Showing posts with label Preggy. Show all posts
Showing posts with label Preggy. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Saat Yang Dinantikan Tiba Akhirnya

Hari ni hari ketiga aku MC untuk persediaan bersalin. Malam tadi dalam pukul 11 malam aku dah terasa perot ni seakan-akan cramp seperti nak period pain. Memang terasa macam dah tak lama dah... So whatsapp kat Abang yang kerja shif malam dalam pukul 2:10 pagi bagitau yang dah rasa sakit dan tanya lokasi dia kat mana. Kang tetiba sakit kuat nak la gegas dia suruh balik rumah. Abang cakap dia kat Kepong time ni.

Bila dah ngantuk sangat, tido la. Bila tido, sakitnya akan kurang. Sampai la pukul 3 pagi, pukul 4 pagi. Rasa macam nak bangun buat air milo dan buat telur separuh masak 2 biji. Petua orang untuk banyakkan tenaga sewaktu meneran. Tapi sebab tido itu lebih enak, last2 aku mimpi je la buat semua tu.

Pagi bangun subuh dalam pukul 6:30 pagi, masuk toilet dan tengok ade darah seketul besar tapak tangan.. aihh...memang cuak jugak la... sebelum ni kuar sket2 je. Sah! Pagi nanti kena pergi spital gak. 7:30 pagi Abang tak sampai rumah lagi. Terus mesej dia cakap nak p spital pagi ni. Bagitau parent aku yang dah kuar darah ketul. So Ma pun memang paksa jugak la p spital.

Breakfast pagi tu dengan telur ayam separuh masak 2 biji, kuih-muih dan air milo segelas. Bekalan kalo ditakdirkan hari ni adalah harinya. Kat rumah nasib dah terasa nak membuang segala mak nenek yang ada dalam perot. Nih pun petanda nak bersalin jugak.

Contraction tu ada tapi aku rasa tak la teruk mana. Dalam pukul 9 pagi tu dah gerak p spital. Siap salam2 dengan Sofiyya dulu dan pesan kat dia yang Ummi nak pergi spital keluarkan baby Muhammad. Memang tak kasi dia ikut la. Duk rumah dengan atuk dan nenek je. Nasib la dia ok... Sebenarnya mimik muka dia cam sedih jugak sebab tak dapat ikut.

Sampai Columbia, tengok Q punya la panjang untuk register. 2 kaunter je yang bukak. Abang plak dah drop aku awal sebab takde parking. Tu la... nasib jugak sakit tak kuat. Kalo tak mana boleh Q. Bila Abang dah datang, tukar tempat plak sebab pinggang dah sakit berdiri lama.

Dah dapat register, terus ke kaunter A. Sampai sana nurse terus suruh buat urine test. Aku cakap aku bukan nak buat chekup biasa, datang sebab ada contraction. Terus nurse tu inform nurse Dr Raja. So tunggu la kejap sementara patient2 yang sedia ada selesai.

Masuk jumpa Dr Raja, Dr Raja dah cakap kita induce je la sebab dari hari isnin dah bukak 1cm tapi sampai hari ni awak tak sakit lagi. Pastu aku citelah pagi tadi kuar darah ketul2. Dr Raja suh baring dia nak check bukaan. Check punya check rupanya dah 5cm! Dr Raja cakap lepas ni terus masuk labor room. Terkejut jugak sebab aku tak rasa sakit macam sakit bersalin Sofiyya dulu.

Dr Raja cakap nanti dia bagi drip untuk cepatkan contraction sebab kalo 5cm dan aku rasa sakit mesti dah tak boleh jalan. Nasibla pagi tadi memang dah bawak segala bekalan yang perlu. Kebetulan memang dah bawak kat tangan air zam2 satu botol. Abang kena setelkan urusan wad dan aku dibawa ke labor room.

Sampai labor room dalam pukul 10:30 pagi, aku mintak masukkan ubat buang air besar walaupun dah membuang pagi tadi. Sebab macam tak puas kalo tak dapat bersihkan semua. Selesai membuang, nurse datang untuk pasangkan drip kat tangan, dan pasang CTG kat perot. Dia check contraction memang kuat tapi heran sebab aku tak rasa sakit. Dah memang aku tak rasa sakit kira rezekilah tu.

Dalam Labor room... dah bukak 5cm tapi tak rasa sakit
Sempat buat peace yo!
11:00 pagi Dr Raja datang dan pecahkan ketuban. Alhamdulillah, air ketuban clear maknanya baby belom berak. So dia bajet dalam 3 jam lagi aku akan bersalin. Sebelum tu nurse check BP, turun naik jugak BP. Maklumlah dah ade contraction sket2 kan. Nurse amik suhu badan dan tengok suhu 37.5. Kira macam demam sikit lah. Aku cakap aku tak demam cuma la ni badan aku rasa berpeluh. Seolah2 macam tak bukak ekon pun ye jugak. Pastu nurse cakap Dr Raja suh bagi antibiotik masuk dalam drip supaya takde efek kat baby nanti.

