Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430H/2009M

Salam Aidifitri buat semua.... Rasa blom terlambat kot untuk mintak ampun maaf kalo ade salah silap. Well kali ni kami beraya belah Muar pada raya pertama dan kedua. Raya ketiga baru beraya belah Batu Pahat sebab raya keempat nanti akan ada majlis kahwin amir dan farah yang dibuat di rumah nenek di Batu Pahat. Kira raya pertama bertiga di rumah mentua... adik beradik abang 10 orang so memang meriah la sebab smua balik. Jom layan gambar raya kitaorang.

Sofiyya belajar buai adik... eh dah nak adik ke?
Ummi dan sofiyya berbaju konpem sama kaler
Papa dan sofiyya plak
Nak sepit rambut sofiyya...pasrah aje la yer nak..

Gambar raya family utk tahun 2009...
Alih sofiyya ke tengah plak

Timang tinggi2
Senyummm...sofiyya cam malu2 plak
Apalah dalam mulut sofiyya tu....
Salam dengan mak mentua No. 1
Abang plak

Tengoklah sofiyya....dia takut kat nenek
Ecece...bergaya dengan kasut baru

Sofiyya tepon sape tu?
Arrrghhhh!!!!

Sonot la dapat main kat luar...
Macam orang besar lagaknya... padahal baru 2 tahun
Sepupu sepapat sofiyya...

Cik khir yang suh lompat....
Tahan bas ke tu bang?

Sofiyya dengan pak long
Happy je si kecit ni...

Biasala kan....gambar dia je la..
Ngintai kot tingkap

Malam aktiviti main bunga api la....

Saturday, September 12, 2009

Khairyna Sofiyya - 2 Years

Happy birthday my little princess Khairyna Sofiyya!. Tapi kali ni kitaorang tak celebrate pun sebab masih bz dengan aktiviti pindah rumah...  rumah lama pun sepah, rumah baru pun sepah. Semuanya perlu masa yang banyak untuk mengemas.... aaarrghh satu aktiviti yang akan menyebabkan sinusku makin teruk... huhuhu. Jom tengok pictures sofiyya bila dah usia 2 tahun ni.. :)

Happynya dapat main nih.... Nih kat Mydin USJ

Lari-lari kat umah atuk di Muar

Tak perlu masukkan duit pun sebab sikecit ni penakut

Dengan motor cik aki

Punya la suka menulis... sampai tinggal spender jek... opsss!!

Syoknya tengok tv. Fav movie gang upin & ipin

Gigi dah ade 6 batang walapun dah 2 tahun. Takpe lah...lambat rosak kan!

Posing dalam bilik

Nih ummi yang suh posing, saya ngikut ajer...

Nih tengah test kekuatan tangan kot

Belek2 jari tengok cukup ke tak

Bes fren iman...

Budak kecit kat kampung iman je la yang sofiyya kenal

Main pun sama2 la kan

Saturday, August 8, 2009

Perkahwinan - Akad Nikah Amir & Farah

Tanggal 7/8/2009, maka secara rasminya Amir telah sah bergelar suami kepada Farah dengan sekali lafaz sahaja. 11 dulang dibalas dengan 13 dulang oleh pihak pompuan. Tema baju pengantin beza sket kali ni sebab Amir nak lain dari yang lain. So drang sepakat memilih biru laut sebagai tema baju akad nikah. Kitakan biasa akad putih... suci bersih gitu. Hantaran pihak lelaki tema warna merah di balas dengan warna hijau. Nak kata warna bendera Malaysia pun tak jugak kan.. hmmmm gasak p la. Yang penting majlis ni berjalan lancar.

Nilai Hantaran
Amir Bergambar dengan hantaran

Sofiyya thomel...
Siti pembawa dulang hantaran
Abah mentua sebagai jurucakap majlis

Amir di pelamin tunggu saat diijab qabul
Tok kadi tengah bagi ucapan pape yang patut
Pengantin pompuan tandatangan dokumen perkahwinan

Tengok dari jauh je
Bunga tangan

Tok kadi dah jabat tangan dah...konpem dup dap dup dap
Abah jadi saksi

Close up jabat tangan nak tengok ketar ke tak
Dah sah jadi suami isteri...sarung cincin dulu

Senyum gumbira
Cium tangan suami...
Isteri plak sarung cincin

Kiss awning je la sebab tak nampak dahi
Aii...masam je pengantin

Ummi dan sofiyya
Hantaran untuk pengantin pompuan
Jam tangan utk kekanda

Monday, April 13, 2009

Virus Attack Mataku


Tatau mcm mana boleh terkena virus sakit mata. Sebelum ni pernah la jugak kena... tapi tak la lama. Dalam 2,3 hari je dah baik. Kali ni sampai kena p jumpa specialist. 2 minggu jugak la MC dari 12/09/2009 - 24/09/2009. Pergi buat rawatan kt SJMC (Nasib baik la ofis cover). 

Abang pun kena jugak.... tapi nasib baik sebelah mata je. Pastu tak serius cam aku punya. Sofiyya la kitaorg paling takut berjangkit. So tidurkan asing daripada kami. Dia tido atas katil. Kitaorg tido kat bawah. Seksa la jgk sepanjang 2 minggu tu. Alhamdulillah Sofiyya tak berjangkit pun. Sampai rabun mata disebabkan virus itu.... Lekatnya sampai la ni. 

Kalo Allah nak tarik nikmat yang kita ade... dalam sekelip mata je pun boleh. 

Dua - dua belah bengkak

Memang terhad jarak penglihatan

Yang bengkak tu sebenarnya ada virus yang dah mati. So, kena korek untuk keluarkan. Ni semua Doktor yang buat.