Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Kafe Paung @ Lava Grill Burger

Korang pernah makan ke Lava Grill Burger? Haaa...kalo tak pernah meh sini aku nak citer. Sebenarnya aku perasan FACEBOOK burger ni apabila sepupu aku bertanya lokasi terbaru burger ni kat Cheras. So terus tengok page dia. Nampak macam menarik. Balik keje terus ajak Abang ke sini. Lokasi dia di Shah Alam bersebelahan dengan Unisel.

Selain dari burger restoran ni menjual kuih muih yang semuanya berasal dari Terengganu. Of coz lah aku kenal sebab aku asal Ganu. Menu lain yang ada ialah sate dan ala carte. Harga burger bermula dari RM7 untuk daging dan RM7.50 untuk ayam. Kalo tambah cheese dan segala mak nenek maka bertambahlah harga tu.


Aku order burger ayam dan Abang order burger daging. Burger ayam sampai dua lapis dan dibakar. Tak macam Kaw Burger di Lokas Makana Puchong, ingatkan burger ayam bakar tapi rupanya buat style macam Zinger Burger. Terus potong. Kat sini daging ayam tu dimasak elok dan sedap rasanya. Abang pulak cakap Kaw Burger tu lagik sedap sebab Lava Grill ni daging dia keras dan tak juicy. Memang tak abis makan pun daging tu, makan roti je tapi sos memang banjir!

Yang ni versi ayam. RM 8.50 sebab ada cheese
Yang ni versi daging. RM 8.00 sebab ada cheese
Antara menu kuih muih



Wednesday, March 13, 2013

Restoran Upin Ipin Giant USJ

Sebelum ni kami pernah cuba makanan di Restoran Upin-Ipin Shah Alam yang bersebelahan dengan Jakel. Tahun lepas time bulan posa. Kebetulan nak amik baju raya yang di alter di Jakel. Tu yang singgah bukak posa kat sini. Sejak Giant USJ ni dibuka kitaorang tak pernah masuk lagi Restoran ni. So oleh sebab hari ni aku ganti posa, so nak lah makan yang best2 sket. Bagilah cadangan kat Abang untuk rasa masakan kat restoran baru ni walaupun yang kat Shah Alam tu rasa dia biasa2 je dan harga boleh tahan.

Aku order set nasi dengan kari ikan siakap sekali dengan air. Abang order sup kambing. Memang mengembeklah pas ni...huhuhu. Sofiyya pulak kitaorang amik set western ayam goreng, fries dan air grape. Abang cakap sup kambing dia sedap. Aku memang tak sentuh lah sup ni. Air kopi dia pun Abang cakap sedap. Cuma kari ikan siakap aku tu dah rasa macam kuah nasik dagang. Kalo nasi tu tukar dengan beras nasik dagang maybe lebih ummphh kot. Mulut orang Terengganu la katakan.

Penuh dengan karakter Upin Ipin

Total RM3+ jugak untuk menu banyak ni

Abang yang tak berapa nak sihat sebab tu makan sup je
Fries wajib ada kalo makan kat luar


Saturday, March 2, 2013

Warong Nasi Lemak Sambal Opah

Warong Nasi Lemak Sambal Opah memang glamer area USJ ni. Dah banyak kali jugak kitaorang ke sini samada makan malam ataupun berbuka puasa. Warong ni nama je warong, tapi sebenarnya restoran. Exotic dengan barang2 hiasan lama yang ada dalam restoran ni. Restoran ni bukak dari pukul 6 petang setiap hari kecuali hari Selasa tutup.

Menu utama adalah nasi lemak. Lauk pauk untuk nasi lemak memang pelbagai. Tapi biasa aku suka amik ayam goreng berempah, kentang goreng, sambal telur puyuh, sambal udang. Ayam goreng berempah tu aku kaut sekali dengan rempah2 dia...syookk ooo makan dengan nasi lemak. Nasi lemak dibungkus siap dengan harga RM1. Kalo aku 2 bungkus cukuplah. Kalo rasa memang makan nasik menggunung memang kena pandai2 congak berapa yang cukup.

Menu lain yang ada adalah sate dan bihun sup. Ada jugak bihun dan mee dah siap goreng. Cedok je dari dulang. Yang ni pun sedap...selalu aku kempunan nak makan yang ni sebab cepat abis. Lagikpun drang buat satu dulang je masing2. Tak banyak pun. Kalo sambal nasi lemak tu sampai satu periuk besar.

