Saturday, January 11, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 9

Sambungan dari ENTRY lepas....

11 Januari 2014

Pagi ni selepas ward round, Dr Ganesh bagitau supaya buat wash out sekali sebelum discharge. Yang ni nanti nurse akan buatkan. Nurse pulak cakap dah boleh masuk wad biasa selepas Khalish dah melepasi tahap berjaga2. Tapi mak aku cakap tak nak sebab dah nak balik. Malas dah nak pindah randah. 

Kitaorang pun stay je la kat HDU tu. Tengahari, sorang nurse ni datang bagitau dalam pukul 2 petang akan buat wash out. Masa yang dinantikan pun tiba. Aku dan ma bawak Khalish pergi ke bilik rawatan. Kat bilik rawatan ni seperti biasa nurse sediakan barang2 untuk buat wash out. Khalish kebetulan sedang lena tido. So nampak macam mudah sikit lah. Nurse ni tak biasa buat wash out kat Khalish. So aku bagitau saiz catheter yang patut guna. Nurse ni follow je.

Nurse masukkan catheter perlahan - lahan lepas tu suntik air ke dalam. Khalish pulak masa ni dah bangun. So agaknya bila rasa macam ada sesuatu kat bontot dia, dia pun meneran. Bila meneran catheter akan terkeluar sikit demi sedikit. Last2 akhirnya terpiuh semula kuar yang hujung kat bontot. Kiranya kena masukkan semula la kalo macam ni.

Aku risau pulak sebab dah la luka kat dalam belum sembuh, nak kena cucuk catheter ni lagik sekali. Nurse cuba masukkan lagik sekali catheter ni sebab prosedur wash out masih belum berjaya. Tiba-tiba ada darah mengalir dari dubur Khalish.. aaa sudah... nape jadik gini? Nurse tu panggil nurse yang lagik senior untuk tengok. Nurse yang senior suh stop dan inform pada Dr. Khalid. Nurse senior tu lap darah guna kapas then dia cakap nak tunjuk kat Dr Khalid yang incharge pada petang Sabtu tu.

Aku tanyalah nurse yang buat prosedur ni, memang biasa ke keluar darah bila buat wash out selepas biopsi. Nurse tu cakap biasa memang tak keluar darah. Dia pun musykil. Basuh bontot Khalish kat sinki dan balut dia dalam selimut. Terus bawak dia keluar dari bilik rawatan. Mak aku macam marah jugak sebab bila jumpa senior nurse ni tanya mana kapas darah yang dia lap tadi.. kononnya nak tunjuk kat abang ipar aku yang paed jugak. Nurse tu cakap dah buang. Cakap pun sambil lewa je mak aku cakap. Senior nurse ni siap cakap dah tunjuk Dr Khalid, buanglah simpan buat apa. Haii... macam tu ke cara cakap dengan orang tua.

Dr Khalid datang jumpa kitaorang selepas prosedur tu. Dia tanya lah in English mana darah yang seperti nurse dia cakap. So kitaorang cakaplah tadi memanglah berdarah, sekarang ni kat dalam usus dia kita tak tau apa yang berlaku. Tapi yang susah dengan Dr ni ialah cakap melayu tak paham, English pun so so je sebab dia ni berasal dari Sudan. Dr Khalid macam tak nak dengarlah apa yang aku tak puas hati ni. So dia cakap kita tunggu dia berak lagi. Kalo dia berak ok takde darah then boleh discharge. Senang ek... macam tu je. Aku punyalah risau dengan darah yang keluar tadi.

Dalam pukul 4:30 petang Khalish berak. Bukak dypers tengok najis je. Alhamdulillah.... syukur takde darah. Terus tukar dypers dan tunjuk kat nurse najis dia. Dia cakap kena simpan dan tunjuk kat Dr Khalid. Dr Khalid pulak ada operation time ni. So menunggulah kalo nak dapat surat discharge. Pukul 6 petang baru dapat surat discharge. Telefon Abang bagitau dah boleh keluar.

Hati memang gembiralah sebab dah berkampung kat hospital selama 8 hari. Berpantang aku pun dah ntah ke mana. Just pakai stokin dengan sweater je. Hari sabtu kaunter bayaran pulak bukak half day je. Terpaksalah Abang menapak ke wad kecemasan untuk bayar bil. Total bil aku tak perasan la pulak almaklumlah pakai GL Abang. Agak-agak macam banyak jugak sebab buat Xray dan Ultra Sound. Akhirnya 8:30 malam barulah bergerak balik ke rumah. Rindunya kat rumah dan anak sulung aku, Sofiyya!


Friday, January 10, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 8

Sambungan dari ENTRY lepas....

10 Januari 2014

Setengah jam selepas itu Dr Ihab datang bawak sesuatu di dalam botol kecik. Katanya nih sample yang di ambil dari usus khalish... dua botol kesemuanya. Memang kecik je sebesar kepala mancis. Satu botol dia isi dengan larutan apa aku pun tak tahu. Dia cakap nanti nurse akan hantar baby khalish. Dia pesan suh aku monitor Khalish dalam tempoh 2 jam. Kalo ada pendarahan yang banyak inform doktor. Dr Ihab memang cakap akan ada sedikit pendarahan selepas prosedur tapi yang ni normal katanya. 

Tak lama lepas tu nurse datang hantar Khalish ke wad. Aku amik dia dan cium dia puas-puas. Tengok dia dah tak nangis. Bagi susu badan dan tido akhirnya. Masa berlalu selepas dua jam tapi aku tak tengok pula dypers Khalish. Ntah kenapa... maybe sebab rasa Khalish tak berak kot. Dalam pukul 5 petang Kak Ar datang sekali dengan family Yati (Kakak Ipar) melawat kami di PPUM. 

Dengar macam Khalish berak so check la dypers dia... bukak je dypers nampak setompok darah. Alamak.... hati dah dup dap dup dap. Tunjuk kat Kak Ar tanya banyak ke tak darah macam ni. Oh ya Kar Ar ni Dr jugak tu yang tanya opinion dia. Dia cakap macam banyak jugak. Aiseyyy... macam mana ni... terus aku inform nurse suh datang tengok. Nurse pun check cakap macam banyak jugak. Nurse cakap nanti dia inform Dr yang incharge. 

Dr Gen datang lepas tu check dypers Khalish. Akhirnya dia cakap ni normal kalo macam ni. Kalo macam cair darah tu mengalir baru tak normal. Barulah rasa lega sikit hati ni. Kalo tak, dari tadi duk rasa bersalah kenapa aku sebagai seorang ibu benarkan semua ni. 

