Saturday, December 11, 2010

Dzul Iman Open Day 2010

Tahun depan Sofiyya dah masuk 4 tahun. So kitaorang decide nak hantar Sofiyya pergi sekolah di Dzul Iman USJ 9. Tak jauh sangat dari rumah kitaorang dan nursery. Pendapat aku, better dapat pendedahan awal alam persekolahan. Zaman aku dulu 6 tahun baru masuk tadika. Bila lambat masuk, pendedahan pun lambat. Sebab tu budak2 zaman sekarang pandai2 sebab dah didedahkan dengan huruf dan angka lebih awal.

Hari ni Dzul Iman mengadakan Open Day untuk tahun 2010. Kami memang amik peluang ni untuk dapat maklumat berkenaan sekolah Sofiyya. Yelah...dari segi yuran, uniform, silibus dan macam2 lagik la. Yuran Pendaftaran Dzul Iman boleh tahan jugak. Dalam 1K++. Kenapa aku hantar tadika Islamik sebabnya zaman sekarang banyak perkara2 yang diluar batasan pemikiran kita. Mintak dijauhkanlah dengan keluarga kami.

Hari ni jugak merupakan sesi perkenalan antara ibubapa dan ustazah2 yang mengajar di sini. Ha..kalo nak tau, guru2 kat sini semuanya pompuan termasuklah penaung2 syarikat ini. Banyak jugak cawangan tadika Dzul Iman ni. Kalo sesape yang nak dapat maklumat lanjut, bolehlah ke WEBSITE tadika ini.

Seperkara lagik, aku hantar Sofiyya half day je kat sini. Lepas tu amik transporter yang boleh hantar Sofiyya ke nursery selepas sekolah. Waktu sekolah ialah dari 8:30AM hingga 12:00 tengahari. Transporter ni persendirian bukan sekolah punya. RM40 jugak lah sebulan walaupun jarak tak sampai 1KM.


Ramai jugak parent yang berminat
Beg sekolah percuma untuk pendaftaran awal

Jiran2 pun sekolah sekali. Tu yang mesra terlebih
Menu nasi ayam untuk tetamu
 


Aiskrim pun ada
Orang dah bagi makan kita makan la...tak payah malu2
 


No comments:

Post a Comment