Thursday, June 28, 2012

Chocolate Moist Cup Cakes With Ganache Topping

Mood rajin untuk membaking dah sampai. Sementara bahan2 untuk membuat kek ni ada kat rumah, so kali ni aku plan untuk buat cup cakes coklat lembab pulak. Memandangkan Sofiyya pun memang suka kek coklat. Ini yang membuatkan aku lebih rajin. Resepi asal aku lupa dari blog mana. Sorilah yer empunya resepi. 

Bahan - Bahan :-

3 - BIJI TELUR
2 - CAWAN GULA
1 - CAWAN MINYAK MASAK (Aku guna minyak jagung)
1 - CAWAN SUSU CAIR
1 - CAWAN AIR SUAM PANAS
1 - CAWAN SERBUK KOKO
1 - SUSD TEH SODA BIKARBONAT
1 - SUDU TEH SERBUK PENAIK
1 - SUDU BESAR PERISA COKLAT (Aku gunakan serbuk nescafe)
2 - CAWAN GANDUM (Aku guna tepung Superfine)

Cara - Cara :-

1. Blend gula dan telur.
2. Masukkan gula dan telur yang sudah sebati kedalam pengadun.
3. Masukkkan minyak, susu cair, air suam, serbuk koko..kacau hingga sebati.
4. Sekarang masukkan coklat emulco or perisa coklat..ia membuat kek menjadi lebih hitam pekat
5. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
6. Tuangkan ke dalam acuan and kukus or bakar dalam microwave. (Aku guna microwave suhu tinggi selama 50 saat untuk cup cakes saiz M)

Untuk coklat ganache, aku rujuk kepada BLOG ni.

Bahan - Bahan :-
300 gram dark coklat/coklat masakan
150 ml whipping cream
1 sudu besar butter
Manik Urai (Aku tambah)
 
Cara - Cara :-
1. Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut.
2. Pastu baru tuang whipping cream.
3. Siapppp.. dah boleh tuang atas kek.

Inilah hasilnya. Untuk dibawa makan2 ke ofis.





Saturday, June 9, 2012

Tiramisu Simple

Semalam dah buat PAVLOVA. Kali ni aku nak cuba buat Tiramisu plak. Almaklumlah...rumah aku tengah ramai orang dengan Ma, Abah, Amir dan Farah. Tu yang meluap2 nak buat sesuatu untuk diaorang ni. Resepi asal dan tutorial dari BLOG ni. Jom tengok bahan2 yang digunakan. Senang je ni tak perlu nak bakar2. Simpan dalam peti ais je.

Bahan - Bahan :- 
Kek Sponge (Aku beli kek gulung perisa coffee)
250ml whipping cream. 
250grams cream cheese
Serbuk koko
Serbuk Nescafe (Bancuh dengan air panas tanpa gula)
1 sudu teh Esen Vanila
1/2 cup gula castor
Cara - Cara :-
1. Masukkan cream cheese dan whipping cream dalam bekas mixer
2. Masukkan esen vanila diikuti gula castor.
3. Putar semua bahan2 tersebut sampai sebati semuanya. Guna kelajuan paling rendah dulu.. pastu slow2 tingkatkan kelajuan.
4. Masukkan bancuhan nescafe dalam bekas kecik. Nih untuk basahkan kek yang dah siap potong.
5. Masukkan kek yang telah basah dengan nescafe ni ke dalam bekas kecik. Mudah untuk dimakan sebenarnya.
6. Letak cream cheese di atas kek, pastu masukkan kek dan akhir sekali dengan cream cheese. Buat dua lapisan.
7. Tabur serbuk koko diatas lapisan terakhir cream cheese tadi.



Friday, June 8, 2012

Pavlova

Bila cuti dan duduk rumah ni... memang bosan sebenarnya. Sebab orang berpantang makan tido je la kejenya. Parent pun ada kat rumah teman aku yang berpantang ni. Apa lagik memang goyang kaki la. Bila dah macam ni apa lagik...menggoogle lah aku mencari resepi2 yang best. Kebetulan time ni tengah glamer dengan Pavlova. So cari2 resepi yang siap sekali dengan tutorial. Tutorial asal dari BLOG ni. Jom tengok bahan2 untuk buat Pavlova ni.

Bahan - Bahan :-
4 biji putih telor ayam (Bukan dari peti ais)
3/4 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
  
Cara - Cara:
1. Putar putih telor pada kelajuan tinggi dengan mixer dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peaks). 
2. Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi jugak, masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jangan berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar.
3. Putar sampai kental.. dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.
4. Bila dah sebati, stopkan mixer.. kali ni kita dah tak payah pakai mixer dah.. kita gunakan spatula pulak.
5. Langkah seterusnya lagi, dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila. Yang ini dipanggil meringue.

6. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je..
7. Masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit. (Aku guna microwave suhu tinggi selama 5 minit)
8. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Bahan - Bahan Topping :-
250 ml whipping cream (Aku guna whipping cream yang jenis spray je. Spray terus atas pavlova)
Buah2an seperti kiwi, anggur, strawberry dipotong kecik2

Cara - Cara:-
Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar.