Sunday, April 28, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Sebelum ni dah janji dengan Sofiyya nak bawak dia pergi ke Pesta Buku. Bagi pendedahan sket kat dia. Biasalah kalo dah janji memang dia akan ungkit sampailah waktunya. So hari ini adalah hari untuk merealisasikan impian si chomel tu.

Kami ke PWTC selepas zohor. Tunggu Abang balik dari keje. Tu pun dia dah balik awal sket dari biasa. Kali ni aku yang drive ke PWTC memandangkan Abang cakap dia mengantuk dan dia nak tido OTW ke sana. Hmm...aku pun bukannya terrer sangat. Tapi bila menggunakan aplikasi WAZE, amat menyenangkan bagi aku. Pakai GPS kat henpon je. Tak sesat la kiranya dan selamat sampai ke parking PWTC.

Duduklah melegar2 kat sana sampai petang sambil cari2 buku yang berkenan. Banyak yang kitaorang beli kat booth Ana Muslim. Sofiyya suka sangat dengan majalah Sayang. Ramai jugak manusia masa ni maklumlah hari weken.

Kebetulan lalu kat gerai As-Showah ternampaklah Prof Dr. Muhaya ada kat sana. So singgahlah untuk amik gambar beliau. Akunya tak bergambar pun dengan dia sebab dah bersesak2 dengan orang. Lepas tu bila terasa kaki dah lenguh barulah bergerak balik.

Booth Orang Arab... lupa plak nama pe

Replika Makkah


Prof Dr Muhaya @ Gerai As-Showah



No comments:

Post a Comment