Wednesday, February 16, 2011

Sabah 2011 - Day 2

Hari kedua kami di Sabah. 6:30 pagi sudah terang dan semestinya bila terang automatik jadi tak mengantuk. Syuruk lagik awal kat sini. Pukul 7:30 pagi kitaorang turun pergi breakfast. (Dapat hotel pakej sekali dengan breakfast). Makanan kat hotel ni boleh tahan jugak sedap dia.

Hari ni punya plan nak pergi sampai Poring Hot Spring. Tengok map memang jauh tapi bila dah sampai sini kena gagahkan juga. Keluar hotel terus ke Jesselton Point dalam pukul 9 pagi. Cuaca memang dah panas terik. Jesselton Point merupakan jeti untuk ke pulau2 yang ade disekitar Kota Kinabalu. Kalo nak ke Labuan dengan feri pun melalui jeti ni. Tapi feri ke Labuan hanya ada sekali trip je dalam satu hari. Bertolak dari sini pukul 8:30 pagi dan 1:30 petang untuk pulang semula ke KK. Feri ni akan makan masa 3 jam untuk sampai ke Labuan. Konpem kena tido sana kalo nak pegi Labuan. Tak boleh balik hari.

Ada satu tempat lagi yang boleh sampai ke Labuan dengan menaiki speed boat dalam tempoh 45 minit. Yang ni seperti yang petugas kaunter tiket tu inform kitaorang. Nama tempat tu ialah Jeti Menumbuk. Ingat nak pegi Labuan balik  hari kot sini lah. Tapi bila tengok map agak jauh. Perjalanan nak ke tempat ni dari KK dalam 1++ KM. Macam dah nak pegi KL-KUANTAN la kot. Kira2 dengan Abang last2 tak jadi pegi sebab tak tau keadaan jalan dia macam mana. Keta pun  takat Kelisa je. Bukan 4WD.

Setel bergambar kat sini kitaorang bergerak ke Kinabalu Park. Agak jauh perjalanan nak ke sana. Ingat dekat je... Tu la tak study dulu kan. Terasa jauh maybe sebab jalan dia dua lorong sahaja. Kalo ada lori kat depan memang siaplah nak memotong. Satu lagik jalan dia bukan jalan lurus. Jalan naik bukit konpem bengkang bengkok.

Tapi makin mendaki cuaca dah makin nyaman. Sebab tu kot orang Sabah belah2 sini kulit drang cantik. Cuaca sejuk la katakan. Kami sampai di Kinabalu Park dalam pukul 11:30 pagi. Cuaca agak redup kat sini seolah2 nak ujan. Dingin je.. Air dia pun terasa sejuk giler. Cane aku tau? Sebab aku singgah toilet. Hahaha.

Bergerak dari situ untuk ke Poring Hot Spring dalam pukul 12:30 tengahari. Perjalanan dari Kinabalu Park nak ke Poring adalah dalam 45KM. Jauh la jugak. So kami melalui Kundasang dan Ranau. Singgah lunch kat KFC Bandar Ranau sebelum meneruskan perjalan ke Poring Hot Spring.

Sampai sana dalam pukul 2:30 petang. Siap ada tempat larangan untuk mandi dan minum disebabkan ada sulfur. Dahsyat jugak ek! Dah nama pun kolam air panas konpem ada tempat mandi. Aku ni plak lupa nak bawak baju mandi sofiyya. Last2 biarkan dia pakai spender je. Mandi la sofiyya sorang. Abang plak takat selak seluar jeans sampai lutut je la. Aku memang tak boleh mandi sebab bendera merah. Kang abis semua bermandikan darah. Huhuhu.

Kat sini takdelah nak mandi lama2. Teringatkan jalan balik yang agak ngeri dan pukul 6:30 petang dah gelap. Pukul 4 petang kitaorang gerak balik. Hala balik kitaorang terus je tak singgah mana2 lagi sebab tak nak sampai malam. At least hari ni banyak jugak kitaorang berjalan melalui Kundasang, Ranau dan Tamparuli. Walaupun takat lalu je tapi cukuplah kan.

Kat Jesselton Point




Panas terik!



Kaunter tiket feri dan bot
Pesisir pantai



Dah nak sampai ke Kinabalu Park
Terpaksa menapak naik atas


Orang yang nak mendaki je boleh masuk sini. Kena dapat lesen dulu tau!
Kat sini je la yang boleh tengok pun



Diselubungi awan
Pendaki yang baru turun

Menu untuk pendaki yang ada di sini
 


Sofiyya tak nak pandang kemra lagik
Area Kundasang. Semua rumah di lereng bukit. Kalo nak buat majlis kahwin camne agaknya?


Kat Poring Hot Spring
Sofiyya tak gayat lalu jambatan gantung

Pesanan supaya jangan bawak balik apa2 kalo tak nak diganggu
Air sungai yang ada sulfur



Sofiyya pakai spender jek main air panas

Kolam air panas




Dah nak balik...
Kami berada di sini!


No comments:

Post a Comment