Malam ni kitaorang dinner kat sini sebab Amir mengidam nak makan. Sebelum ni dia dah datang sini semata2 nak makan nasi lemak tapi restoran ni tutup. So sempena Ma dan Abah ada kat rumah aku, dia pun belanjalah kitaorang sekali. Sanggup tu dari Alam Sari datang ke USJ semata-mata nasi lemak! Ma dan Abah pun cakap nasi lemak dia sedap. Banyak santan. So, sape2 yang datang ke USJ jangan lupa singgah sini yek!

Nih saje total RM 6+. Belum masuk air.
Sambal udang dan ayam berempah
12 bungkus untuk 6 orang.
Sambal kerang, telur puyuh dan sotong
Paru dan sambal
Asyadeya pun suka
Sofiyya amikkan gambar
Semua ada kecuali aku tukang amik gambar


Sofiyya majuk...tak makan pun
Kandungan nasi lemak RM1

Friday, January 25, 2013

Kuala Terengganu 2013

Tahun 2013, kami balik Terengganu time cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Cuti satu hari dapatlah 5 hari. Walaupun setahun sekali je balik Terengganu, tapi parent aku sentiasa datang KL. So selalu jugak jumpa. Jangan ingat aku ni tak ingat mak pak plak... :P

Tempat biasa yang kitaorang pergi bila balik Terengganu ialah Pantai Batu Burok, Pantai Chendering dan Lagoon Kuala Ibai. Pastu tempat makan yang kitaorang akan pergi ialah ICT Pok Long kat Pantai Teluk Ketapang. Aku kalo ke sini pasti akan singgah beli rojak betik kat depan Sek. Men Ibrahim Fikri. Sedapnya rojak betik tu tiada tandingan.

Selain daripada tu tahun lepas kitaorang makan aiskrim goreng kat Trophix Bistro kat Pantai Batu Burok. Tahun ni pergi sana kononnya nak makan lagik la aiskrim goreng yang sedap tu. Tapi pekerja dia cakap dah lama takde. Aduhhh...nasib baik tak pregnant. Kalo tak, harus aku ajak Abang cari sampai jumpa.

Pastu nak sangat makan aiskrim goreng sebab kat KL aku tak penah jumpa, makanlah kat food court Pantai Batu Burok tu walaupun rasa tak sama. Janji dapat. Satu lagik yang aku nak makan ialah sate ikan...takde kat mana2 selain Terengganu. Dapatlah makan...hehehe. Balik kali ni cari makanan je. Siap aku beli roti paung 5 plastik bawak balik KL. Roti Paung ni kalo yang sedap area Merchang menghala ke Kuantan. Gerai dia tepi jalan je. Senang nak singgah OTW balik. Keropok lekor of coz la tak ketinggalan. Yang ni wajib makan kalo balik. :D

ICT Pok Long
Aiskrim Goreng Pantai Batu Burok

Pantai Chendering
 

Playground Pantai Batu Burok
 


Tak nak kaki kena pasir. Ingatkan tahun lepas ok, tahun ni masih ok.
Rupanya tak ok pulak...nangis kegelian

Kat Pantai Batu Burok
Playground Lagoon Kuala Ibai
 

Sunday, December 9, 2012

Aroma Ikan Bakar 2012


Hari ni merupakan hari jalan2 cari makan sedunia. Dari pagi kami keluar ke I-CITY, lepas tu menikmati hidangan tengahari di Ani Sup Utara Shah Alam. Terus singgah Masjid Shah Alam solat kat sana. Petang pulak kitaorang pergi minum Cendol Pak Akob di Shah Alam jugak. Abang tanya nak pegi mana lagik lepas ni? Aku ni pantang ditanya nak pegi mana... ingatkan lepas ni dah nak balik rumah. Bila dah tanya, laju je aku menjawab "Jom kita pergi Jeram nak? Makan ikan bakar kat sana.."

Aku sekadar bagi cadangan je dan tak sangka mendapat sokongan dari Abang. Ha..apa lagik terus pasang WAZE dan cari lokasi Pantai Jeram. Dari Shah Alam kami ke Kuala Selangor. Jauh tak jauh kami berjalan. Masa ni dah pukul 6 petang. Sampai Jeram dah masuk waktu maghrib. Singgah dulu kat masjid area situ untuk solat maghrib.