Hmm... buat la apa saja asalkan semuanya selamat. 12:30 tengahari, sakit dah makin kuat, dan aku mintak untuk gunakan gas etonox. Nurse check CTG memang contraction tengah kuat. Dia siap pesan kalo rasa nak meneran bagitau sebab Dr Raja ada emergency C-Sec la ni. Takut tak sempat dengan aku pulak. Nurse check bukaan masa ni dah 6cm. Masa macam cepat je berlalu time ni aku rasa. Bila nurse check pundi kencing, dia cakap ada air kencing patutla bukaan jadi lambat. So dia amik alat untuk kuarkan air kencing.

Lepas tu je terus datang sakit yang tak ingat. Mintak jugak kalo aku boleh disuntik dengan Petidina. Tapi nurse cakap bukaan dah banyak dan tak boleh. Boleh guna gas je. So bertahan la dengan etonox je. Aku perasan Abang datang kat sebelah tolong lap peluh yang memercik kat muka. Nurse tu terus tanya nak kuatkan ekon ke, abang cakap boleh la sebab aku berpeluh sangat. Aku rasa efek dari antibiotik pun iye jugak kot.

Sambil tu mulut kumat kamit duk baca Surah Abasa (80) ayat ke 20 dan doa Nabi Yunus sewaktu berada di dalam perot ikan. Abang pulak hulur tangan bagi sokongan sewaktu sakit bersalin makin memuncak. Memang aku genggam tangan Abang sekuat hati waktu contraction yang kuat datang. Gas etonox tu memang tak lepas dari tangan. Kira spray je sepanjang masa sampai aku mamai. Tapi sakit tak hilang pun.

Akhirnya aku dah rasa ada gesaan untuk meneran dan inform pada nurse. Nurse check dan bukak 10cm. Masa tu dalam pukul 1:15 petang. Terus inform Dr Raja dan nurse siap2 katil dan alatan untuk proses kelahiran. Gas etonox lepas tu dah kena simpan dah....

Kat Columbia Dr Raja tak pulak bagi asben duk sebelah pegang tangan ke apa untuk bagi sokongan. Kira aku pegang alat untuk meneran je la. Kang patah plak tangan asben kalo pegang time meneran. Kali pertama meneran tapi tak lepas... so tunggu lagi gesaan kedua datang. Dalam beberapa minit jugak la. Mulut ni memang baca je ayat2 tu.

Kali kedua teran aku seolah2 macam mengerang sebab sampai keluar suara, patutnya tak boleh keluar suara sebab kurangkan tenaga. Tapi ntahlah... masa ni dengan masa kita baca kat tenet memang lain. Janji dapat keluarkan baby je. Teran punya teran sampai dah hampir putus nyawa dah rasanya tiba2 terdengar Dr Raja cakap okey kepala baby dah keluar... Alhamdulillah... saat ini yang aku tunggukan sangat. Push lagik sekali untuk keluarkan badan baby. Tepat jam 1:21 tengahari lahirlah zuriat lelaki kami selepas beberapa minit azan zohor berkumandang.

Dr Raja angkat baby dan terus letak atas perot aku. Tapi aku hanya mampu memandang je sambil pegang baby takut jatuh. Nurse amik baby dan sedut lendir2 barulah dengar baby menangis. Dr Raja cakap tunggu uri keluar pastu dia akan jahit sebab ada koyak sket. Sambil2 tu dia inject kat bontot untuk kecutkan rahim dan masukkan injection kat bawah sebanyak 2 injection untuk menghilangkan sakit rengat.

Masa nak menjahit tu, aku terasa sakit pastu Dr Raja cakap sorry dan suh nurse tambahkan dose kebas lagik. Dose kedua pun masih terasa sakit sampailah amik dose ketiga baru ok. Dr Raja cakap dia jahit 3 stitches je. Sikit je la koyaknya. Sikit ke banyak tapi tetap nak kena jaga. Tanya Abang, masa meneran tu aku ade angkat bontot ke? Abang cakap tak pun.

Masa ni baby dah diletakkan dalam tempat baby kasi dia warm gitu sambil sedut lendir2 kat hidung dan mulut yang masih ada. Abang dan sibuk amik gambar baby. Aku masih kat katil dengan kepenatan yang belom hilang. Selesai menjahit terus Dr Raja cakap tahniah dan keluar. Siap cakap nasib dia tak balik rumah sebab dah dapat rasa aku akan bersalin time lunch hour.

Seminit selepas dilahirkan
Tali pusat pun panjang lagi
Nurse tanya aku nak pegang baby ke camne.. aku cakap tak nak lagi sebab aku penat. Sofiyya dulu aku tak rasa penat pun siap excited nak pegang lepas bersalin. Kali ni seolah2 tiada kudrat untuk aku buat macam tu. Nak bercakap pun suara hampir tak keluar. Memang nak minum air je time tu. Nih kes salah cara meneran la ni.

Selepas selesai baby kena bungkus, nurse bagi kat Abang untuk azankan. Aku pulak kena stay kat labor room dalam tempoh sejam setengah untuk monitoring. Sambil2 tu kena amik BP. Nurse cakap BP aku macam tak stabil. Mana taknya, penat sangat aku rasa.Tunggu BP stabil barulah keluar dari labour room ke single wad. Nasib dah booking awal2. Kalo tak sure penuh.

