucuk dalam hidung |
Muka merah sebab banyak sangat menangis |
Masa duduk dalam warmer tu beberapa kali jugak lah Khalish terbangun dan nak susu tapi kami terpaksa tenangkan. Tapi si kecit ni tau apa lah sangat. Yang dia tau menangis sebab lapar. Walaupun ada masuk air, tapi mulutnya tak terasa susu. Sebab tu masih menangis. Aku perasan Abang pun menitik air mata melihatkan Khalish menangis sebab lapar susu. Aku pulak jangan citerlah... tetek memang dah bengkak dua2 belah sebab susu dah penuh.
Masa tu memang mengantuk tapi terpaksa tahan walaupun dah semalaman kitaorang berjaga. Dalam wad tu kiranya ada aku, Abang dan Ma. Bertahan sebab kesian tengok Khalish menangis kelaparan. Bila dah pagi, Dr yang buat rondaan by group ni pun bertanya soalan yang sama macam Emergency. Last2, diaorang decide supaya kitaorang masuk ke HDU (High Defensive Unit) untuk kawalan lebih rapi. Berpindah randahlah kitaorang.
Di HDU, Khalish diberikan beberapa jenis ubat termasuklah antibiotik. So line dia tu dah bercabang dua untuk air dan ubat. Masih lagi berpuasa sehingga diberitahu semula oleh doktor boleh minum susu. Sambil tu kitaorang kena timbang dypers yang ditukar dan catat berat, masa dan kandungan dypers dalam kertas yang diberi. PU untuk kencing dan BO untuk berak. Kalo dua2 ada so tulislah PU + BO.
Sebabnya Dr nak monitor berapa banyak najis yang keluar selama dia berpuasa. Sekali dengan bersihkan usus dan perot dia dari jamu yang aku makan tu. Dari pagi ke tengahari, Khalish masih berpuasa. Aku memang automatik akan menangis tiap kali Khalish menangis nak susu. Terfikir yang susu banyak tapi tak boleh nak beri Khalish susu. Tahan jugak dari menangis tapi hati ibulah katakan.
Nurse pun bertanya jugak sebab Khalish kalo nangis satu HDU tu boleh dengar. Cakap je la nangis sebab nak susu. Tapi takde sorang pun nurse yang datang tolong untuk tenangkan Khalish. Bila masuk waktu melawat tengahari, Mak Sedara aku (Suti) Ayah Su, Shafeeq dan family datang melawat. Suti bagi idea untuk basahkan kepala dan mulut dia dengan air zam2. Kurang2 dapatlah Khalish hisap sikit air tu. Memang dah sumbat puting masa dia menangis lapar tapi lama mana lah dapat bertahan. Lama menghisap pun lenguh tapi susunya tak dapat last2 Khalish juihkan puting tu. Bila macam tu start la menangis semula. Masa orang datang melawat pun aku tak dapat tahan perasaan hiba ni. Akhirnya buat2 borak dengan Sofiyya. Diaorang mesti perasannya aku nangis.
Petang tu aku berborak dengan jiran sebelah katil. Akak tu pun cakap dia menangis jugak bila tengok aku menangis. Pahamlah kiranya perasaan seorang ibu dengan anak yang masih dalam hari. Ha...ngko! Sampai jiran sebelah pun perasan aku menangis walaupun dah sorok2.
Waktu melawat kat sini dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan dari pukul 5 petang sampai 8 malam. So Abang akan datang pada kedua2 waktu melawat ni. Kitaorang akan ode apa yang perlu dibawa dari rumah dan pos semula apa yang perlu dibawa balik. Macam ni la kiranya tiap2 hari sepanjang berada dihospital.
Malam Khalish masih menangis tapi suara dah makin serak sebab dah banyak menangis dari siang. Malam tu aku dan Ma dah beri dia titis air zam2 pakai puting. Celupkan puting dalam air zam2 dan kasi Khalish isap. Setakat ni Khalish belum dibenarkan minum susu walaupun dia dah banyak berak sepanjang hari. Ubat tak payah cakaplah. Silih berganti.
Kat sini Ward Round dalam 3 kali. Pagi, petang dan malam. Malam ialah untuk Dr yang oncall. Aku masih menunggu Ward Round yang sesi malam untuk tahu bila agaknya Khalish boleh minum susu. Susu badan dah siap pump dan simpan dalam fridge hospital. Dalam pukul 9:30 malam barulah Dr Najwa dan Dr Farisha datang. Tanyalah pasal berak dan check perot Khalish. Memang nampak perot dia dah kempis sangat sebab berpuasa.
Dr Najwa decide supaya bagi dia minum sekali malam tu dan bagi sampai Khalish kenyang. Dr Farisha pulak minta aku minum air satu botol mineral dan pergi kencing. Lepas tu baru boleh menyusukan badan. Sebenarnya Dr2 ni concern jamu yang masih bersisa dalam badan aku ni. Tu yang diaorang tak beberapa nak beri aku menyusu. Aku cakap kalo tak boleh susu badan, susu formula pun ada. Dr cakap susu formula memang totally tak boleh lah.
5 Januari 2014
Lepas dapat susu akhirnya Khalish dapatlah tido lena sampai pukul 12 malam. Tapi sekejap je sebab bila dah lapar semula Khalish akan menangis lagi. Tapi dah Dr kata sekali je boleh bagi, so bagi sekali je la. Nurse shif malam akhirnya datang sebab kesian tengok Khalish melalak2 nak susu. Maybe mengganggu patient2 lain pun iye jugak kot. Nurse tu bedungkan Khalish dan baringkan dia secara mengiring. Puting diletakkan ubat yang nurse kat sini panggil susu. Rasa dia manis so Khalish pun hisap puting tu dengan selesa. Bila dah nyonyot, mata pun lena. Nurse tu sendalkan puting dengan bantal supaya tak mudah tanggal.
Memang tido lena sampai pukul 4 pagi dan terbangun sebab puting dah tercabut. So letakkan 'susu' tu dan bagi Khalish lagi untuk dia lena. Dalam wad ni aku bertemankan dengan Ma. Tengok nurse dan Dr pun tak marah bawak teman so aku go on je la. Malam pertama aku dengan Ma share kerusi yang sama. Sempit2lah sikit tapi tak apa sebab ada teman.
No comments:
Post a Comment