Lepas tu terus pergi Aroma Ikan Bakar. Kat sini makanan laut memang murah kalo nak compare dengan KL. Nasiblah sampai awal sket sebab masa ni ramai yang belum datang kot. Dapat parking dekat dan Q untuk amik makanan laut tak berapa panjang. Akulah yang Q sebab biasa Abang memang pas kat aku bab pilih memilih ni. Abang pulak cari tempat duduk.

Tengah Q tu Abang tepon bagitau tempat kat hujung tapi kena bayar sebab dah penuh. Lagik pun tempat ni cantik Abang cakap. Kena bayar RM 10 untuk Bamboo yang kecik. Aku  takde masalah janji dapat makan. Punyalah pelahap fikir makan je...hahahah. Mana badan tak mmmbaamm. Tapi sebenarnya aku dalam proses diet. Takpelah malam ni je...hehehe.

Aku ode ikan pari goreng kunyit, kailan goreng ikan masin, ketam bercili, butter prawn dan nasik 2 pinggan dengan air. Ketam dalam 5 ekor dan pari yang besar. Total kitaorang makan malam tu dalam RM7+ termasuk sewa Bamboo. Kuar dari sana dalam pukul 10 malam jugak sebab tunggu hujan lebat berhenti. 

Ketam bercili
Menunggu hidangan sampai. Sofiyya siap beli kepek ade makcik datang jual
 


Picture taken by Sofiyya
 


Makanan dah sampai... jom makan!

Sunday, August 12, 2012

Iftar JW Marriot 2012

Bukak posa hari ni IR Amir belanja makan. Dia suh aku yang pilih tempat untuk berbuka. So aku survey kat Internet kat sini nampak menarik. Tu yang aku pilih JW Marriot Bukit Bintang. Makanan dia pun banyak variety dan sedap. Dalam RM6+ sorang untuk buffet.

Nak booking kat pool tapi dah fully booked plak. So duduk je la dalam dewan. Kat dewan ni senang kalo nak solat sebab ada surau dan toilet kat level yang sama. Kira kalo nak berbuka dengan minum air pastu nak g maghrib dulu pun boleh. Siap ada kambing golek. Yang ni lah orang duk terkam dulu. Aku tak heran pun sebab memang tak makan mmmbeeekkk. :D

Kitaorang dari pagi lagik dah kuar pegi shopping kat Jalan TAR dan Sogo. Tapi park keta kat Sentul pastu naik Star nak ke Sogo. Tak kuasa aku nak bersesak2 dengan keta time bulan posa camni. Konpem jem. Kat sogo cari baju raya Abang, Sofiyya punya dah beli lagik awal. Aku plak cari broach dan tudung kat Jalan TAR. Nasiblah Abang dengan Sofiyya kena follow aku shopping. Pasrah je la. Hehehe. Asben korang sporting tak cam asben aku? :P

Family Amir
Sofiyya amik gambar
Our Family
Licin licau

Asyadeya yang chomel

Friday, August 3, 2012

The Street Cafe Sunway Pyramid

Hari ni memang dah survey dulu nak bukak posa kat mana. Ramadhan tahun ni aku betul2 gigih menyediakan masakan sahur dan berbuka. So hari ni hari malas dan mood nak makan luar tu meluap2. Kebetulan hari tu masa siri JJCM Abang nampaklah restoran korea yang halal kat Sunway Pyramid ni. Nama tempat tu ialah THE STREET CAFE.

Kitaorang ode Kimchi sebab tak pernah rasa dia camne. Sedap jugak dengan rasa pedas dan masam manis dia. Pastu tambah lagik Raboki Cheese. Yang ni pun sedap jugak tapi kalo orang tak suka cheese maybe tak boleh masuk sebab rasa cheese dia memang kuat jugak. Lemak berkrim dengan sos tomato. Untuk Sofiyya kitaorang ode fries dengan roti gulung yang ala2 kebab. Aiskrim dia pun sedap jugak. Must try this!

Menu untuk Sofiyya. Kebab ayam dan fries
Kimchi
Cheese raboki

Thursday, July 5, 2012

Ali Cafe - USJ 10

First time datang makan sini setelah diberitahu oleh Amir, adik aku yang makanannya sedap dan banyak choice. Tapi harga standard cafe lah. Memang sedap sebenarnya. Jom tengok menu apa yang kitaorang order untuk dinner.

Set Ikan Pari Bakar... sedaapp sehingga menjilat jari

Cekodok udang untuk dessert

Nasi goreng kampung

Mee basah kari ayam