Sunday, March 20, 2011

Hot Air Balloon 2011

Kalo dah keje kat Putrajaya..selalunya malas nak menghadiri apa2 aktiviti yang diadakan kat sini. Termasuklah Hot Air Balloon. Tapi kali ni terasa terpanggil untuk tengok sendiri suasananya macam mana. Kalo dapat naik belon lagik best.

Tempat2 cenggini mana de yang tak ramai orang. Konpem penuhnya. Kebetulan lokasi belon panas ni berdekatan dengan JPN. Dan aku sebagai vendor memang dapat parking kat basement bangunan JPN ni. Oleh sebab parking pun penuh dan crowded.. kitaorang parklah kat JPN dan jalan kaki ke tempat belon panas. Takde lah jauh sangat berjalan kaki tu.

Pegi pun dah petang adalah 2,3 belon yang dah tutup api sebab nak balik. Tapi yang kat udara pun masih banyak lagi. Kalo tak silap tiket untuk naik belon panas RM10 sorang. Sebab aku pun tak naik, so tatau la rege sebenar. Macam2 bentuk belon panas yang ada. Tapi sakit leher asyik nak dongak ke langit jek..huhuhu.

Belon-belon berterbangan walaupun hari macam nak hujan
Menapak ke lokasi belon panas

Punyalah nak amik gambar sampai mencangkung atas tembok

Belon ni dah siap bungkus
Sofiyya yang tak nak jalan

Bentuk kapal torobang pun ada
 








No comments:

Post a Comment