Monday, December 31, 2012

Khairyna Sofiyya - 5 Years

Seperti biasa, aku akan kumpulkan semua gambar2 Sofiyya sepanjang dia berumur 5 tahun. Menda ni semua akan jadik kenangan untuk kitaorang bila dia dewasa nanti. Fuhh...cam dah tak sabar je untuk terima menantu. :P

Awal tahun masih pakai dypers kalo nak yak
Dah pandai guna water color

Lepas mandi berselubung
Dah kena bergelumang dengan homework



Merajuk kat Sunway Pyramid
 

Mamam di Nasi Lemak Warisan Opah
 

Pose majuk yang tak nanges
Pakai rambut palsu
Breakfast dulu sebelum jenjalan
Iman kawan baik kalo balik Seri Menanti
Merajuk pun dengan Iman jugak kat The Chicken Rice Shop
Peberet masih lagi teh ais
 


Dalam DIY Summit
Pagi2 dah berangan dan amik gambar sendiri
Mamam kat Nando's
Tunggu Ummi balik kerja kat JPN Putrajaya
 


Best fren dengan Asyadeya
Sessi Potong rambut kat Salon
OTW nak g skul untuk sambutan aidilfitri
Kat Masjid Selat Melaka
Sebelum pergi beraya
Penat melayan tetamu selepas celebrate birthday
 


Berbuka puasa di Restoran Upin & Ipin Shah Alam
 


Masih minum susu botol
 




Tuesday, December 25, 2012

Bukit Gambang Resort City 2012 - Day 2

Hari kedua di BGRC. Hari ni dari pagi hujan je. So lepas breakfast kitaorang balik bilik kononnya nak pegi theme park bila hujan dah benti. Tapi bila tengok langit mendung je so memang tak kan benti lah hujan ni. Redah je la walau pun hujan sebab nak main air pun nanti basah jugak. Masa tu dh pukul 11:30 pagi.

Dari Arabian Bay Resort, kitaorang naik Tram (macam bas la bentuknya) untuk ke theme park dengan harga RM2 untuk seorang dewasa. Jaraknya takde la jauh sangat dalam 1 KM je dari resort. Tiket boleh dibeli di kaunter di lobby hotel. Harga tiket theme park untuk dewasa RM 23.90 dan kanak2 lebih 90cm ialah RM 16.90.

Banyak permainan kat dalam theme park ni. Walaupun hujan lebat pengunjung yang datang ke theme park ni ramai jugak. Tapi aku tukang amik gambar je la. Sofiyya dengan Abang je yang main. Almaklumlah bendera merah melanda. Sebenarnya plan pergi waktu ni kononnya kalo dah pregnant boleh lah main air. Tapi rupanya masih belum rezeki kami sekeluarga.

Duduk main air kat sini sampailah Sofiyya dah menggigil kesejukan dan tertido. Dengan hujan lagik memang menambah kesejukan. Aku pulak lupa nak bawak baju untuk salin Sofiyya. Terpaksa beli T-shirt untuk si chomel tu kat kedai sourvenir. Kalo tak konpem lagik sejuk kalo balik dengan swimming suit.

Nak balik hotel kami naik tram sekali lagi. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket di theme park. Oh ya.. lupa aku nak citer. Nak masuk sini kena siap2 beli kupon untuk beli makanan dan minuman kat dalam. Makanan dan minuman luar haruslah tak boleh bawak masuk. Kecuali korang terrer nak sumbat nasi goreng dalam plastik ke...hahahha. Tapi drang check beg masa nak masuk dalam. Tak boleh terkantoi la. Kupon ni boleh refund kalo tak abis guna kat kaunter tiket.

Petang tu kami bantai tido je kat hotel memandangkan hujan je sepanjang hari. Malam tu Abang pegi dinner dengan Sofiyya kat restoran hotel. Kata Abang RM 35 seorang untuk buffet. Sofiyya nasib baik tak kena caj. Dukung punya citer...hehehe. Aku plak baring dalam bilik sebab perot tak selesa. Ala2 nak kena CB jek.

Esoknya lepas breakfast, kitaorang kemas2 terus check out dalam pukul 11 pagi. Sepanjang perjalanan balik ke KL dari Kuantan, hujan je sepanjang jalan. Masa ni kat Kuantan dah banjir. Aku harap highway LPT ni takde lah tempat yang banjir. Alhamdulillah Kitaorang selamat sampai ke USJ dalam pukul 3 petang.

Main gelongsor dengan papa



Nak turun sendiri takut... so papa kena tunggu kat bawah

 









Lapar... mamam dulu


Sofiyya takut nak mandi air terjun



Kat Coco Beach. Time ni air dia tengah berombak
Lagik belakang, lagik dalam


 





Dah tertido pun sementara menunggu ummi pergi beli t-shirt
Dah sampai bilik pun tak nak bukak tag lagik