Memandangkan stok nenas dalam tin aku masih banyak, so terpikir2 jugak nak masak apa dengan nenas2 yang banyak ni. Mak mentua yang kasi bertin2 ni sempena kenduri kat kampung. Akhirnya datanglah idea nak buat Bawal 3 Rasa. Sebab satu lagik, memang ada stok bawal kat rumah. So, inilah resepinya. Resepi yang direkacipta sendiri. :)
Bahan - bahan:-
1 ekor ikan bawal
Nenas dalam tin (Dipotong dadu dan diasingkan airnya)
Sedikit daun sup (Dipotong halus)
5 biji cili padi (Dipotong)
1/2 batang lobak (Dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk kunyit
1 biji tomato (Dipotong dadu)
1 sudu besar cili boo
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong
5 ulas Bawang merah, 2 ulas bawang putih (diracik halus)
Garam, gula secukup rasa
Minyak
Cara - cara:-
1. Bersihkan ikan. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Ketepikan seketika biar sebati.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, goreng ikan bawal sampai hampir garing.
3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Goreng bawang yang dah diracik sampai naik bau. Masukkan cili boo dan cili padi. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan potongan lobak, tomato, nenas dan gaul sebati.
5. Tuangkan di atas ikan bawal yang dah digoreng tadi. Taburkan dengan daun sup. Siap untuk dimakan dengan nasi panas2.

No comments:
Post a Comment