Friday, July 22, 2011

IDMS Family Day

Dah lama projek aku ni tak buat family day. Last sekali buat pada tahun 2007 di Tanjung Tuan Port Dickson. Tapi aku tak join pun sebab menunggu masa untuk bersalin je time tu. Nak join tapi masing2 tak kasik sebab takut agenda dorang terganggu kalo tiba2 aku sakit bersalin kat sana. Cehh... padahal hospital mana2 pun ada kan..

Kali ni kitaorang sajelah bagi proposal family day team member projek kat big boss. Alhamdulillah big boss setuju dan mintak untuk besarkan lagik scope sampai ke projek2 lain bawah dia. Bila scope dah besar, ongkos pun besarlah jugak. Aku dan lagik 7 orang kawan2 satu projek volunteer jadik AJK Projek family day. Aku sebagai AJK yang uruskan lucky draw dan tajaan. Vendor2 yang aku kenal semua aku contact untuk mintak sumbangan. Ada yang bagi, ada yang kedex. Biasa la tu...

Tempat yang kami pilih ialah The Legend Water Chalet Port Dickson. Sebenarnya mintak quotation banyak jugak dengan hotel2 kat Port Dickson. Tapi memandangkan kena berada dalam bajet yang diberikan dan wakil jualan siap datang ofis, tu yang kami pilih kat sini. Tapi kalo ikutkan hotel ni pun memang high class. Lokasi pilihan masih di Port Dickson sebab tak jauh dari KL dan banyak tempat menarik kat sana.

Masing2 berpuas hati dengan suasana hotel, makanan dan segala kemudahan yang ada. Kami berada di sana untuk 2 hari 1 malam. Weken tak perlulah amik cuti kecuali Abang yang bekerja shif kena amik cuti untuk 2 hari. Aku dan 2 orang AJK datang awal untuk uruskan tempat dan macam2 lagik yang dirasakan perlu.

Aktiviti yang diadakan adalah seperti:-

- Telematch (Telematch untuk dewasa, kanak2 dan family)
- BBQ Dinner
- Lucky Draw
- Free Activity

Hadiah pulak kitaorang dah siap2 buat kebarangkalian yang setiap family wajib dapat satu hadiah. Lucky draw pun setiap orang wajib akan dapat. Untuk uruskan seramai 60 orang bukanlah mudah sebenarnya. Tapi nak tak nak kena buat jugak sebab dah jadik AJK. So far aku happy sebab family day ni dikira berjaya oleh big boss walaupun ada anak2 buah yang bercakap2 kat belakang. Yang penting boss cakap success. Kembang hidung...hnsss..hnsss.

Bilik kitaorang. Ade jugak yang dapat hotel dalam bangunan untuk anak2 yang dah besar dan ramai
Siap dengan jacuzzi
 


Pagi Sabtu melihat kawasan untuk fairy tale castle
Thanx to Abang yang banyak membantu sepanjang memegang jawatan AJK ni
 

Sofiyya dan Nayli
Sessi registration
Baju kitaorang semua ada perkataan ni

Ruang makan kitaorang untuk lunch, teatime dan breakfast
Banyak menu yang disediakan
Game perah span yang ada air dalam botol. Nih by group.
Pakai stokin sebab geli nanti kaki kena pasir

Group Sofiyya... dia sorang je paling kecit dan pompuan
Group Sofiyya dapat adiah. Setiap ahli group akan dapat hadiah
Bawak bola pingpong dalam sudu pun ada
Tiub belon sampai pecah
Nih dah masuk games untuk dewasa. Kaki tiga
Rebut gula untuk budak2 bawah 3 tahun
PD Next Top Model. Sapa yang terrer tatang buku tak jatuh dia menang
Isi air pakai tangan dalam botol
Ukur group mana lagik banyak
Lari dalam tempurung. Jenuh kitaorang nak bersihkan tempurung ni kasik licin
Aktivit family. Mekap anak2 jadik clown

Sofiyya mengada2 nak dokong. Sumber FB Ina
Sumber : FB Eliza

Sumber : FB Eliza




Dinner depan pool. Makanan pun banyak.
Jadik MC gilir2 dengan Kak Noor. Tema dinner color merah dan putih

Hamper untuk semua group yang menang
Our big boss yang peramah


Esok pagi selepas breakfast ada fairy tale castle


Dah bukak semua baju. Kotor kena pasir
Antara yang menang. Tapi bukan kitaorang punya
Sebelum check out, terjun kolam dulu semua



No comments:

Post a Comment