Dalam perjalanan masuk wad
Tag Name saya
Close up
Malam tu Ma yang temankan aku kat spital sebab Abang risau Sofiyya tak pernah tido dengan atuk sendiri. Terpaksa campur susu tin sekejap sebab susu badan belum banyak tapi permintaan melebihi pengeluaran. Anak lelaki kot agaknya kuat menyusu.



Nurse siap pacakkan rambut saya
Stay kat hospital 1 malam je. Esoknya dah boleh discaj bila baby dah berak dan kencing sendiri. Ummi pun dah boleh jalan sendiri.. :)


Saturday, September 28, 2013

Scan 4D

Hari ini memang dah buat appointment dengan Kak Ar (Kakak Ipar aku merangkap kakak kepada Abang) untuk pergi buat scan 4D kat klinik dia. So appointment dalam pukul 12:30 tengahari. Kebetulan start semalam sampai esok LITTLEWHITZ ada buat warehouse sales. So pagi2 lepas breakfast terus ke Setia Alam membeli belah apa2 yang patut untuk orang baru. Setel kat  sana terus bergegas ke BBB plak. 

Sampai kat klinik shutter dah tutup separuh dah. Memang konpem menunggu kitaorang datang je. Sofiyya plak tak nak join masa scan 4D tu sebab dah jumpa sepupu2 dia. Dah syok main sama2. Oh ya... kalo korang tatau nak buat scan 4D kat mana boleh la singgah kat Klinik Kak Ar ni. Nama klinik KLINIK MEDIVERON DR ARIFAH & RAKAN, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Land mark terdekat ialah JPJ BBB.
Masa scan tu baby tengah menguap. Banyak kali jugak la.... mengantuk sangat agaknya. Pastu kedudukan melengkung kaki dah sampai ke muka, tangan sebelah kanan menghala ke bontot. Hai...macam2 position. Bila scan 4D ni memang sah2 lah jelas anu dia tu. Our Khairul Junior is on the way... :D

Banyak kali scan untuk dapatkan gambar muka baby dari depan tapi nampaknya dapat half jek. Sebelah lagi dah tertutup dengan kaki dia yang dah sampai ke muka. Berserabut dengan tali pusat lagik. Nampak chomel je duk dalam perot ummi dia nih...

Berat dalam 1kg ++. Ukuran badan dalam 27 weeks ++ walaupun hari ni sebenarnya minggu ke 26 dan 6 hari. Kak Ar memang amik banyak gambar dan save semuanya. Tapi disebabkan kitaorang nak datang lagik untuk buat scan... so hanya print gambar yang nampak separuh muka jek. Kalo biasa dapat sekeping CD dengan semua gambar masa scan. Sekali dengan print untuk 4D yang terbaik. Bukan kertas nipis tau. Guna kertas macam print gambar tu. Ha... kalo korang tanya berapa ongkos buat 4D kat Klinik ni, tak dapeklah aku nak menjawab. Sebabnya...hehehe paham2 je la kalo dah kakak ipar. Ada kos2 yang dikira rege adik beradik. :D

Our 'Muhammad' @ 27 weeks


Tuesday, September 17, 2013

G4P1+2 - 25 Weeks

Hari ni checkup untuk 6 bulan @ 25 weeks. Bulan lepas Dr Hamizah dah inform yang datang kali ni kena buat injection ATT (Anti Tetanus Toxoid). Hah, kalo yang tak biasa injection ni bertujuan untuk mencegah kancing gigi. Yelah nanti kan nak bersalin... konpem ada luka2. So bila luka2 tu senang nak kena jangkitan kuman. Nih sebagai langkah berjaga2 lah andai kata tak sempat nak bersalin kat hospital.

Pagi2 kat ofis aku dah mengoogle mencari petua untuk tak nak bagi lenguh tangan bila lepas injection. Biasa kalo kena suntik ATT ni 3,4 hari jugak lah tangan terasa macam memikul batu. Sebabnya ada ofismate aku pun baru lepas cucuk hari sabtu, hari ni masih terasa lenguhnya. 

Cari punya cari jumpa lah jugak. Tapi sebenarnya berguna untuk anak yang baru lepas kena injection tak nak bagi demam. Tapi takpe lah try je mana tau menjadik. 

Checkup hari ni Dr Hamizah sahkan lagik jantina baby iaitu boboi. Syukur... sebab akhirnya dapat sepasang walaupun jarak jauh. Kedudukan baby melintang dengan kepala sebelah kiri perut dan kaki kat belah kanan perot. Dr Hamizah cakap biasa la kedudukan masa ni boleh pusing2 lagik. Berat baby dah 8++ grams. Ukur panjang kaki dan masuk 26 minggu dah. Kira normal la tu. Setel buat scan baru lah kena cucuk.

