Dah lama projek aku ni tak buat family day. Last sekali buat pada tahun 2007 di Tanjung Tuan Port Dickson. Tapi aku tak join pun sebab menunggu masa untuk bersalin je time tu. Nak join tapi masing2 tak kasik sebab takut agenda dorang terganggu kalo tiba2 aku sakit bersalin kat sana. Cehh... padahal hospital mana2 pun ada kan..
Kali ni kitaorang sajelah bagi proposal family day team member projek kat big boss. Alhamdulillah big boss setuju dan mintak untuk besarkan lagik scope sampai ke projek2 lain bawah dia. Bila scope dah besar, ongkos pun besarlah jugak. Aku dan lagik 7 orang kawan2 satu projek volunteer jadik AJK Projek family day. Aku sebagai AJK yang uruskan lucky draw dan tajaan. Vendor2 yang aku kenal semua aku contact untuk mintak sumbangan. Ada yang bagi, ada yang kedex. Biasa la tu...
Tempat yang kami pilih ialah The Legend Water Chalet Port Dickson. Sebenarnya mintak quotation banyak jugak dengan hotel2 kat Port Dickson. Tapi memandangkan kena berada dalam bajet yang diberikan dan wakil jualan siap datang ofis, tu yang kami pilih kat sini. Tapi kalo ikutkan hotel ni pun memang high class. Lokasi pilihan masih di Port Dickson sebab tak jauh dari KL dan banyak tempat menarik kat sana.
Masing2 berpuas hati dengan suasana hotel, makanan dan segala kemudahan yang ada. Kami berada di sana untuk 2 hari 1 malam. Weken tak perlulah amik cuti kecuali Abang yang bekerja shif kena amik cuti untuk 2 hari. Aku dan 2 orang AJK datang awal untuk uruskan tempat dan macam2 lagik yang dirasakan perlu.
Aktiviti yang diadakan adalah seperti:-
- Telematch (Telematch untuk dewasa, kanak2 dan family)
- BBQ Dinner
- Lucky Draw
- Free Activity
Hadiah pulak kitaorang dah siap2 buat kebarangkalian yang setiap family wajib dapat satu hadiah. Lucky draw pun setiap orang wajib akan dapat. Untuk uruskan seramai 60 orang bukanlah mudah sebenarnya. Tapi nak tak nak kena buat jugak sebab dah jadik AJK. So far aku happy sebab family day ni dikira berjaya oleh big boss walaupun ada anak2 buah yang bercakap2 kat belakang. Yang penting boss cakap success. Kembang hidung...hnsss..hnsss.