Buat julung kalinya family arwah Wak Kas menganjurkan family day. Semua adik beradik abah dapat berkumpul bersama. Organizer majlis ini tak lain tak bukan adalah aku. Dibantu juga oleh suamiku tersayang dan anakku yang chomel. Selain daripada tu kitaorang juga dapat bantuan dari sepupu2 dan pakcik makcik yang baik hati samada untuk sponsor atau apa2 je la.
Aku sebenarnya collect duit jugak dengan setiap family dengan bajet RM100 satu family. Yang ni termasuk penginapan, makanan, t-shirt dan adiah2 yang akan disediakan dalam sukaneka. Jumlah ni tak cukup sebab tu la kena mintak sape2 yang terlebih duit untuk sama2 sponsor. Alhamdulillah...duit smua tak menjadi masalah. Makanan pun siap terlebih2 boleh bagi sesama sendiri untuk bawak balik.
Aku booking 2 apartment di PNB Ilham Resort Port Dickson untuk 2 hari 1 malam. Satu yang 3 bilik dan satu lagik 4 bilik. Kebetulan dapat apartment atas bawah tu yang lagik senang nak berkumpul. Yang ni kebetulan ofis aku ada join venture so dapat lah murah sket untuk setiap apartment tu. T-shirt sepupu aku Hasif ode dengan kawan dia. Dapatlah RM 14 untuk lengan pendek dan RM16 untuk lengan panjang. Siap sekali dengan design. Warna hijau aku la yang pilih sebagai organizer.
Hadiah sukaneka aku beli Tupperware dan barangan Ikea. Kelass gitu sebab sukaneka pun bagi barang branded. Sukaneka aku bagikan untuk veteran, kanak2, lelaki dan perempuan. Kalo boleh nak semua member dapat main. Setiap family pasti akan dapat satu adiah dari sukaneka.
Malam tu kitaorang berBBQ yang disediakan oleh hotel dan tambahan makanan yang kitaorang bawak. Bila dah penat BBQ kitaorang main kerusi beracun plak. Tua muda semua join. Memang happening sangat. Harap2 lepas ni acara ni akan jadik acara tahunan. :D
|
Cik Yak sebagai jurucakap majlis |
|
Bacaan doa oleh Pak Usu |
|
PD Next Top Model
|
|
Balloon race |
|
Rebut gula2 untuk kanak2 tapi orang dewasa yang excited |
|
Harith penuh baju dengan gula2 |
|
Bowling kelapa |
|
Malam aktiviti BBQ |
|
Celebrate birthday Pak Long sekali |
|
Lepas tu main kerusi beracun |
|
Pemenang kerusi beracun |
No comments:
Post a Comment