Friday, February 11, 2011

Perginya Nenek Yang Dikasihi Mengadap Ilahi

Hari ini lebih kurang pukul 10:00 pagi nenek atau ibu kepada Abahku telah kembali ke rahmatullah akibat kompilasi sakit buah pinggang. Aku dah kehilangan kedua2 nenek belah Ma dan Abah. :'( Pagi tu sebenarnya aku berada di JPN. Dapat kol dari Ma bagitau nenek dan nazak. Kira bila2 masa je. Ma dan Abah dah lama balik ke Batu Pahat sejak nenek masuk hospital. Kejap je lepas tu Ma telefon balik bagitau nenek dah takde. Masa ni perasaan sedih tu belum menusuk kalbu.

Terus mintak EL untuk balik ke Batu Pahat. Inform pada Abang yang kebetulan off dan mintak tolong kemas beg. Aku terus bergegas balik ke USJ. Amik Sofiyya kat sekolah dia pastu singgah amik beg dia kat nursery. Dalam pukul 11 pagi kitaorang gerak balik. Kitaorang singgah Muar dulu untuk hantar barang yang kitaorang beli kat Terengganu masa cuti raya cina ritu. Mak mentua dah siap masak tengahari masa kitaorang sampai situ. So makan tengahari kat sini dulu lah.

Dalam 2:30 petang sampai rumah arwah nenek. Masa ni kawasan rumah dah dipenuhi dengan sanak saudara yang datang ziarah. Terpaksa kitaorang parking tepi jalan je. Masuk dalam rumah tengok arwah nenek tengah dikafankan. Suci bersih muka nenek. Sanak saudara pun duk bercakap2 yang muka arwah nenek nampak bersih...tenang je. Masa ni aku nampak Busu dah menangis, dah merah2 muka. Terus perasaan hiba tu hinggap dihati.

Aku pun teresak2 jugak. Dah cuba tahan tapi sedih sangat. Teringat nenek yang baik hati bangun awal pagi untuk sediakan sarapan untuk cucu2 dia. Setiap kali cucu2 dia request nak makan apa, pasti nenek akan penuhi. Termasuklah perkenalan aku dengan Abang, semuanya atas usaha nenek. Teringat dialog aku dengan nenek sebelum aku balik ke Kolumpo pada awal tahun 2006.

"Zalna bila nak kawin?" Direct je nenek tanya aku.
"Belom ade calonlah nek. Nenek tolong carikanlah..." jawab aku sambil gelak2.

Tak sangka gurauan aku ni nenek amik serius. Sebulan lepas tu nenek suruh balik jumpa calon yang dia dah carikan. Besar jasa nenek terhadap perkahwinan kami. Mana taknya...kenduri pertunangan dan akad nikah semua nenek yang jadik manager.

Ok...kita balik ke alam realiti. Itu imbauan kisah lama. Tu yang membuatkan aku sedih sangat. Jenazah nenek diangkat ke ruang tamu untuk dilihat buat kali terakhir oleh anak2, cucu2 dan sanak saudara. Masa ni aku dah boleh tahan sket tangis ni. Tapi bila sesudah cium dahi dan pipi nenek untuk kali terakhir, terus perasaan hiba tu datang balik. Esak2 aku kat bahu Abang. Aku tengok Abah pun menangis. Even Ma pun. Ramai lah yang sedu sedan kiranya. Orang yang banyak jasa kita akan kenang sampai bila2.

Jenazah nenek dikebumikan selepas asar sebab menunggu Cik Yid yang tinggal di Lumut belom sampai. Sebaik saja drang sampai, Cik Yid pun menangis esak2 jugak. Padahal masa ni jenazah dah dimasukkan ke dalam keranda. Keenam2 orang anak nenek dan cucu2 lelaki mengangkat jenazah nenek masuk ke dalam van Pak Usu.

Untung ibu bapa yang ramai anak lelaki. Dalam bab2 yang macam ni lah... Cucu2 nenek pun ramai lelaki jugak. Arwah nenek dikebumikan disebelah kubur arwah atuk. Aku tak ikut sampai ke kubur. Jaga Sofiyya kat rumah. Yang lain semua pergi kecuali menantu perempuan dan cucu2 perempuan yang haid. Semoga arwah nenek bersemadi dengan aman dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin... AL-FATIHAH.

Gambar raya terakhir bersama nenek tahun 2010
Terasa meriahnya raya kali terakhir ni
Arwah nenek dan kakaknya

No comments:

Post a Comment