Hari kedua team building memang aku bangun seawal 5:30 pagi. Biasalah takut terlambat bangun. Pukul 6:30 pagi dah bergerak dengan Kak Norro dan Ez untuk ke court badminton. Kebetulan jaraknya jauh jugak dari blok kitaorang. Kitaorang bertiga ni memang amik satu rumah masing2 sebab bawak family.
Selesai aerobik dalam pukul 9 pagi barulah breakfast. Lepas breakfast ada aktiviti buat rakit sendiri dan bergerak ke tengah laut dengan rakit yang dibina. Kalo ikatan tak kukuh dan terlerai di tengah laut, ha...pandai2lah berenang ke tepian pantai. Tapi pakai life jacket la. Kalo tak pakai, aku pun tak nak menempah maut sebab aku memang tak pandai berenang. Bila dah sampai daratan, dah buat rakit, kena lerai pulak2 satu2 macam asal. Fuhh...berpeloh ketiak dan semua tempat yang boleh keluarkan peluh la. Alhamdulillah... kumpulan aku selamat sampai tanpa ada ikatan terlerai. Ade la jugak sket2 tapi sempat sedar dan cover balik.
Petang pulak lepas lunch, kitaorang ada aktiviti jungle tracking area Tanjung Tuan. Naik bas sekolah yang dah buruk nak ke sana. Bermula dengan berjalan dipesisir pantai lepas tu naik bukit dan turun di rumah api Tanjung Tuan berdepan dengan PNB Ilham Resort. Jungle tracking pun ada barang2 yang kena dikumpul dan dicari sepanjang perjalanan.
Abang aku tatau apa aktiviti dia dengan Sofiyya. Tapi rasanya mandi pool waktu pagi. Pastu petang bawak Sofiyya jalan2 ke Teluk Kemang. Malam tu aktiviti BBQ dinner. Yang ni boleh bawak family sekali join makan sama2. Pastu setiap group kena hantar wakil lelaki dan perempuan untuk pertandingan karaoke. Aku wakil perempuan untuk group aku. Aku nyanyi lagu nada rendah je sebab macam nak selesema. Nak tau lagu pe.. Lagu Ramly Sarip dan Khatijah Ibrahim. Duet tapi aku nyanyi sorang je. Doa Buat Kekasih.
Tak sangka dapat no 5. Dapatlah duit cash RM25 sebagai hadiah. Pastu ada sessi lucky draw. Semua peserta dapat tapi nilai cash tu berbeza. Aku dapat dalam RM110. Banyak penaja agaknya untuk team building ni. Selesai semua dalam pukul 11:00 malam terus balik bilik. Penat seharian untuk aktiviti hari ni belum abis lagik.

No comments:
Post a Comment