Sekali je keluar darah selepas prosedur. Lepas tu Khalish dah berak macam biasa. Tak keluar darah lagi. Malam tu Dr Ihab bertugas. Dia datang tengok perot Khalish sekali dengan Prof Thambi. Dia cakap nampak perot Khalish macam kembong sikit. So dia decide untuk pindahkan kitaorang ke HDU semula. Hmmm... pindah lagik... padahal esok dah nak discharge dah. So malam tu kitaorang tido dalam HDU.

Khalish selepas prosedur

To be continued.....

Khalish Masuk Hospital - Episod 7

Sambungan dari ENTRY lepas....

10 Januari 2014

Seminggu dah kami berkampung di PPUM. Hari ni Khalish dijadualkan untuk melalui rectal biopsy. Apa itu Rectal Biopsy? RECTAL BIOPSY ni merupakan prosedur untuk mengesan kehadiran penyakit HIRSCHPRUNG. Dalam erti kata lain, kalo nak kesan penyakit Hirschprung ni hanya melalui biopsi je dengan mengambil sampel sel dari usus. 

Biasanya Dr akan bius baby terlebih dahulu sebelum memasukkan suatu alat yang seakan-akan PISTOL. Pistol ni akan dimasukkan melalui bahagian dubur dan seterusnya akan berfungsi untuk mencubit sedikit sel dari bahagian usus. Keadaan ini akan meninggalkan lubang di dalam usus dan akan menyebabkan sedikit pendarahan selepas sel ini diambil. So sebelum apa-apa prosedur better amik tahu RISIKO dia terlebih dahulu. 

Pada awalnya memang aku bersetuju supaya Khalish melalui prosedur biopsi ni. Sampailah aku dengar Prof Damendra bertanya kepada anak-anak buah dia berkenaan risiko selepas biopsi sewaktu ward round. Terus fikiran aku berubah supaya jangan lakukan prosedur ni. 

Pagi tu sewaktu ward round, ramai MO dan houseman yang datang buat lawatan. Masing-masing dah tahu yang hari ni Khalish akan melalui biopsi. Masa ni aku seolah-olah merelakan Khalish walau pun dah baca dia punya risiko-risiko. Bila dah ramai-ramai dan berbincang, aku pun tanyalah lepas buat biopsi tu kena berpuasa ke? Dr Gen jawab perlu berpuasa selama 24 jam selepas prosedur. Sorang lagi Dr yang aku dah lupa nama dia cakap tak perlu berpuasa... boleh terus BF selepas prosedur.

Aiikk.... ni sama-sama Dr ni pun confused. Bukannya houseman. Masa ni perasaan aku dah sedikit ragu dan gusar nak benarkan Khalish melalui biopsi. Sampailah ketua ward round datang iaitu Prof Damendra. Diaorang berdiskusi tak jauh dari aku. Walaupun dalam English, of coz lah aku paham kan. Soalan pertama yang dia tanya, sape yang akan melakukan prosedur itu? Dr Ihab angkat tangan dan jawab dia yang akan buat. Dia dah anggap Khalish ni macam anak dia.

Bila dah tau sape yang akan buat prosedur, terus Prof Damendra tanya soklan yang blockkan mind aku supaya jangan teruskan prosedur ni. Soklan dia ialah andai kata berlaku pendarahan, apakah yang Dr Ihab ni akan lakukan sekiranya masih kembong sebab wash out hanya dibenarkan selepas 24 jam prosedur biopsi dilakukan. Diaorang dah ada jawapan tapi aku memang tak dengar dah masa tu.

Dalam hati aku bermain-main dengan perkataan BLEEDING tu. Terus aku cerita kat Ma apa yang aku dengar dan bagitahu naluri aku sebagai seorang ibu untuk tidak meneruskan prosedur biopsi tu. Sebabnya anak aku masuk hospital tanpa ditebuk sana sini, hanya kembong je dan kali ni prosedur ni akan menyebabkan usus dia luka. Ma pulak menyokong keputusan aku. 

Terus aku telefon Abang supaya datang ke hospital segera sebab aku nak mintak discharge. Abang pun setuju dengan keputusan aku. Sambil tu aku bertanyalah dengan nurse yang datang untuk check BP dan suhu. Apa prosedur untuk mintak discharge. Nurse tu siap tanya "Dah Confident ke?" Aku pun citelah pasal tak nak buat biopsi tu. Nurse tu cakap nanti dia inform pada MO yang berkenaan.

Tak lama lepas tu Dr Ihab datang. Muka dia serius giler. Belum sempat dia tanya aku dah cakap awal-awal yang aku mintak maaf sebab ubah keputusan on the dot. Dia tanya nape. Aku pun citelah pasal Prof Damendra dan soklan-soklan yang dia tanya. Dia pun explain yang memang macam tu style di PPUM. Prof akan bertanya kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku supaya MO lebih bersedia sekiranya berlaku risiko.

Macam tak bersetuju dengan keputusan aku sebenarnya dan try untuk convince aku. Pastu aku cakaplah Khalish masih baby. Dia pulak jawab dia pernah lakukan biopsi pada baby seawal usia 3 hari. Aku pulak tanya lagi, macam mana dengan risiko bleeding. Dia cakap risiko tu ada tapi dalam 0.01% je. Dia cakap dia akan datang semula untuk explain lebih detail sebab sekarang ni dia tengah buat ward round. So kalo ada soklan nak tanya, tanya je dan dia akan explain. Dia lebih risaukan risiko sekiranya ada penyakit Hirschprung tu sebab boleh sebabkan kematian kepada baby.

Lepas Dr Ihab pergi, Abang dan Abah pun sampai. Citelah semula sebab kenapa aku tak nak teruskan dengan biopsi. Mintak Abang call Zaqrul tapi dia tak nak. Zaqrul ni abang ipar Abang merangkap Pediatric di Senawang Specialist. Last-last aku jugak yang call nak tanya opinion dia. Sambil-sambil borak dengan Zaqrul, Dr Ihab bawak sekali Dr Ganesh datang untuk convince aku. 