Masa kena injection tu sakitlah jugak sebab dah jarum tertusuk dalam daging kan! Keluar je dari bilik Dr, terus aku sapu minyak cap kapak yang memang aku bawak ke mana saja... Sementara menunggu nak dapatkan ubat tu, aku tenyeh lagik minyak cap kapak beberapa kali kat tempat injection tu. Total kos hari ni RM88 dan dapat lagik obimin. Melambak2 stok obimin kat rumah sebab aku dah benti makan obimin. Ingat price injection ni lebih la RM100 tapi ok la jugak sebab tak sampai pun. Tunggu bulan depan pulak untuk dapat injection yang kedua. Sebabnya jarak anak no 2 dengan no 1 dah lebih 4 tahun. So nak tak nak memang kena 2 kali macam mula2 peknen dulu la.

Kesimpulan dari eksperimen minyak cap kapak tu, lengan aku terasa sakit je kat bahagian injection tu tanpa rasa lenguh. Leggaaaa..... tapi kena tenyeh minyak cap kapak tiap kali minyak tu kering la. Tu je petua tak nak bagi lenguh. Yang penting guna minyak atau bam yang panas.

Tuesday, August 20, 2013

G4P1+2 - 21 Weeks

Hari ni checkup 5 bulan @ 21 weeks. So hari ni turn untuk amik darah setelah checkup bulan lepas Dr Hamizah kesian nak amik disebabkan badan aku susut. Maklumlah berpuasa... tapi berat kali ni pun takde lah naik mencanak2.Tambah sekilo je dari bulan lepas. Ok la tu ada kenaikan sikit.

Sofiyya je temankan aku sebab Abang keje petang. Ingatkan bawak Sofiyya teman dapatlah gambar baby yang Dr scan. Rupanya taktik aku tu tak laku. Tapi aku pun tak cakap kat Dr Hamizah mintak print gambar. Bulan ni Dr Hamizah seakan mengesahkan jantina baby iaitu boboi. Nampak jelas anu dia sebab masa scan duduk terkangkang...heheheh.

Ukuran baby memang sepadan dengan 25 minggu. Dah la aktif masa scan sampai Dr Hamizah cakap duduk tak diam budak ni... :D Tak pasal2 baby kena marah dengan gynae. Amik darah dalam 1 tiub syringe yang besar tu. Total kos hari ni RM130 beserta obimin. Agak mahal jugak ye kalo time amik darah ni. Tapi memang dah prepare duit siap2.

Mood rini memang happy la sebab bakal dapat sepasang. Alhamdulillah... :D

Saturday, July 20, 2013

G4P1+2 - 16 Weeks

Hari ni checkup 4 bulan @ 16 weeks bersamaan hari kesebelas kita berpuasa. Patutnya hari ni nak kena amik darah tapi disebabkan Dr Hamizah nampak aku macam susut je so dia kesian nak amik. Dah la berat naik setengah kg jek... Takat ni aku masih berpuasa penuh lagi. Alhamdulillah... siap masak untuk sahur dan berbuka tanpa fail takat hari ni... :)

Dr Hamizah check baby semua nampak normal perkembangan dia. Siap aku tanya dah nampak jantina lom... Dr cakap awal lagi tapi dia mengintai2 jugak la. Dia nampak seolah2 macam boy sebab anu dia macam kecik. Kira baru nak jadik. So nanti bila dah 20 minggu baru boleh konpem. Baby pun aktif je bergerak. Aku sebenarnya dah start merasa pergerakan baby sejak minggu ke 15 lagi. Maybe sebab dah pernah ada pengalaman kot.. tu yang kali ni cepat je terasa baby gerak.

Fetus @ 16 weeks



Tuesday, July 2, 2013

Doa Untuk Mengelakkan Keguguran

Oleh kerana aku pernah melalui pengalaman keguguran sebanyak 2 kali sebelum ni, jadi untuk pregnancy kali ni aku lebih berhati2. Masalah yang aku hadapi untuk kandungan2 sebelum ni ialah yang pertama ialah blighted ovum dan yang kedua embrio tiada heartbeat. Bukan disebabkan rahimku tak kuat tapi maybe kedua-dua janin ini tidak normal. Lumrahnya akan tidak menjadi kehamilan tersebut.

Aku pun mencari2 di dalam Internet sekiranya ada doa2 yang boleh dibaca untuk mengelakkan keguguran. Kebetulan memang ada sebenarnya yang aku sendiri tatau. Sorry kepada tuan punya blog sebab aku lupa nama blog yang menulis doa2 ini. Tapi bukan dari satu sumber, ade lah beberapa blog yang bercerita berkenaan doa ni. So, aku kumpulkan kesemuanya untuk dijadikan amalan selepas solat semenjak kali pertama aku tahu yang aku pregnant. Oh ya... aku mempunyai retroverted uterus atau dalam bahasa kita orang panggil rahim terbalik. Tapi berdasarkan apa yang Dr. Hamizah bagitau, ianya hanya variasi kepada bentuk rahim seseorang dan tak memberi kesan kepada seseorang untuk mengandung.

Doa-doa yang boleh di amalkan untuk mengelakkan keguguran ialah :-

1. Surah al-Hijr: 15: 97-99


2. Surah An-Nahl : 126 -128


3. Surah Yunos : 31



Baca doa-doa ini selepas selesai solat fardhu sambil memegang perut. Kita hanya meminta kepadaNya dan Dialah penentu segalanya. Alhamdulillah... minggu ni merupakan minggu ke 14 kandungan yang mana kandungan2 sebelum ini tidak pernah melepasi tahap 2nd trimester. Semoga dipermudahkan olehNya... Amin.


