Hari ketiga team building. Seperti semalam, pukul 7 pagi kena terpacak kat court badminton untuk aktiviti aerobik. Kalo lambat seminit konpem kena denda. Selesai pukul 9 pagi jugak pastu baru pergi breakfast. Padahal perot dah bunyi lagu rock dah ni. Terpaksa makan cepat2 sebab pukul 10 pagi ada aktiviti sukaneka kat tepi pantai.
Time nak rushing ni la rasa nak terkucil la. Lari2 aku cari toilet kat area tempat makan tu.
Aktiviti sukaneka ni pun macam happening jugak. Antara aktiviti yang diadakan seperti:
- Cari pasangan kasut yang dicampuradukan
- Lompat sambil bawak guni
- Masuk dalam gelung dan lari bertiga
- Mumia
- Dan macam2 lagik aktviti yang aku pun dah lupa
Selesai sukaneka, kitaorang kena bersenam di dalam pool. Dengan baju dan seluar berpasir kami semua disuruh terjun ke dalam kolam. Aku ni dah la tak cukup ketinggian. Terpaksa berjinjit jugaklah. Kitaorang masuk je dalam kolam, ramai jugak pengunjung lain yang kena keluar kolam sebab dan penuh. Lagipun pasir2 semua masuk sekali dalam kolam. Selain daripada tu kena buat orang susun bertingkat dalam kolam tu.
Selepas kena rendam satu jam, semua balik bilik untuk tukar baju dan pergi ke acara penyampaian hadiah. Lepas tu terus check out selepas lunch. Kumpulan aku dapat tempat pertama keseluruhan. Berbagi2lah kitaorang hadiah hamper. Penat memang tak leh cakaplah. Esok pergi keje konpem kaki dan tangan rasa macam bawak batu je. Thanks jugak untuk Abang yang telah bersusah payah menjaga Sofiyya sepanjang aktiviti ini.
Sofiyya la ni amik gambar. Breakfast di kafe hotel. |
Ada taman arnab. Aktiviti sewaktu Ummi ada sukaneka |
Instructor untuk 3 hari 2 malam |
Semua kena serbu ke kolam dalam kiraan Instructor |
Takut mula2 masuk kolam sebab kaki macam tak sampai |
Senam diri pun dalam kolam |
Kena tepuk lalat |
Bina bangunan manusia |
Pompuan pun sama. Tapi yang kurus2 je naik atas |
Lelaki pun tak berjaya |
Masuk kelas semula untuk penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Sumber FB Haminar |
Sumber FB Haminar |
Sumber FB Haminar |
Sumber FB Haminar |
Group kami dapat tempat pertama. Sumber FB Haminar |
Masing2 berlagak dengan sijil dan hamper besar gedabak. Sumber FB Haminar |
Sumber FB Haminar |
No comments:
Post a Comment