Bila dah Dr dgn Dr kan senang nak cakap sekali. Aku pun pas henpon kat Dr Ganesh. Rupa-rupanya diaorang ni saling kenal sebab pernah keje sekali. Lagik senang citerlah bagi Dr Ganesh dan Dr Ihab nak convince aku. Last-last diaorang tak explain pun kat aku. Cuma bagitau apa plan diaorang pada Zaqrul. Selebihnya aku banyak bercakap dengan Zaqrul samada perlu buat atau tak. Zaqrul cakap PPUM memang macam tu. Diaorang nak eliminate major cause yang sebabkan kembong. So salah satunya dengan melalui prosedur biopsi. Zaqrul cakap buat je. InsyaAllah takde apa-apa. Hmmm... sedara sendiri dah cakap macam tu walaupun naluri aku memang berat sangat nak benarkan prosedur tu. 

Aku tanya Abang macam mana, Abang cakap Zaqrul cakap ok, buat je la. Kalo ada apa-apa kita cari dia nanti. Tanya Ma pulak... ma pun cakap buat je la dah sedara cakap macam tu. Tapi hati aku masih tak puas. So aku call pulak adik ipar aku Farah yang la ni tengah sambung study kat HUSM. Tanya pendapat dia macam mana. Dia pun cakap buat je Kak Long. At least major cause yang boleh sebabkan kematian kita dah buat test. Dah 2 orang doktor yang ada hubungan family cakap suh buat. Kalo aku ingkar dan jadi apa-apa kat Khalish, mesti aku jugak yang dipersalahkan sebab tak dengar nasihat doktor-doktor ni.

Dengan berat hati aku merelakan prosedur biopsi dilakukan pada Khalish. Dr Ihab datang semula untuk bagitau apa next step yang perlu dilakukan. Prosedur akan dilakukan sebelum solat Jumaat. Sebelum tu Khalish perlu melalui prosedur wash out yang akan dibuat oleh nurse sambil dimonitor oleh Dr Farisha. Kali ni wash out kena betul-betul bersih sebab lepas ni dah tak boleh buat wash out. Aku bawak Khalish masuk dalam bilik rawatan. Masa tu Khalish tengah tido. Letakkan dia atas katil rawatan dan tengok prosedur wash out dilakukan oleh nurse. Sambil-sambil tu borak-borak pasal kerjaya dengan Dr Farisha.

Selesai wash out, aku dan Ma bersihkan najis di badan Khalish. Tukarkan dia pakaian baru dan letak semula dia atas katil rawatan. Dr Farisha hulurkan surat kebenaran untuk buat biopsi untuk aku tanda tangan. Tak baca pun aku tenyeh je sign kat situ. Cuma yang aku tau risiko yang ada adalah bleeding dan lubang yang diambil sampel tidak tertutup. Tapi memandangkan risikonya hanya kecik je so kira tutup mata je la. Berdoa semoga semua risiko-risiko tu tidak terkena pada Khalish.

Dr Ihab masuk bilik rawatan dan menunjukkan alat yang digunakan untuk membuat biopsi. Aku minta kebenaran untuk tengok sekali prosedur tu tapi mana boleh kan. Ibu semestinya akan beremosi bila tengok anak kesakitan. Aku kuar dari bilik rawatan dengan ma masuk ke wad semula.

Dalam wad, hati memang rasa gundah gulana... betul ke keputusan aku ni? Seolah-olah mempertarungkan nyawa Khalish sedangkan pada asalnya dia tidak mempunyai apa-apa kecederaan pun.


To be continued.....

Thursday, January 9, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 6

Sambungan dari ENTRY lepas....

9 Januari 2014
 

Hari ke 6 kami di HDU PPUM. Hari ni masih lagi meneruskan pembelajaran untuk buat wash out sendiri. Tapi takde lah totally buat sorang. Masih dibantu oleh nurse. Sesi pagi dan sesi petang. Esok biopsi akan dibuat pada usus Khalish. Sebenarnya macam tak nak bagi buat biopsi tapi ntahlah...

Khalish pun dah takde masalah kembong lagi setakat hari ni. Petang bila tiba ward round, Dr Ihab akhirnya bukak line pada tangan Khalish yang menandakan tiada drip lagi yang akan dimasukkan ke dalam badan Khalish. Alhamdulillah... senang nak pakaikan baju. Sebelum ni pakai sebelah lengan je. Rutin masih sama iaitu nurse akan check BP dan suhu untuk sesi pagi, petang dan malam.  Hari ni kami dipindahkan semula ke wad biasa memandangkan Khalish dan semakin sihat. Dalam hati tak sabarnya nak balik rumah semula. :D


Tangan Khalish selepas line dibuka. Baru boleh pakai baju dengan sempurna

To be continued..... 


Wednesday, January 8, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 5

Sambungan dari ENTRY lepas....

8 Januari 2014

Hari ke 5 kami berkampung di hospital. Rutin yang sama seperti semalam. Pagi ni dalam pukul 9 nurse dah amik Khalish untuk buat wash out. Khalish hanya dimasukkan antibiotik je. Drip air dah stop memandangkan dia dah boleh fully breastfeed. Dr yang buat lawatan bagitau yang petang atau malam ni aku kena belajar buat wash out sendiri. Untuk dipraktikkan di rumah nanti.

Pukul 8 malam, nurse Saadiah yang bertugas malam tu ajak aku, ma dan Abang ke bilik prosedur untuk belajar wash out. Kebetulan Khalish tengah tidur tapi nurse tak amik port pasal tu. Janji keje dia siap. Dalam bilik rawatan Khalish dibaringkan di atas katil. Nampak dia macam gelisah sebab sejuk. Nurse aktifkan warmer.

Next step, nurse inform barang2 yang digunakan dalam prosedur ni. 

1. Perlu ada Saline yang perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu. Kasi suhu dia suam2 sesuai dengan suhu badan. Sebabnya kalo Saline ni tak ikut suhu badan, suhu badan baby juga akan drop bila Saline dimasukkan dalam badan. Yang perlu guna untuk berat Khalish ialah 60 ml sahaja.

2. Syringe yang bersaiz 20 ml atau 10 ml. Kalo 20ml boleh diulang sebanyak 3 kali untuk cukupkan 60ml dan 10 ml ulang sebanyak 6 kali.

3. CATHETERS yang bersaiz 8 atau 10. Oleh sebab nurse Saadiah tatau saiz yang sebelum ni buat untuk washout saiz berapa, so dia gunakan saiz paling kecik iaitu 8. 

4. Water based Lubricant gel yang untuk memudahkan tiub dimasukkan.
 
5. Kapas dan sellotape untuk tutup bibird Khalish. Maklumlah dypers dah bukak, kang duk sumbat tiub kat dubur, bibird yang pancut.

