Saturday, March 26, 2011

Taman Tasik Cyberjaya 2011

Kitaorang ni tak pernah pun amik gambar outdoor photoshoot dengan mana2 kemramen. Kebetulan belek2 email dari Groupon jumpalah promosi ni. Bila pikirkan memang murah lah sebab dengan hanya RM42 untuk 1 jam outdoor photoshoot untuk 3 orang, kitaorang dapat unlimited foto tanpa edit selama 1 jam, 1 keping gambar bersaiz 8R dan 1 keping bersaiz 5R sekali dengan CD dan 10 keping gambar edit.

Lokasi telah ditetapkan seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Perdana atau Putrajaya. Kitaorang telah memilih Putrajaya. Tapi tempat bertukar bila fotografer call kitaorang hari kejadian tu untuk maklumkan lokasi yang lagi menarik iaitu di Cyberjaya. Kitaorang tak kisah...mana2 pun ok. Janji gambar cantik.

Props semua kitaorang bawak sendiri. Bak kata fotografer tu kalo ada adiah props terbaik konpem family kitaorang dapat. Cantiklah gambar yang dia amik. Kalo rasa2 nak pakai fotografer ni boleh la visit FB dia.


Sofiyya yang malu2
Kemra mainan pun bawak
Bola pun ada
Siap dengan payung
 

Mainan bubble pun adaa..
Basikal pun kitaorang angkut sekali
 




Suap kat ummi
Bawak bekal biskut ikan kecit
 


 


Love this picture!


No comments:

Post a Comment