Sunday, April 21, 2013

Carrot Oat Cake

Hari ni misi untuk menghabiskan oat yang ada kat rumah. Searching kat google. Jumpalah resepi carrot oat cake ni dari Kak AZLITA MASAM MANIS. Bila check semua bahan2 ada kat rumah kecuali yang sampingan la. Jom tengok bahan2 untuk Carrot Oat Cake.

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum * (Aku guna high protein flour)
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak) (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
2 biji telor gred A (Aku gunakan 3 biji telur)
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula halus (Aku guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan) (Tak masukkan sebab kat rumah takde)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap) (Aku gunakan gajus yang dah siap dibakar)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla (Aku guna 1 penutup esen vanila)
3 sudu besar gula icin (Aku guna 5 sudu besar)
2 sudu besar whipping cream

Bahan2 yang digunakan

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180C. (Seperti biasa aku gunakan microwave)
2. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu. (Aku sapukan dengan minyak je sebab pakai loyang non stick)
3. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. (Aku pakai whisker je)




4. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.


5. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.


6. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2. (Aku tumbuk kasar kacang gajus)

Pembantu di dapur

7. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam. (Aku guna microwave suhu paling tinggi selama 5 minit sahaja)


Cara membuat cream cheese topping:
1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. 2. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.

Dah siap dihias dengan cream cheese.

Sedia untuk dimakan. Sangat moist!


No comments:

Post a Comment