6. Glove untuk tujuan kebersihan. Masa aku belaja ni tak pakai glove pun. Nurse je yang guna.

7. Lapik untuk mengelakkan tempat buat wash out tu kotor.

Cara-cara buat wash out:-

1. Mesti berdua sebab sorang kena pegang kaki dan lipat seolah2 mengangkang. Sorang lagi yang akan masukkan tiub. Kali ni aku yang masukkan tiub sambil nurse pegang kaki Khalish. 

2. Tiub disalut dengan lubricant gel.

3. Masukkan Saline sebanyak 20ml ke dalam syringe. 

4. Masukkan tiub perlahan2 melalui bontot. Syaratnya kalo baby meneran JANGAN PAKSA untuk masukkan tiub. Rehat sebentar. Kalo tersangkut pun kena main2kan tiub tu dengan cara tarik sikit tiub keluar dan masukkan semula. Kalo tiub terpiuh pun kena buat semula. Terpiuh tu bila masukkan tiub tiba2 terkeluar yang hujung tiub kat bontot. Masukkan sehingga hujung tiub. 

Masa aku masukkan tiub ni... Khalish siap terberak terus sekali dengan kentut. Banyak jugaklah najis. Kiranya tangan aku bergelumang dengan najis sebab tak pakai glove. Ala...najis baby apalah sangat kan!

5. Bila tiub dah masuk sepenuhnya, lekatkan syringe pada tiub dan masukkan Saline perlahan2 sampai abis 20ml. 

6. Lepas tu sedut semula Saline yang dimasukkan tu dengan menggunakan syringe yang sama. Kena pastikan jumlah Saline yang dimasukkan sama atau hampir sama dengan jumlah Saline yang disedut semula. Tak nak tinggalkan Saline tu di dalam usus.

Masa sedut semula ni la najis2 akan tertarik sekali dengan angin2 yang berada di dalam usus. Kalo tersangkut masa sedut ni pun tak boleh PAKSA. Sebab takut nanti yang tertarik adalah otot2 usus tu. Tersangkut tu bila nak tarik syringe tapi berat. Seolah2 kedap udara. Jika jadik macam ni, buang dulu najis2 yang tertarik tadi dari dalam syringe dan tarik semula. Buang tu janganlah pam balik dalam usus, maksudnya buang kat tempat lain. Buat macam ni sehingga 20 ml Saline abis keluar. Termasuk yang meleleh dari bontot.

7. Ulang sampai 60 ml Saline. Tiap kali nak masukkan Saline yang baru, tiub tu perlu disapu dengan lubricant. 

Masa prosedur ni Khalish siap tido. Punyalah tak sakit prosedur ni. Adalah sekali sekala dia meneran. Agaknya sebab rasa macam ada benda nak keluar dari bontot kot. Dia nangis pun sebab sejuk dan tak selesa orang pegang kaki dia. Prosedur ni makan masa lebih kurang 1/2 jam la. Depends pada banyak mana Saline perlu dimasukkan.


To be continued.....

 
Khalish di hari kelima di hospital


Tangan kanan masih berbalut



Tuesday, January 7, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 4

Sambungan dari ENTRY lepas....

7 Januari 2014

Pukul 6 pagi Khalish terjaga. Sebelum tu last bagi susu pukul 12 malam. Suhu ekon malam tu memang sejuk sangat sampai ke tulang. Bila Khalish dah bangun terus aku susukan dia. Lepas je selesai susukan, burpkan dia. Dah elok burp tu aku baringkanlah dia dalam infant warmer. Tiba2 je Khalish muntah dengan banyak. Aaa...sudah! Rini patutnya discaj kalo takde apa2. Bila dah muntah banyak abis terkena baju. Nak tukar baju dia kena melalui line yang baru buat petang semalam. Yang ni memang aku tak berani buat sendiri. Kebetulan selepas Khalish muntah nurse datang untuk check suhu dan amik bp.

Terus mintak tolong nurse tu tukarkan baju dan inform dia Khalish muntah banyak. Nurse tu cakap nanti dia inform pada Dr. Nurse tu cakap perot Khalish macam kembong. Lepas tu Khalish dah start nangis. Bukan nangis sebab nak tido, tapi sebab kembong. Macam mana kitaorang perasan sebab bila nangis kaki dia tersentak2. Bila urut betis pun masih tersentak2 walaupun bila check perot takde lah keras sangat. Punahlah segala harapan untuk discaj hari ni.

Pukul 8:30 pagi Dr dah buat ward round. Check Khalish memang kembong. Terus Dr Ganesh minta kitaorang dipindahkan semula ke wad HDU. Berkampunglah kitaorang kat sini lagi. Masa ward round tu dengarlah masing2 duk discuss apa plan seterusnya selepas dah selesai rawatan yang disebabkan jamu tu. Dengar2 diaorang nak buat biopsi dan kena buat wash out. Hmm... apa kebendalah washout tu. Hati ni memang lah duk risau bila dengar macam2 rawatan lagi untuk Khalish.

Maka kami berpindah pulak masuk ke HDU. Khalish disuruh berpuasa semula. Last aku bagi susu sebelum dia muntah tu lah iaitu pukul 6 pagi. Teringat peristiwa Sabtu lepas bila Khalish kena berpuasa dan aku menangis. Ingat takkan melaluinya lagi. Dalam HDU, Khalish diberi semula drip air dan ubat2an. 

Pukul 9:30 pagi nurse datang amik Khalish dan bawak ke bilik rawatan. Katanya untuk buat WASHOUT atau pun dalam bahasa yang senang cuci usus. Bila cuci usus ni, Khalish perlu dibekalkan dypers dan baju bersih. Aku tanya lah nurse washout ni sakit tak. Nurse cakap washout ni tak sakit dan baby pun tak menangis. Legalah bila mendengar proses ni tak menyakitkan. Pukul 10 pagi Khalish dipulangkan semula kat aku. Memang betul tak sakit agaknya sebab aku tak dengar pun Khalish meraung. Bilik rawatan tu berhadapan dengan HDU je.

Pukul 10:30 pagi nurse datang lagi untuk amik Khalish. Katanya nak bawak Khalish pergi ultrasound kat bangunan sebelah. Hmm...dah macam2 Khalish kena lalui ni. Nak pergi sana Khalish pun perlu dibekalkan dypers bersih beberapa keping. Sambil tu Khalish menangis nak susu. Lagipun perot dia dah totally kosong disebabkan cuci usus tadi. Nurse yang baik hati bagilah Khalish 'susu' sambil letak atas puting nak bagi dia tenang. Memang bila terasa manis tu terus Khalish hisap puting.