Monday, June 17, 2013

G4P1+2 - 12 Weeks

Rutin pregnancy checkup minggu ke 12. Bermakna usia kandunganku sudah mencecah 3 bulan. Masih lagi mengalami morning sickness dan cirit birit berterusan. Minggu lepas DR Hamizah dah diagnose aku sebagai mild dehidration sehinggakan kena minum ORS. Nasib baiklah boleh telan walaupun waktu biasa aku tak berapa suka air ni. Bila time preggy ni rasa sedap plak.

Every week mesti aku akan berjumpa dengan DR Hamizah untuk dapatkan MC. Muntah yang berpanjangan. Sehingga minggu ke 12 ni, sebanyak 7 hari aku amik MC je. Nasib baiklah ofis aku benarkan MC sebanyak 22 hari untuk setahun. Kira banyak lagiklah walaupun dah guna 7 hari. Seingat aku ada satu malam tu selepas makan burger ayam, lima kali aku muntah berturut2 masa nak tido. Nih dah namanya bukan morning sickness.. nih namanya everytime sickness sebab muntah tak kira masa. Minggu ke 10 DR Hamizah dah bagi Obimin untuk aku makan sebab badan aku lemah.

Berat pulak tak payah cakap la.... memang turun kalo nak compare masa aku buat diet Atkins hari tu. Paling rendahlah semenjak aku berusaha untuk diet. Makan sebab lapar bukannya sebab berselera. Padahal pagi, tengahari dan malam aku makan nasi je. Kalo tak dapat nasi memang melepeklah jawabnya.

Hari ni buat pertama kalinya aku berani ajak Sofiyya dan Abang masuk sekali sewaktu jumpa DR. Masuk je check BP 130/80. Lepas tu terus scan. Bila scanner tu kena kat rahim, nampaklah bentuk baby yang terkuak kaki dan tangannya... Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaanMu ini. DR Hamizah cakap baby sihat selaras dengan minggu kandungan. Bila ukur saiz baby memang tertulis 12 minggu dengan panjang 5.5CM.

Sekali lagik minta DR Hamizah print dan DR terus bagi pada Sofiyya. Memang dia telek je la gambar tu sebab dah nampak bentuk orang. Siap aku tanya DR Hamizah, jantina dah nampak belum? DR cakap mana nampak lagik... 5 bulan nanti baru jelas. Lepas ni datang lagik bila kandungan berusia 16 minggu dan time tu nanti amik darah sekali. Bila chek kalendar rupanya dan minggu kedua bulan ramadhan. Harap2nya aku boleh berpuasa penuhlah tahun ni dah badan ni larat seperti biasa.. Amin.. :)

12 Weeks Already... :)




Monday, May 20, 2013

G4P1+2 - 8 Weeks

Minggu ni merupakan minggu ke 8 untuk checkup pregnancy. Dan kebetulan jugak hari ini aku MC gara-gara morning sickness. Pregnant kali ni memang sangat2 berbeza dengan 3 kandungan aku yang terdahulu. Masa sofiyya dulu adalah jugak morning sickness tapi pada minggu ke 8 je lepas tu dah berhenti. Tapi tak kali ni yang bermula seawal minggu ke 6 lagi. Kalo nak dikira beberapa muntah tu, memang dah tak terkira sebabnya aku alah pada ubat gigi. So bayangkanlah tiap kali gosok gigi segala mak nenek yang baru ditelan mesti keluar balik.

Sampaikan aku dah bertukar ubat gigi Pureen Maternity pun masih sama jugak. Tapi bila aku letak ubat gigi tu sket je nampaklah ok sket. Lagikpun bukan takat muntah, tapi cirit sekali. Memang tak tahan rasanya. Nasib baik aku suka makan buah. Memang wajib makan buah hari2. So inilah pengganti air yang hilang. Nak harap minum air seperti biasa memang tak la. Pergi mana mesti bawak termos yang aku isi dengan air suam. Tak lalu nak minum air pada suhu biasa. Kalo order air buah pun aku akan mintak yang takde ais. Dah lah masa ni terkena batuk plak tu...lagiklah siksa. Memang terasa tegang rahim bila batuk dan muntah.

Jumpa DR Hamizah untuk rutin pregnancy checkup. DR Hamizah cakap "Biasalah....sakit buatan orang, macam ni lah". Hari ni bila nak scan, memang perasaan tu sangat2lah berdebar2. Aku pulak masuk sorang je sebab aku risau nak bawak Sofiyya dan Abang masuk sekali. Takut berita yang kurang menyenangkan.

Bila DR Hamizah scan, dah nampak bentuk kekacang dalam skrin. Alhamdulillah... perkembangan positif kat situ. Lepas tu aku sibuk bertanya pasal heartbeat sebab aku masih tak nampak dup dap dup dap kat baby tu.. DR Hamizah cakap dia nampak heartbeat dan bila ukur saiz baby sememangnya tepat mengikut waktu yang sebenar iaitu 8 minggu dengan ukuran panjang 1.8cm.

