Minggu ni merupakan minggu ke 8 untuk checkup pregnancy. Dan kebetulan jugak hari ini aku MC gara-gara morning sickness. Pregnant kali ni memang sangat2 berbeza dengan 3 kandungan aku yang terdahulu. Masa sofiyya dulu adalah jugak morning sickness tapi pada minggu ke 8 je lepas tu dah berhenti. Tapi tak kali ni yang bermula seawal minggu ke 6 lagi. Kalo nak dikira beberapa muntah tu, memang dah tak terkira sebabnya aku alah pada ubat gigi. So bayangkanlah tiap kali gosok gigi segala mak nenek yang baru ditelan mesti keluar balik.
Sampaikan aku dah bertukar ubat gigi Pureen Maternity pun masih sama jugak. Tapi bila aku letak ubat gigi tu sket je nampaklah ok sket. Lagikpun bukan takat muntah, tapi cirit sekali. Memang tak tahan rasanya. Nasib baik aku suka makan buah. Memang wajib makan buah hari2. So inilah pengganti air yang hilang. Nak harap minum air seperti biasa memang tak la. Pergi mana mesti bawak termos yang aku isi dengan air suam. Tak lalu nak minum air pada suhu biasa. Kalo order air buah pun aku akan mintak yang takde ais. Dah lah masa ni terkena batuk plak tu...lagiklah siksa. Memang terasa tegang rahim bila batuk dan muntah.
Jumpa DR Hamizah untuk rutin pregnancy checkup. DR Hamizah cakap "Biasalah....sakit buatan orang, macam ni lah". Hari ni bila nak scan, memang perasaan tu sangat2lah berdebar2. Aku pulak masuk sorang je sebab aku risau nak bawak Sofiyya dan Abang masuk sekali. Takut berita yang kurang menyenangkan.
Bila DR Hamizah scan, dah nampak bentuk kekacang dalam skrin. Alhamdulillah... perkembangan positif kat situ. Lepas tu aku sibuk bertanya pasal heartbeat sebab aku masih tak nampak dup dap dup dap kat baby tu.. DR Hamizah cakap dia nampak heartbeat dan bila ukur saiz baby sememangnya tepat mengikut waktu yang sebenar iaitu 8 minggu dengan ukuran panjang 1.8cm.
Aku sebenarnya masih risau sebab aku sememangnya tak nampak heartbeat tu. Kemungkinan jugak mesin scanner yang klinik tu guna kurang canggih tu yang menyebabkan aku tak nampak. DR Hamizah pesan supaya jangan risau sebab kalo baby tu sihat pembentukannya, InsyaAllah...akan ok semuanya. Harap2 macam tu la ye DR.
Terus mintak DR printkan gambar scan tu. Kat Klinik ni kalo print kena bayar RM5. Tapi aku tak kisah pun sebab nak tunjuk kat Sofiyya dan Abang. Keluar dari bilik DR terus tunjuk gambar scan tu kat Sofiyya. Excited bukan kepalang si kakak bila tengok gambar baby. Abang pun senyum je...ye la dah beberapa kali kami frust bila bab2 macam ni.
Malam tu kat rumah, Sofiyya kejap2 nak tengok gambar baby. Siap cium2 lagik gambar tu... terharu plak tengok. Terus ajak papa dan ummi untuk pergi beli barang baby esoknya. Aduhh... sampai macam tu sekali. Tapi aku cakaplah baby ni kecik lagik... so sabar dulu. Sofiyya balas, takpelah...kita beli awal2, lepas ni dah tak payah beli dah. Aisshh... ada je jawapan dia. Last2 aku cakap kita tatau baby ni girl ke boy... so kalo nak beli pun tatau nak beli color apa. Barulah akhirnya sofiyya mengalah dan mengaku apa yang aku cakap tu betul. Nasib baikk.... pheeww!!!

8 weeks already.. :) |
No comments:
Post a Comment