Warong Nasi Lemak Sambal Opah memang glamer area USJ ni. Dah banyak kali jugak kitaorang ke sini samada makan malam ataupun berbuka puasa. Warong ni nama je warong, tapi sebenarnya restoran. Exotic dengan barang2 hiasan lama yang ada dalam restoran ni. Restoran ni bukak dari pukul 6 petang setiap hari kecuali hari Selasa tutup.
Menu utama adalah nasi lemak. Lauk pauk untuk nasi lemak memang pelbagai. Tapi biasa aku suka amik ayam goreng berempah, kentang goreng, sambal telur puyuh, sambal udang. Ayam goreng berempah tu aku kaut sekali dengan rempah2 dia...syookk ooo makan dengan nasi lemak. Nasi lemak dibungkus siap dengan harga RM1. Kalo aku 2 bungkus cukuplah. Kalo rasa memang makan nasik menggunung memang kena pandai2 congak berapa yang cukup.
Menu lain yang ada adalah sate dan bihun sup. Ada jugak bihun dan mee dah siap goreng. Cedok je dari dulang. Yang ni pun sedap...selalu aku kempunan nak makan yang ni sebab cepat abis. Lagikpun drang buat satu dulang je masing2. Tak banyak pun. Kalo sambal nasi lemak tu sampai satu periuk besar.
Malam ni kitaorang dinner kat sini sebab Amir mengidam nak makan. Sebelum ni dia dah datang sini semata2 nak makan nasi lemak tapi restoran ni tutup. So sempena Ma dan Abah ada kat rumah aku, dia pun belanjalah kitaorang sekali. Sanggup tu dari Alam Sari datang ke USJ semata-mata nasi lemak! Ma dan Abah pun cakap nasi lemak dia sedap. Banyak santan. So, sape2 yang datang ke USJ jangan lupa singgah sini yek!

Nih saje total RM 6+. Belum masuk air. |
Sambal udang dan ayam berempah |
12 bungkus untuk 6 orang. |
Sambal kerang, telur puyuh dan sotong |
Paru dan sambal |
Asyadeya pun suka |
Sofiyya amikkan gambar |
Semua ada kecuali aku tukang amik gambar |
Sofiyya majuk...tak makan pun |
Kandungan nasi lemak RM1 |
No comments:
Post a Comment