Aku sebenarnya masih risau sebab aku sememangnya tak nampak heartbeat tu. Kemungkinan jugak mesin scanner yang klinik tu guna kurang canggih tu yang menyebabkan aku tak nampak. DR Hamizah pesan supaya jangan risau sebab kalo baby tu sihat pembentukannya,  InsyaAllah...akan ok semuanya. Harap2 macam tu la ye DR.

Terus mintak DR printkan gambar scan tu. Kat Klinik ni kalo print kena bayar RM5. Tapi aku tak kisah pun sebab nak tunjuk kat Sofiyya dan Abang. Keluar dari bilik DR terus tunjuk gambar scan tu kat Sofiyya. Excited bukan kepalang si kakak bila tengok gambar baby. Abang pun senyum je...ye la dah beberapa kali kami frust bila bab2 macam ni.

Malam tu kat rumah, Sofiyya kejap2 nak tengok gambar baby. Siap cium2 lagik gambar tu... terharu plak tengok. Terus ajak papa dan ummi untuk pergi beli barang baby esoknya. Aduhh... sampai macam tu sekali. Tapi aku cakaplah baby ni kecik lagik... so sabar dulu. Sofiyya balas, takpelah...kita beli awal2, lepas ni dah tak payah beli dah. Aisshh... ada je jawapan dia. Last2 aku cakap kita tatau baby ni girl ke boy... so kalo nak beli pun tatau nak beli color apa. Barulah akhirnya sofiyya mengalah dan mengaku apa yang aku cakap tu betul. Nasib baikk.... pheeww!!!

8 weeks already.. :)



Tuesday, May 7, 2013

G4P1+2 - 6 Weeks

Hari ni aku MC disebabkan morning sickness yang seawal 6 minggu dah bermula. Actually dah tau pregnant seawal lewat 2 HARI PERIOD. So hari ni merupakan kali pertama aku pergi mengesahkan dengan DR. Klinik yang menjadi pilihan seperti biasa Klinik Dr Nur Ainita dengan pakar Gynae ialah Dr Hamizah dari LPPKN.

Masuk je jumpa DR Hamizah, terus dia bertanya..."Ada apa Suraya?" So aku pun tak nak citer meleret2...terus ke citer sebenar. Bagitau DR yang aku dah test UPT 2 minggu lepas dan hasilnya positif. Minggu ni merupakan minggu ke 6.

Nak tau apa reaksi DR Hamizah? Dia sememangnya excited bila mendengar yang result aku positif tanpa memakan apa2 ubat. Terus dia minta aku baring untuk buat scan. Aku sebenarnya dup dap dup dap jugak berdasarkan kes2 aku yang sebelum ni. Bila DR scan dia cakap "Ok, confirm awak pregnant cuma heartbeat tak nampak lagi". Kiranya dah nampak kantung dan ade satu bulat dalam kantung tu.

Aku bagitaulah kerisauan yang melanda aku kepada DR Hamizah. Dia cakap "Nampak kantung semua sihat dan normal. InsyaAllah ade rezekinya...kita berdoalah banyak2". 

Pastu DR Hamizah cakap lagik "Sonok sangat saya bila orang yang lepas buat HSG terus pregnant. Mungkin tiub fallopio ada block sket dan ianya clear bila buat HSG". Memang reaksi dia happy sangat2 macam bakal dapat cucu sulung! :D

DR. Hamizah minta aku datang semula pada minggu ke 10 kandungan tapi oleh sebab aku tak puas hati kerana tak nampak heart beat so aku minta diawalkan sket. So DR. Hamizah minta aku datang semula pada minggu ke 8 nanti. Harap2lah time ni dah nampak heartbeat. Amin...amin ya rabbal 'alamin.

Kos untuk pemeriksaan hari ni ialah RM70 untuk scan sahaja dan consultation. Aku tak amik asid folic pun sebab sebelum ni memang aku beli sekotak yang mempunyai 10 papan asid folic kat farmasi. Harga pun RM6 je untuk satu kotak tu.



Wednesday, May 1, 2013

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Alhamdulillah... dengan izinNya aku mengandung untuk kali yang ke 4 akhirnya. Dalam ENTRY sebelum ni, aku dah bagitau  nak share apa amalan yang aku amalkan untuk mendapatkan zuriat yang kedua ni.

1. Sebelum ni aku tak pernah buat solat dhuha. Sehinggalah aku diberitahu oleh ofismate aku, Nani supaya melakukan solat dhuha dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana kakaknya pun mempunyai masalah cyst tetapi berjaya mengandung anak kedua selepas melakukan solat dhuha. 