Sebenarnya nak follow nurse tu tapi ntah kenapa mulut ni berat pulak nak bertanya. Kalo tak, boleh tengok apa yang berlaku melalui ultra sound tu. Last2 duduk je lah menunggu kat HDU tu dengan hati yang runsing. Berdoa semoga Khalish takde apa2 yang abnormal. Dalam pukul 11:30 pagi nurse dah pulangkan Khalish semula. Tanyalah nurse result ultrasound macam mana. Nurse cakap result ultrasound semua normal dan pakar ultrasound inform Khalish dah boleh minum susu tanpa perlu berpuasa. Tapi nurse tu cakap tunggu Dr surgical bagitaulah macam mana nanti. Alhamdulillah...memang aku mengharapkan begitu. 

Pukul 2 petang bila Dr buat ward round, tetiba Khalish menangis. Terus inform Dr Ganesh yang ketua ward round masa tu yang Khalish menangis sebab lapar. Dr Ganesh ni nampak baik dan kesiankan budak2. So dia cakap berilah Khalish bf tapi dalam masa 5 minit. Aku apa lagi terus dukung Khalish dan susukan dia. Lepas 5 minit terus tarik puting. Khalish meraung lagi sebab belum kenyang. Kebetulan Dr Ganesh masih ada kat situ. Dia pun datang dan bagitau untuk bf Khalish sampai kenyang tapi aku kena kontrol jugak tak nak bagi perot dia terkejut. Aku terus senyum meleret...Khalish tak perlu berpuasa lagi.

Dr Ganesh inform yang washout ni perlu buat 2 kali sehari. Pagi dan malam. So nanti aku perlu belajar buat sendiri kat rumah. Esok aku akan belajar dengan nurse cara2 nak buat washout. Rectal biopsy akan dibuat pada hari Jumaat. Kalo semua ok, sabtu atau ahad boleh discaj. Washout ni bertujuan untuk membantu baby untuk bersihkan usus dia sekiranya dia tak dapat membuang kesemua najis dengan sendiri. Pemerhatian aku pada Khalish rasanya dia tak mempunyai masalah untuk membuang sebab dia membuang dan kentut setiap hari. Cuma tiap kali membuang jumlahnya berbeza. Ada yang banyak dan ada yang sikit. Bagi Dr yang sikit tu seolah2 tak patut berlaku. 

Malam tu nurse datang lagi amik Khalish untuk buat washout. Nurse inform Khalish senang bila buat washout tak perlu tunggu tarik syringe dah keluar najis bila cucuk dengan CATHETERS. Untuk berat Khalish, 60 ml saline perlu dimasukkan ke dalam usus. Catheters yang digunakan bersaiz 8. Selepas buat washout perot Khalish akan kempis dan najis pertama yang keluar selepas washout akan berwarna dark green. 

To be continued.....

Khalish sewaktu berpuasa dihari keempat di hospital



Sunday, January 5, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 3

Sambungan dari ENTRY lepas...

5 Januari 2014

Pukul 7:30 pagi akhirnya Dr Najwa datang dan beritahu yang Khalish tak perlu berpuasa dah. Tapi masih kena control untuk beri susu pada dia. Dr Najwa minta aku bf Khalish selama 5 minit sahaja setiap setengah jam. Apa lagi...bagai pucuk dicita... tetek pun dah penuh sumbat terus dalam mulut dia. Seronok tengok Khalish sebab akhirnya dia dapat menyusu walaupun 5 minit. Yang ni pun kena buat carta. Lepas je 5 minit terus aku tarik puting. Khalish macam nak nangis tapi lepas pujuk dia diam. Then 1/2 jam kemudian beri lagi. Kiranya dia akan rasa kenyang jugaklah. Drip dia dah dikurang sedikit demi sedikit dari 20ml ke 10ml mengikut kekerapan penyusuan. Sambil2 tu monitor jugak dia punya berak dan perot.

Hari ni ward round sesi pagi lambat sebab weekdend. Petang pulak bila Dr tengok Khalish berak dan kentut macam biasa dan perot dia tak kembong lagik, terus Dr cakap bagi dia bf by demand. So dah boleh minum macam biasa. Ubat masih jalan lagi sebab perlu habiskan antibiotik. Drip air pun masih masukkan lagi sebanyak 10ml.

Hari Kedua di HDU


6 Januari 2014

Ward round hari ni bermula awal pukul 8:30 pagi. Hari ini ada pakar pediatrik Dr Ganesh datang sekali. So bila dia tengok perot dan berak Khalish semua ok, dia mencadangkan supaya kalo semua continue normal, then esok dah boleh discharge. Dengar boleh discharge memang lega sangat2. Hari ni jugak kami dipindahkan semula ke wad biasa yang share seramai 4 orang. Wad biasa ni jauh sikitlah dari nurse. Ubat masih continue seperti biasa. Kesian Khalish... dah macam2 ubat masuk dalam badan dia. Air kencing pun bau ubat tau! Drip air memang dah diberhentikan sebab dah boleh fully bf. 

Petang tu bila aku belek2 tangan Khalish, nampaklah macam ada stain darah yang melekat dekat kapas pada line tangan kanan dia. Pastu terfikir, agaknya drip dia ni dah bocor kot. Kebetulan nurse datang untuk masukkan ubat yang baru terus mintak dia check. Bila dia check betul rupanya line dia nih dah bocor. Nurse tu cakap bila jadi macam ni selalunya akan buat line baru. Laaa....kesiannya Khalish nak kena cucuk lagi cari line.

Kejap lepas tu nurse amik Khalish bawa masuk bilik rawatan. Dari dalam bilik dengarlah Khalish meraung2 sakit. Aduhhh... sedih hati ni dengar. Lama pulak tu. Dr ni agaknya terpaksa buat kering hati tanpa ada perasaan kot bila baby menangis. Kalo tak, keje drang mesti tak setel. Aku pulak tak senang duduk. Rasa nak masuk jenguk je dalam bilik rawatan tu.

Akhirnya nurse bawak Khalish keluar dari bilik rawatan. Khalish dah diam dan tido. Nampak mata dia bengkak sebab banyak nangis. Aku tanyalah dah setel ke? Korang tau apa nurse tu cakap "Belom lagi sebab Dr Houseman yang buat tak dapat cari line walau dah cuba kat dua2 belah kaki. Bila dah lama sangat cuba tak dapat, so Dr Houseman ni dah takut sebab Khalish nangis tak berhenti2. Lepas ni dia akan mintak bos dia yang buat line tu". 

