Thursday, February 3, 2011

TTI River Cruise 2011

Kitaorang ni nak menghabiskan masa menunggu sebenarnya. Pagi tu kitaorang ke Keropok Lekor BTB (Keropok Lekor Bukit Tok Beng), pastu amik nombor giliran. Kelass kau Jahhh... nak beli keropok lekor pun pakai nombor giliran. Tapi bila tengok nombor giliran dengan nombor sekarang.. mak aaaiiii lamanyer nak menunggu. Padahal dah datang pagi pastu hari bekerja plak tu. Kalah nombor giliran kat bank.

Congak2 waktu dapat beli keropok petang kot. So kitaorang pun jenjalanlah ke Taman Tamadun Islam (TTI). Jauh jugak sebenarnya lokasi TTI dan BTB ni. Kira patah balik semula ke bandar. Kalo korang tak tau sebenarnya TTI ni terletak di Pulau Wan Man. Pulau ni pun dah bersambung dengan daratan. Untuk ke sini kena melalui Losong. Losong ni pun femes jugak dengan keropok lekor.

Sebelum ni kami pernah ke TTI dalam tahun 2008. Tahun ni masih ada replika yang belum siap. Plan nak masuk dalam TTI lagi sekali tapi sebab tengok cuaca cam mendung je... so tak jadik lah nak masuk. Pastu baru perasan ada RIVER CRUISE kat sini. Harga tiket RM20 untuk dewasa disertakan sekali dengan safety jacket. Sofiyya FOC je sebab bawah 7 tahun. Kalo kanak2 usia 7-12 tahun RM15 sorang.

Fikir2 sempat kot kalo naik bot ni untuk pusing2 Sungai Terengganu. Bot ni akan round dalam masa 45 minit. Tapi kalo sungai bergelora tak boleh la. Macam takde kelas plak aku panggil bot kan. OK tukar River Cruise lah. Dalam River Cruise ni macam Air Asia jugak. Siap ada jual makanan ringan dan minuman ringan. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan tempat2 yang ada disekeliling Sungai Terengganu ni. Bila sampai ke area Masjid Kristal, River Cruise ni berhenti sekejap untuk kitaorang amik gambar masjid dengan jelas. Lepas tu patah balik ke jeti.

Lepas tu kami bergegas ke BTB untuk beli keropok. Bila sampai je sana... tengok nombor giliran dah terlepas. Adoyaiii.... takkan nak amik nombor lagik sekali. Aku tekan lah jugak nak tengok dapat nombor berapa. Mana tau dah petang orang dah tak ramai. Tapi aku silap. Nombor giliran dah jadik ribu riban. Hmmm balik je la jawabnya. Kepok apa pun tak dapat.

Siap dengan spek hitam Sofiyya
Nak bergaya sekali dengan Ummi


Haus sangat..
 

Menunggu masa untuk naik river cruise
Bot ni ke kitaorang akan naik? Kecitnya...

Main lari2 dulu

 
 
Pemandu pelancong menerangkan langkah2 kecemasan sekiranya perlu
Sofiyya dah siap dengan safety jacket. Yang ini je yang paling kecik
Berjalan menaiki bot

Nasib bot besar. Ingat bot kecik tadi
 


Boleh capai air dengan tangan je
Sangkar ikan kat atas bot tu


Sofiyya tak gayat duduk tepi
 


Riyaz Heritage
Masjid Kristal
Siap makan jajan dalam bot

Muka happy dapat naik bot

No comments:

Post a Comment