Alhamdulillah... dengan izinNya aku mengandung untuk kali yang ke 4 akhirnya. Dalam ENTRY sebelum ni, aku dah bagitau nak share apa amalan yang aku amalkan untuk mendapatkan zuriat yang kedua ni.
1. Sebelum ni aku tak pernah buat solat dhuha. Sehinggalah aku diberitahu oleh ofismate aku, Nani supaya melakukan solat dhuha dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana kakaknya pun mempunyai masalah cyst tetapi berjaya mengandung anak kedua selepas melakukan solat dhuha.
Berbulan2 jugak aku amalkan solat sunat dhuha ini sebelum bergerak ke ofis. Oh ya... jarak ofis ke rumah dekat je.. so dalam pukul 8 pagi aku dah melaksanakan solat dhuha kat rumah. Banyak manfaatnya solat dhuha ni selain untuk memurahkan rezeki dari segi zuriat, aku juga seolah2 tiada masalah kewangan. Duit sentiasa cukup sehingga ke gaji bulan depan. Boleh GOOGLE macam mana cara untuk melakukan solat dhuha. Yang penting selepas solat dhuha, bacalah doa berikut:-
2. Aku juga amalkan doa-doa berikut diwaktu sujud terakhir dan di dalam doa selepas solat.
Surah Ali 'Imran Ayat 38 |
Surah al-Anbiya' Ayat 89 |
3. Minta anak aku Sofiyya, untuk sentiasa berdoa supaya dia dikurniakan adik. Menjadi amalan dia sebelum tido untuk membaca doa "Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakanlah Sofiyya, Ummi dan Papa.. Baby. Dan selamatkanlah baby sehingga ianya dilahirkan". Doa ini ayat daripada aku sendiri berdasarkan pengalaman miscarry 2 kali sebelum ni. Selalunya doa anak kecil lebih mudah untuk termakbul kerana doanya ikhlas.
4. Berdiet. Sebelum ni berat aku dah melebihi berat normal bagi ketinggian aku. So aku memang tak bercadang untuk mengambil apa2 ubat dalam proses berdiet ni. Bila tengok ofismate aku berjaya dengan diet Atkins... so aku pun mencuba diet ni. Diet ni memang berkesan bagi sesape yang tak tahan lapar sebab hanya perlu elakkan makanan yang mengandung karbohidrat je. Hasilnya... memang memuaskan. Sampai Abang pun follow sebab jeles tengok aku dah makin kurang berat. :D
5. Bila dah berdoa, jangan lupa untuk usaha dan bertawakal. InsyaAllah ada rezeki bila tepat pada waktunya nanti. :)
No comments:
Post a Comment