Berbulan2 jugak aku amalkan solat sunat dhuha ini sebelum bergerak ke ofis. Oh ya... jarak ofis ke rumah dekat je.. so dalam pukul 8 pagi aku dah melaksanakan solat dhuha kat rumah. Banyak manfaatnya solat dhuha ni selain untuk memurahkan rezeki dari segi zuriat, aku juga seolah2 tiada masalah kewangan. Duit sentiasa cukup sehingga ke gaji bulan depan. Boleh GOOGLE macam mana cara untuk melakukan solat dhuha. Yang penting selepas solat dhuha, bacalah doa berikut:-
 
Doa Waktu Dhuha

2. Aku juga amalkan doa-doa berikut diwaktu sujud terakhir dan di dalam doa selepas solat.

Surah Ali 'Imran Ayat 38

Surah al-Anbiya' Ayat 89

3. Minta anak aku Sofiyya, untuk sentiasa berdoa supaya dia dikurniakan adik. Menjadi amalan dia sebelum tido untuk membaca doa "Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakanlah Sofiyya, Ummi dan Papa.. Baby. Dan selamatkanlah baby  sehingga ianya dilahirkan". Doa ini ayat daripada aku sendiri berdasarkan pengalaman miscarry 2 kali sebelum ni. Selalunya doa anak kecil lebih mudah untuk termakbul kerana doanya ikhlas.

4. Berdiet. Sebelum ni berat aku dah melebihi berat normal bagi ketinggian aku. So aku memang tak bercadang untuk mengambil apa2 ubat dalam proses berdiet ni. Bila tengok ofismate aku berjaya dengan diet Atkins... so aku pun mencuba diet ni. Diet ni memang berkesan bagi sesape yang tak tahan lapar sebab hanya perlu elakkan makanan yang mengandung karbohidrat je. Hasilnya... memang memuaskan. Sampai Abang pun follow sebab jeles tengok aku dah makin kurang berat. :D

5. Bila dah berdoa, jangan lupa untuk usaha dan bertawakal. InsyaAllah ada rezeki bila tepat pada waktunya nanti. :)


Tuesday, April 30, 2013

My TTC Story - Catatan April 2013

01/04/2013
CD9. Beli Jamu Ratu Dara RM28 di Mydin USJ untuk 60 biji. Makan 1 biji pagi dan 2 biji di waktu malam. Time period kena berhenti makan. Baca testimoni ramai yang berjaya mendapatkan zuriat setelah menggunakan produk ni termasuklah ofismate aku Imin. So apa salahnya kalo kita mencuba dan bertawakal.

Jamu Ratu Dara

03/04/2013
CD11. Buat rawatan HSG. Rujuk entry ni ye untuk kisah lebih lanjut. 

04/04/2013
CD12. Berjumpa dengan Dr Hamizah untuk berikan dia report ujian HSG. Dr Hamizah cakap kedua-dua tiub fallopio normal tiada blocking. Cuma Dr Hamizah bagi aku 2 option jika masih nak proceed untuk conceive.

1. Makan clomid. Then amik injection untuk tingkatkan kualiti ovum (Sebanyak 3 kali injection) dan hormon HCG seperti sebelum ni. Total kos dalam RM5++.

2. Buat prosedur IUI (Intrauterine Insemination). Cadangan Dr Hamizah untuk buat IUI di LPPKN kerana dia bertugas disitu. Tak perlu Q katanya sebab aku minta reference letter dari Klinik Nur Ainita dan bagitau untuk buat treatment dengan dia. So nanti buat appointment dan terus dapat jumpa dia. Tapi sebelum tu adalah treatment-treament lain yang perlu dilakukan sebelum bermulanya prosedur IUI. Total kos RM8++ hingga RM1K.

Aku inform Dr Hamizah yang ni aku perlu discuss dengan husband dulu kerana melibatkan kos yang agak tinggi. Bila discuss dengan Abang, Abang cakap kita try sendiri dulu la tengok macam mana. Abang pulak akan cuba meningkatkan kualiti sperma dengan minum tongkat ali.

07/04/2013
Ovulation test positif. Seperti biasa aku menggunakan Watson Ovulation test. Sekali test je terus positif. Maybe sebab aku pun refer kalendar ovulation sebab tu tepat je. Aku minum serbuk kurma hijau yang aku kirim pada Kak Nor yang menunaikan umrah minggu lepas. Serbuk kurma hijau ni adalah untuk memudahkan mendapat zuriat. Serbuk kurma hijau ni hanya diperolehi di Madinah sahaja. Minum pagi dan petang ketika waktu subur sebanyak satu setiap kali dan dicampurkan dengan sedikit madu. Pasangan pun kena minum waktu subur ni. Bukan kita je yek! Harga satu botol ni aku tak sure sebab Kak Nor cakap dia just doakan semoga impian aku tercapai. Amin...amin Kak Nor. Terima kasih banyak-banyak.

Serbuk Kurma Hijau/Kurma Zuriat

23/04/2013
CD31. Sepatutnya bermulanya cycle priod untuk bulan 4 tapi tak datang.

25/04/2013
Lewat period 2 hari. Bangun pagi sebelum solat subuh. Hati teringin untuk buat UPT. Dengan harapan akan nampak 2 line. Maklumlah kencing pertama mengandungi hormon HCG yang tinggi.

5 titik air kencing aku titikkan kat tester. Laju je air kencing tu berjalan melalui line C, dah warna pink gelap kat situ. Kiranya betullah apa yang aku buat. Tunggu kat line T plak, berdebar2 rasanya. Masa tu aku mula amik wudhuk. Dalam hati sedikit frust sebab line T tak muncul2. Memang frust sket. Tiba2 lepas setel amik wudhuk, memang jelas nampak line T muncul. Warna pink gelap. Syukur Alhamdulillah positif. Bersyukur panjang aku di atas kurniaanNya. 

