Saturday, November 6, 2010

Genting Highlands 2010 - Day 1

Kami ke Genting kali ni ada 2 sebab.

1. Tak pernah sampai ke Genting walaupun usia dah lebih suku abad.
2. Celebrate anniversary yang ke 4.

Asalnya plan nak balik hari je. Lepas tu aku citer lah plan ni ke ofismate nama Nurul. Dia cakap nape tak stay sana je.. alang2 dah pegi kan... hmm...bila diskus balik dengan Abang, Abang pun setuju la nak stay kat sana. Masa ni lagik 2 minggu nak ke Genting. Cuti Deepavali plak tu. Korang bayangkan lah hotel konpem fully booked.

Mula2 cari hotel seri malaysia...tp memang dah penuh. Pastu baca plak ada apartmen kat area Goh Tong... tp bila pikir balik nak ke taman tema jauh... so tak jadi walaupun ada kosong. Searching punya searching jumpalah website Agoda. Dapatlah hotel yang dekat dengan taman tema. Theme Park Hotel. Dah hotel pun nama Theme Park konpemlah dekat. Jalan kaki turun hotel terus kaunter tiket. Tapi maybe sebab dah full, dia takde pakej sekali dengan breakfast. Jadilah janji ada tempat duduk. Bayar lah RM320 untuk 2 hari 1 malam tanpa breakfast.

Hari kejadian tu kami bertolak awal sebab nak sampai awal tak nak bersesak2 atas sana. Doa2 jugak supaya keta kami mampu mendaki sampai atas sebab tak pernah pegi kan. Tak boleh nak bayangkan jalan dia macam mana. Bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi dan selamat sampai puncak dalam 11 pagi. Tapi keta duk main gear 1 je la... kalo tak memang tak gerak. Aircond semua tutup. Bukak tingkap je hirup udara segar.

Bila dah sampai atas, mula2 dah ada tempat parking tapi sebab sombong nak lagik dekat last2 memang dah takde. Pusing punya pusing sampai kul 12 lebih baru dapat parking. Tu pun besmen hotel smua full. Apa lagik...menapak la kami ke hotel. Nasib la beg ada roda. Time ni jalan kat genting ni smua dah jem... yang paling tak tahan semua keta bau enjin hangit sebab mendaki. Memang ramai la yang bukak bonet sejukkan enjin.

Nasib jugak ritu kitaorang boleh check in dalam pukul 1 lebih. Tu pun lepas dah lunch kat Marry Brown bawah hotel. Marry Brown pun 1st time makan. Tapi makanan dia boleh tahan sedap jugak. Dah siap solat semua baru turun bawah pegi beli tiket theme park. Kitaorang amik yang pakej untuk indoor dan outdoor sekali. RM120 sorang. So RM240 la untuk dua orang. Sofiyya plak free sebab kitaorang dukung pastu tanya cashier yang ni kena tiket tak...dia tengok pastu dia kata free. Alhamdulillah... Nih tips untuk korang yang ada anak tak berape nak tinggi boleh la dukung kalo nak elak kena caj. :D

Main segala mak nenek yang ada kat Theme Park tu kecuali yang tak boleh bawak budak kecit je kitaorang tak main. Malam tu plak masuk indoor... Makan malam kat KFC. Balik hotel dalam pukul 10:30 malam. Sofiyya masa tu dah lena kat bahu papa dia...

Kabus memang tak dapat dipisahkan dengan GH



Muka excited

Menapak ke hotel

Satu2nya masjid yang ada kat GH. Tapi usang betul...

Menyusuri Balai Polis GH. Area sini lah Abang beli breakfast.

Lunch di Marry Brown

Nape jadi gini nih?

Macam jungle tracking je

Menu lunch
Air milo memang peberet dia la

Nak rasa?

Papa tengah syok mamam

View Theme Park Hotel. Sila abaikan Sofiyya yang tengah tukar dypers

Katil pun besar... leh muat 3 dewasa

Lemari baju.. Toilet je tak mik gambar

Dah masuk theme park

Game budak2 yang mula2 sekali kat pintu masuk







Sofiyya berangan bawak keta. Papa jadik passenger


Q nak naik game elephant



Nampak playground nak singgah jugak




Nih naik train


Baru ada gambar bertiga

Dalam bas LONDON

Tea break kat sini

LONDON Cafe nama dia
Penat dah nak jalan

Naik jugak pirates train nih


Yang macam superman ni konpem tak naik

Cuaca dah mendung




Ummi dengan papa gilir2 main ni. Nasib la masa tu orang tak ramai

Dalam buai pusing

Sofiyya saje je tak nak tengok kemra

Kabus dah penuh

Tiga tangan... boleh teka milik sape.

Saje je dia...buat gosok2 mata plak


Nak pergi taman jurassic ni tapi kul 7 petang dah tutup. Hampeh!!

View Jurassic Park
3 orang lagik. Sofiyya masih dengan belon yang dapat dari Clown
Abang kat kusi hujung
Aku punya turn plak. Hilang segala jantung, perot
Yang ni pun nak main jugak
Game keta yang kena Q
Sofiyya bawak keta

Dapat topi baru sekali dengan glove. Tangan sofiyya sejuk sangat

No comments:

Post a Comment