Apa perasaan korang masa ni agaknya? Nak hempuk ke tak nak Dr tu? Kalo dah tak pandai, tak payah lah cuba. Kesian Khalish sakit je dapat. Linenya tak setel jugak. Khalish jadi tempat ujian untuk Dr Houseman tu untuk test kebolehan dia agaknya. Mentang2lah baby baru 20 hari tak mampu berbuat apa2. Tu yang berani nak cuba agaknya. Kalo budak yang boleh meronta2 tu konpem tak berani. Patutlah aku perasan ada banyak titisan darah kat kain bedung Khalish. Bukak kain bedung Khalish dan check kaki dia memang dua2 belah ada tampal plaster.

Tak lama lepas tu nurse datang amik Khalish lagi. Katanya bos Dr Houseman tu dah ada. Aku tanyalah MO lelaki ke perempuan, dia cakap lelaki. Harap2 kali ni berjayalah... kesian Khalish. Dengarlah Khalish meraung tapi tak lah seteruk tadi. Kejap je nurse tu dah pulangkan Khalish balik. Aku tanya lah dah ok ke? Nurse tu jawab "Ha...sekali je Dr cucuk terus dapat buat line". Alhamdulillah...lega aku dengar. Kali ni bukan kat kaki sebab kaki dah tak boleh buat gara2 Dr Houseman tu la. Line baru kat area pelipat siku tangan kanan jugak. Tangan kiri pun dah tak leh usik sebab amik darah untuk check glukos kat situ. Bayangkan baby 20 hari dah penuh dengan plaster kat kaki tangan. Kesimpulannya lepas ni aku tak nak Dr Houseman sentuh Khalish lagi!

Malam tu Dr Fitri yang bertugas oncall. Kitaorang dah plan nak tido dia datang jenguk. Nasib baik lah belum bentang apa2 lagik. Dia check perot Khalish tengok dah tak kembong. So dia cakap kalo ok esok dah boleh discaj. Gembiranya hati bukan kepalang.

Hari Ketiga di wad biasa

To be continued....

Saturday, January 4, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 2

Sambungan dari ENTRY lepas...

4 Januari 2014

Bila dah masuk wad, macam2 rawatan yang Khalish kena lalui. Wad 6PB untuk Pediatrik Selepas Pembedahan. Kenapa kitaorang kena masuk sini, jangan tanya aku sebab aku pun takde jawapan. Doktor yang oncall malam tu buat lawatan yang pertama dalam pukul 5 pagi. Perkara pertama yang diaorang bincang ialah berkemungkinan kena penyakit HIRSCHSPRUNG. Sebabnya bayi baru lahir dan tatau organ dalaman dapat berfungsi dengan baik atau tak.

Dr oncall malam tu ialah Dr Ihab dari Sudan dan Dr Junaidah. Dr Ihab periksa perot dan mukanya nampak riak risau bila tengok kekembungan perot Khalish. Aku yang nengok raut wajah dia ni lagiklah risau. Dr Ihab minta kebenaran untuk cucuk jari kelingking dia dalam bontot Khalish. Dia cucuk je terus tersembur najis beserta dengan kentut. Khalish nangeslah sekuat hati sebab sakit. Bila Dr Ihab keluarkan jari dia nampak secalit darah kat jari dia. Dalam hati aku cakap...hmm sampai berdarah dia cucuk. Khalish masih meraung lagi. Kitaorang tukar dypers dia sebab dah penuh dengan najis yang sebelum tu. Sambil tu Khalish nanges sebab lapar nak susu tapi kena berpuasa.

Bila Dr dah pergi, nurse plak datang nak amik Khalish bawak masuk bilik rawatan. Katanya nak amik darah untuk ujian dan masukkan tiub untuk buang angin dari dalam perot. Dari wad, memang kedengaran Khalish meraung2 kat bilik rawatan. Aku yang dengar ni memang terasa sadis tapi nak buat macam mana. Dah namanya nak buat rawatan.

Nurse bawak je Khalish keluar dari bilik rawatan, dia dah diam dan tido. Mungkin penat sebab banyak sangat menangis. Dah siap terpasang tiub masuk dalam hidung dengan botol yang isinya nanti cecair dan gas dari dalam perot.

Kesian tengok, baru 18 hari dah ade wayar yang cucuk dalam hidung

Muka merah sebab banyak sangat menangis

Masa duduk dalam warmer tu beberapa kali jugak lah Khalish terbangun dan nak susu tapi kami terpaksa tenangkan. Tapi si kecit ni tau apa lah sangat. Yang dia tau menangis sebab lapar. Walaupun ada masuk air, tapi mulutnya tak terasa susu. Sebab tu masih menangis. Aku perasan Abang pun menitik air mata melihatkan Khalish menangis sebab lapar susu. Aku pulak jangan citerlah... tetek memang dah bengkak dua2 belah sebab susu dah penuh.

Masa tu memang mengantuk tapi terpaksa tahan walaupun dah semalaman kitaorang berjaga. Dalam wad tu kiranya ada aku, Abang dan Ma. Bertahan sebab kesian tengok Khalish menangis kelaparan. Bila dah pagi, Dr yang buat rondaan by group ni pun bertanya soalan yang sama macam Emergency. Last2, diaorang decide supaya kitaorang masuk ke HDU (High Defensive Unit) untuk kawalan lebih rapi. Berpindah randahlah kitaorang.

Di HDU, Khalish diberikan beberapa jenis ubat termasuklah antibiotik. So line dia tu dah bercabang dua untuk air dan ubat. Masih lagi berpuasa sehingga diberitahu semula oleh doktor boleh minum susu. Sambil tu kitaorang kena timbang dypers yang ditukar dan catat berat, masa dan kandungan dypers dalam kertas yang diberi. PU untuk kencing dan BO untuk berak. Kalo dua2 ada so tulislah PU + BO.

Sebabnya Dr nak monitor berapa banyak najis yang keluar selama dia berpuasa. Sekali dengan bersihkan usus dan perot dia dari jamu yang aku makan tu. Dari pagi ke tengahari, Khalish masih berpuasa. Aku memang automatik akan menangis tiap kali Khalish menangis nak susu. Terfikir yang susu banyak tapi tak boleh nak beri Khalish susu. Tahan jugak dari menangis tapi hati ibulah katakan. 