Alhamdulillah...result positif!
Terus mesej kat Abang. Tapi Abang diam je tak reply apa2. Maybe tak sangka kot. Salah satu sebab yg buatkan aku rasa aku peknen ialah tetek terasa sakit selepas waktu ovulation. Biasanya akan sakit bila waktu nak period.

Malam tu bila Abang dah balik keje, terus tunjukkan tester kat dia. Senyum panjang Cik Abang tu. Dia tanya...macam mana boleh rasa nak test? Aku cakap naluri berkata demikian... ceewaahh!

Tapi dalam hati sebenarnya aku masih risau dengan kes2 keguguran aku yang sebelum ni. Harap2 kali ni kekal la sehingga aku bersalin nanti. Amin. So takat ni hanya kami berdua je yang mengetahui berita gembira ni.

Kesimpulannya... Serbuk Kurma Hijau tak abis makan, Jamu Ratu Dara pun belom habis sebotol dah melekat. Rezeki dari Allah nampaknya.. :) Nanti aku share lagik apakah2 amalan2 lain yang aku lakukan untuk mendapat zuriat ni.

Saturday, May 26, 2012

Library Shah Alam 2012

Sebenarnya hari ni plan nak pergi shopping kat Sogo selepas pergi check up kat Columbia Asia Puchong. Tapi ada berita tidak gembira yang kami dapat masa pergi check up pregnancy. Dr Raja Juhaidah bagitau berkemungkinan kandungan aku tidak menjadi kerana saiz embrio yang tidak normal pada usia 8 minggu dan tiada degupan jantung. Embrio itu seolah2 tidak membesar.

Ya Allah...besarnya dugaan dariMu ini. Sesungguhnya aku memang berharap kandungan aku kali ni berjaya sehingga lahirnya zuriat ini ke dunia. Kalo betul la tiada rezeki, ini keguguran aku untuk kali kedua. Dari perasaan gembira kerana dah mengandung, terus mood tu jadi sedih. Dr Raja Juhaidah meminta kami untuk datang semula minggu depan untuk pengesahan. Dia bagi option pada aku samada ingin keguguran itu berlaku dengan sendirinya atau pun menjalani proses DNC.

Oleh sebab ini kali kedua keguguran aku, so Dr Raja sarankan kami supaya membuat ujian kromosom. Ujian kromosom ini adalah untuk mengesan kecacatan DNA embrio jika ada. Tapi kalo nak buat ujian ni kenalah melalui proses DNC sebab embrio tu akan diambil dan terus di bawa ke lab untuk ujikaji.

Bukan mood aku je berubah, mood Abang pun sekali. Itulah sebabnya kami ke Library Shah Alam ni. Lagi pun Sofiyya dah sebut2 nak datang sini sebab ada kawan sekolah dia yang bercerita dah datang ke sini. Aku terfikir, apalah nak diceritakan pada Sofiyya baby yang dia harapkan untuk jadi teman bermain dah takde. Sedih aku memikirkan pasal hal ni. Dah dua kali harapan si chomel ni musnah.

Kat library ni jugak aku tepon ma bagitau citer sebenar. Ma terkejut jugak tapi nak buat macam mana. Belum rezeki kami. Sejam je kami kat sini lepas tu terus cari tempat lunch dan balik rumah. Nak ke mana kalo mood pun sedih je... :'(


 




Berangan sorang2

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 1432H/2011M - Seri Menanti (Raya Ketiga)

Raya ketiga kami berpatah balik ke Seri Menanti kerana family belah sini nak beraya ke Melaka dan Lenga. Aku bab berjalan ni memang suka dan ngikut je. Esoknya raya ke empat kami berjalan ke Ulu Tiram dan Kota Tinggi. Bukan tido sana tau tapi balik hari. Jenuh driver berjalan pusing Johor. Abang la tu orangnya.

Dengan spek hitamnya

Melawat jiran sebelah rumah Mak di Melaka

Nih kat rumah jiran. Sempat lagik panjat pokok rambutan

Kali pertama beraya sebagai husband and wife



Besar kecik semua lompat
 

Wednesday, August 31, 2011

Bowling Raya 2011

Bowling ni dah jadik aktiviti tahunan kami bila balik beraya. Siang hari beraya sakan kat rumah sanak saudara. Malam pulak aktiviti muda-mudi dengan bowling. Tempat yang biasa kalo kat Batu Pahat ni mestilah BP Mall. Aku tataulah ade tempat bowling lain selain kat sini. Kali ni yang ikut Pak Andak je. Yang lain2 semua dah penat. Tapi tahun ni aku tak jadik pemain...jadik penyokong je sebab nak jaga kandungan.

Effi dan bola pinknya
Mapiq dan Zul
Malam ni ummi teman Sofiyya
 

"Chaiitt.." kata Amir
 





Nasib Sofiyya dah biasa aktivit cam gini

Tepuk dahi pun adaaa
Gambar beramai2... Sofiyya dah tertido atas bahu Angah sebab Abang jadik kemramen