Sunday, July 1, 2012

Pertunangan - Fadhli & Salwa, Merlimau

Busu dah plan cantik punya untuk majlis pertunangan Fadhli, sepupu aku. Semalam buat kenduri sambut puasa dan kenduri arwah. Hari ni majlis pertunangan plak. Kiranya senang untuk adik beradik busu dan anak2 buah untuk balik ke kampung sekali je tak perlu banyak2 kali untuk kenduri.

Majlis pertunangan di Merlimau, Melaka. Majlis dijangkakan selepas zohor. So dalam pukul 11 pagi kitaorang bertolak ke Melaka. Masa tu aku berada di rumah Mentua kat Muar. Masing2 yang lain dari Batu Pahat. Sampai Merlimau terus pergi Masjid yang dekat dengan rumah bakal pengantin untuk solat Zuhur.

Pertunangan diikat selama 2 tahun kerana sepupu aku ni masih belajar. So kena tunggu dia abis belaja dan keje sekejap baru boleh langsung. Kalo tak, pompuan nak makan apa kan... Bakal tunang Fadhli ni dah bekerja. Makan tengahari masakan kampung orang Melaka...hmmm sedap betul lauk pauk dia. Yang penting ada asam pedas walaupun daging. (Aku ni memang tak makan daging sejak dari kecik). Abis diet aku ritu.

Selesai majlis, kitaorang berpecah ikut haluan masing2. Alang2 dah ke Melaka, kitaorang jenjalan la area Bandar Melaka. singgah balik MASJID SELAT MELAKA. Malam tu kitaorang patah balik semula ke Muar.

Haziq 1st time tengok buah kelapa
Family kami tak kisah lelaki ke pompuan yang bawak hantaran. Bujang2 semua nih
Sofiyya nak apa ntah masa ni... tu yang sibuk layan dia
Bakal besan
Jurucakap majlis
 

Wang hadiah adat johor untuk pihak perempuan menandakan jumlah hantaran masa kahwin nanti
Nenek pihak lelaki sarungkan cincin



Makanan untuk tetamu
Sampai menjilat jari wa cakap lu...
 

Free style dengan parent belah lelaki
 



Balik pun derang2 ni jugak yang kena bawak
 

Dengan mangkuk tingkat pun nak berpose eh...


No comments:

Post a Comment