Saturday, December 25, 2010

Clay Art

Buat pertama kalinya Heitech mengadakan kelas Clay Art untuk anak2 kelab kakitangan bertempat di Clay Expression di USJ. Sebagai ahli kelab, kitaorang kena bayar RM10 sahaja untuk seorang anak. Kalo ada 3 orang anak maknanya RM30 la. Selebihnya kelab akan bayar.

Aku pun tak berape tau clay art ni macam mana sampailah aku datang ke kelas ni. start pukul 8:30 pagi sehingga siap. Ada cikgu lah yang ajar. Satu meja dalam 4-5 orang kanak2. Sofiyya kena buat mangkuk start dari base sampailah jadik mangkuk. Tapi disebabkan orangnya penggeli, nak suh gentel clay tu pun tak nak. Tapi bila dah banyak kali suh dia buat, akhirnya Sofiyya ok jugak.

Tapi biasalah budak2 ni, fokus drang pada satu2 benda tak boleh lama2. Lagik pun ada anak2 Kak Jus yang merupakan kawan2 satu tadika memang jadik la. Last2 mak pak yang sibuk buat clay ni. Tapi bukan aku je...hampir semua peserta bila dah 2 jam terakhir tu adalah mak bapak. Anak2 dah sibuk lari sana sini.

Bila dah siap, kena tulis nama kasi tak tertukar dengan orang lain. Pastu orang Clay Art ni akan bakar dan kalerkan warna yang sesuai. Bila selesai nanti, kelab akan pas semula kepada parent.

Kak Jus dan anak2
Tangan kecik tu duk menggentel
Ummi pun tolong jugak
Pastu papa plak
Ramai peserta nih
   



Buat base dia dulu
 


Sikit lagik nak siap...nak letak tapak
 


Dah siap buat dan tunggu yang lain siap
 



Bila dah lapar mamam la
Antara yang dah siap
 

Nurul dan family
 

No comments:

Post a Comment