Nurse pun bertanya jugak sebab  Khalish kalo nangis satu HDU tu boleh dengar. Cakap je la nangis sebab nak susu. Tapi takde sorang pun nurse yang datang tolong untuk tenangkan Khalish. Bila masuk waktu melawat tengahari, Mak Sedara aku (Suti) Ayah Su, Shafeeq dan family datang melawat. Suti bagi idea untuk basahkan kepala dan mulut dia dengan air zam2. Kurang2 dapatlah Khalish hisap sikit air tu. Memang dah sumbat puting masa dia menangis lapar tapi lama mana lah dapat bertahan. Lama menghisap pun lenguh tapi susunya tak dapat last2 Khalish juihkan puting tu. Bila macam tu start la menangis semula. Masa orang datang melawat pun aku tak dapat tahan perasaan hiba ni. Akhirnya buat2 borak dengan Sofiyya. Diaorang mesti perasannya aku nangis. 

Petang tu aku berborak dengan jiran sebelah katil. Akak tu pun cakap dia menangis jugak bila tengok aku menangis. Pahamlah kiranya perasaan seorang ibu dengan anak yang masih dalam hari. Ha...ngko! Sampai jiran sebelah pun perasan aku menangis walaupun dah sorok2.

Waktu melawat kat sini dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan dari pukul 5 petang sampai 8 malam. So Abang akan datang pada kedua2 waktu melawat ni. Kitaorang akan ode apa yang perlu dibawa dari rumah dan pos semula apa yang perlu dibawa balik. Macam ni la kiranya tiap2 hari sepanjang berada dihospital.

Malam Khalish masih menangis tapi suara dah makin serak sebab dah banyak menangis dari siang. Malam tu aku dan Ma dah beri dia titis air zam2 pakai puting. Celupkan puting dalam air zam2 dan kasi Khalish isap. Setakat ni Khalish belum dibenarkan minum susu walaupun dia dah banyak berak sepanjang hari. Ubat tak payah cakaplah. Silih berganti. 

Kat sini Ward Round dalam 3 kali. Pagi, petang dan malam. Malam ialah untuk Dr yang oncall. Aku masih menunggu Ward Round yang sesi malam untuk tahu bila agaknya Khalish boleh minum susu. Susu badan dah siap pump dan simpan dalam fridge hospital. Dalam pukul 9:30 malam barulah Dr Najwa dan Dr Farisha datang. Tanyalah pasal berak dan check perot Khalish. Memang nampak perot dia dah kempis sangat sebab berpuasa.

Dr Najwa decide supaya bagi dia minum sekali malam tu dan bagi sampai Khalish kenyang. Dr Farisha pulak minta aku minum air satu botol mineral dan pergi kencing. Lepas tu baru boleh menyusukan badan. Sebenarnya Dr2 ni concern jamu yang masih bersisa dalam badan aku ni. Tu yang diaorang tak beberapa nak beri aku menyusu. Aku cakap kalo tak boleh susu badan, susu formula pun ada. Dr cakap susu formula memang totally tak boleh lah. 

5 Januari 2014
Lepas dapat susu akhirnya Khalish dapatlah tido lena sampai pukul 12 malam. Tapi sekejap je sebab bila dah lapar semula Khalish akan menangis lagi. Tapi dah Dr kata sekali je boleh bagi, so bagi sekali je la. Nurse shif malam akhirnya datang sebab kesian tengok Khalish melalak2 nak susu. Maybe mengganggu patient2 lain pun iye jugak kot. Nurse tu bedungkan Khalish dan baringkan dia secara mengiring. Puting diletakkan ubat yang nurse kat sini panggil susu. Rasa dia manis so Khalish pun hisap puting tu dengan selesa. Bila dah nyonyot, mata pun lena. Nurse tu sendalkan puting dengan bantal supaya tak mudah tanggal.

Memang tido lena sampai pukul 4 pagi dan terbangun sebab puting dah tercabut. So letakkan 'susu' tu dan bagi Khalish lagi untuk dia lena. Dalam wad ni aku bertemankan dengan Ma. Tengok nurse dan Dr pun tak marah bawak teman so aku go on je la. Malam pertama aku dengan Ma share kerusi yang sama. Sempit2lah sikit tapi tak apa sebab ada teman.

To be continued....

Friday, January 3, 2014

Khalish Masuk Hospital

Hari ni merupakan hari ke 17 aku berpantang. Bila tengok Khalish dah melepasi tahap untuk kena jaundice, so aku baru start makan post natal care brand Amway after 2 weeks. Tapi tak sangka lain yang aku elak, lain yang aku dapat. Amway punya post natal care bermula dengan minuman teh kunyit selama 5 hari. 2 kali sehari. Untuk hari ni kiranya aku dah abis tempoh 5 hari tu.

Tapi sejak 3 hari lepas, kitaorang perasan yang perot Khalish kembong dan keras. Dah tuam tapi tak surut2 kembongnya. So malam je dia akan menangis sebab tak selesa. Pastu bila minum susu je akan muntahkan sedikit maybe sebab angin dah banyak dalam perot. Nak kata dia tak berak, berak cuma aku rasa dia kurang kentut. Pastu bila nak burpkan dia tak burp walau dah tepuk belakang dalam 10 minit.

Nak jadi cerita, malam ni Khalish kembong lagi. Sebenarnya dari siang lagi dah kembong. Mintak Abah belikan Gripe Water. Lupa plak dalam fridge ada ubat Dentinox untuk colic jugak. Dalam pukul 11 malam pun duk nanges lagi. Abang plak malam ni shif malam. So bertiga je la. Dari ruang tamu sampai masuk bilik kononnya nak bagi tukar angin tak jugak berhenti nangis. Bila dah nanges, aku pun bagi susu campur sekali dengan Dentinox.

Lepas minum susu, kesan dari ubat Dentinox tu ade la dengar Khalish kentut dan berak sket. Tapi dia still menangis. Last2 kitaorang tuam dan urut2 betis dengan tapak kaki. Tapi macam tak jalan. Pastu Abah cakap perot dia dah kembong sampai ke dada ni dan skorotum dia nampak bengkak. Dah macam tu apa lagi terus terfikir nak bawak p spital la. Call Abang suh balik rumah sebab nak bawak pergi spital.

Cadangnya nak tunggu esok pagi je, tapi bila aku fikir kesian kalo sepanjang malam Khalish tak boleh tido duk nanges, kitaorang pun penat duk menjaga dia nanti. Abang sampai je rumah terus ke Hospital Columbia Puchong. Sampai sana dalam pukul 11:45 malam. Patient kat emergency takde lah ramai tapi kena ikut giliranlah. Nasiblah si Khalish ni dah lena dalam pangkuan nenek.

