Friday, January 13, 2012

HSS Team Building - Day 1

Dah lama kitaorang takde team building ni sebenarnya. Last sekali tahun 2004. Bila dah tubuhkan Division baru, big boss ajak semua colleague untuk sama2 buat team building. Lokasinya ialah di Glory Beach Resort, Port Dickson. Oleh kerana team building ni makan masa 3 hari 2 malam, so aku angkut Sofiyya dengan Abang sekali.

Aku booking Glory Beach Resort melalui AGODA untuk 3 hari 2 malam. Amik yang 2 bilik je sebab kat sini takde yang style studio. Rugilah satu bilik kiranya. Tapi untuk lunch dan dinner, big boss bagi family untuk makan sama2 dengan peserta team building. Nasib baik bos baik hati. Penginapan ni tanggungan sendirilah sebab nak bawak family sangat kan.

Aku bukan apa...tak pernah berpisah dengan Sofiyya. Tu yang selagi boleh bawak, aku angkut. Petang Jumaat kitaorang boleh keluar awal untuk ke aktiviti ini. Dari rumah kitaorang melalui Bukit Pelandung untuk ke Port Dickson. Sampai je kat sana, receptionist bagi kitaorang rumah level paling atas dan paling hujung. Masuk je rumah tu, terus rasa seriau macam tak pernah ada orang duduk kat sini.

Mana tak nya, air paip yang menitis sampai berkarat sinki tu. Pastu kat beranda penuh dengan taik burung. Lampu punya soket pun tercabut. Tak puas hati, aku mintak tukar rumah lain. Dah la bayar hampir RM500 untuk 3 hari 2 malam termasuk breakfast. Nasib baik dapat. Kali ni dapat tingkat 3 blok yang mengadap pool The Legend Water Chalet. Yang ni baru ok dan bersih. Yang tadi tu macam ada menda lain duduk kat situ. Bukan aku je yang rasa. Abang pun sama.

Aktiviti malam pertama sessi ceramah untuk meningkatkan prestasi kerja dan syarikat sekali dengan soal jawab. Sampai pukul 12 malam jugak la. Esoknya dah lah pukul 7 pagi nak kena terpacak kat Court Badminton untuk aktiviti aerobik.

Aktiviti kitaorang untuk 3 hari 2 malam. Memang pack betul

No comments:

Post a Comment