Bila dah dapat giliran, Dr India kat emergency tu check. Dia cakap perot Khalish memang kembong dan dia nampak skorotum dia bengkak. So dia minta refer ke hospital lain sebab kat situ takde alat untuk scan apa yang ada dalam prot dia. Hmmm...pulak dah! Nurse tanya nak pergi hospital mana? SJMC ke Goverment? Dalam otak aku cuma fikir kalo pergi swasta konpem kena caj sebab aku pun belum amik insurance untuk Khalish lagi. Last2 terfikir PPUM sebab ada ofismate aku yang buat rawatan kat sana.

Informlah kat nurse cakap nak pergi PPUM. Nurse pun cakap elok la tu pergi PPUM sebab dia pun ada Pediatric Emergency. Laa...ye ke... elok sangat la tu sebab kalo boleh tak nak campur dengan adult sebab baby kan... kesian Khalish menunggu nanti. Nurse tu cakap elok pergi malam ni jugak. Gedebak gedebuk dalam pukul 1:30 pagi kitaorang sampai ke PPUM. Mana taknya... kat Columbia tunggu ref letter, otw plak polis buat roadblock, nak ke PPUM pun sesat sebab tak biasa ke sini.

4 Januari 2014
Dah siap register segala macam, menunggu untuk buat rawatan. Ingatkan dapat ubat terus balik la. Rupanya tak. Kena pergi Xray prot dia, amik darah Khalish dan tunggu result. Kesian sebab baru 18 hari dah kena Xray. Abis sel dalam badan. Berat Khalish time ni 3.2kg. Kira dah naik dalam 400 gram dari berat lahir.

Akhirnya result Xray dah keluar dan Dr Emergency cakap usus dia nampak besar. Dr Paed minta untuk tahan dia kat wad untuk rawatan lanjut. Dengar macam tu, terus rasa berdebar2. Sebelum tu Dr tanya soklan2 spt

  • Bersalin normal ke Czer (Aku cakaplah normal)
  • Masa lahir, baby berak dalam tempoh 6 jam atau tak (Aku cakap tak sure)
  • Kat rumah macam mana (Aku cakap sebelum ni berak macam biasa...banyak dan dalam beberape kali, tapi sebab tak count so tak leh nak cakap banyak mana)
  • Dah berape hari kembong? (Aku cakap 3 hari)

Bila dah nak kena masuk wad, Dr nak buat line kat tangan dia. Suh hantar Khalish ke bilik rawatan. Nak tengok, Dr cakap parent duk luar dulu. Nanti dah siap kitaorang bawak keluar. Dari luar bilik dengarlah Khalish meraung. Meruntun hati ni dengar. Mesti sakit. Lama la jugak nangesnya. Tapi bila nurse bawak keluar dah diam. Pelik aku.... dia bagi ubat apa agaknya nak suh diam.

Start dari sini Dr dah suh Khalish posa...hmmm siannya. Last aku beri bf kat dia dalam pukul 2:30 pagi. La ni dah pukul 3 pagi. Nurse masukkan air kat tangan kanan yang dah siap line sebagai backup sebab kena puasa. Dari emergency ke Kompleks Wanita dan Kanak2 PPUM, nurse tolak atas wheel chair je. Jauh jugak jarak dia. Masuk wad dalam pukul 4 pagi. Nurse letakkan Khalish atas baby warmer. Untuk kitaorang hanya ada kerusi yang empuk dan biasa 1. Ingatkan dapatlah katil untuk tidokan.

Bermulalah episod sedih.... nanti aku sambung dalam entry yang lain.

Dalam Pediatric Emergency, tangan kecit ini tengah dimasukkan air

Thursday, January 2, 2014

Kakak Sofiyya Dah Darjah 1!

Hari ini dengan rasminya Sofiyya masuk sekolah rendah. Tapi papa je yang temankan pergi sekolah dan perati selama 2 hari. Umminya kan masih pantang. Baru 2 minggu bersalin. Luka pun belum baik sepenuhnya lagik. 

Actually, aku tak hantar Sofiyya sekolah rendah kebangsaan. Aku hantar sekolah rendah integrasi. Memang sebelah pagar rumah je. Pastu memikirkan orangnya yang kecit dan tak nak kasi dia penat, so integrasilah jawabnya sebab hanya satu sessi sekali dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kami pulak tak payah nak pening2 kepala nak memikirkan tambang bas sekolah yang naik tahun baru ni. Kira hantar pagi dalam pukul 8 pagi dan amik dia sewaktu kami pulang dari ofis. 

Kalo Abang keje shif pagi dan malam bolehlah amik Sofiyya dalam pukul 4:15 petang sebab ni la waktu sebenar sessi persekolahan. Kalo sampai pukul 6 tu kira OT la dan bayar pada bibik yang menjaga budak2 kat sekolah tu. Seperkara lagi tak perlu nak Q panjang2 nak beli makanan kat kantin sebabnya makanan dah disediakan untuk pelajar2 kat sini untuk waktu rehat dan lunch.

Sekolah ni pun tak besar mana dan tumpuan guru lebih kepada murid2. Setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas je dengan bilangan pelajar dalam 20 orang. Bila sekolah integrasi a.k.a sekolah swasta ni yurannya terlebih la sikit dari sekolah biasa. Yuran permulaan dalam 2k jugak termasuk buku sekolah dan baju sekolah. Monthly dalam RM290. Walaupun sekolah swasta, silibus dan buku2 belajar sama dengan sekolah kebangsaan. 

Yang paling aku suka kat sekolah ni ialah kasut dan stokin sekolah berwarna hitam. So tak payah nak susah2 basuh dan kapur setiap minggu. Satu pekerjaan yang aku kurang gemar zaman persekolahan dulu. 

1st day ni pun Abang tunggu kejap je dalam 2 jam. Lepas tu dah balik rumah. Sofiyya pun nampak macam selesa kat sekolah baru ni sebab ada kawan2 dari Dzuliman jugak. Dalam 5 orang jugaklah yang continue sekolah kat sini termasuklah bff dia. Senang hati anak tak buat perangai bila masuk darjah satu ni. 

Bff nama Ruqaya. Masa ni hari pengambilan buku sekolah dan baju sekolah
Uniform sekolah. Serba baru la katakan...
Dalam kelas hari pertama persekolahan
Guru kelas Cikgu Nurmahirah tengah tulis nama kat kasut masing2