Thursday, September 24, 2009

Perkahwinan - Amir & Farah di Batu Pahat

Persandingan Amir & Farah telah diadakan pada hari raya keempat. So.. memang semua pakcik makcik dan sepupu sepapat balik kampung. Kira rewang sedara mara la ni. Memang meriah. Bila lagik nak kumpul selain raya dan kenduri kendara kan!

Majlis belah lelaki diadakan dulu kemudian dua tiga hari selepas tu majlis pihak pompuan plak. Selalukan majlis pompuan dulu baru majlis lelaki. Tapi itu adat je. Dari segi hukum takde salahnya. Pihak pompuan pun tak free kalo dia nak buat dulu, so drang pilihla weekend untuk majlis sebab family semua ada. Tema kaler kat Batu Pahat ialah warna ijau epal. So kami adik beradik memang pakai kain satu papan la kiranya. Menu seperti biasa kalo belah Johor semestinya nasi beriyani gam.

Sikecit ni nanges plak...
Khemah dah siap pasang...kusi smua pun dah ready. Tunggu orang datang jek

Pacak bunga manggar
Mood tak baik je rini

Dah ceria sket bila dapat mamam
Meja Pengantin tengah dihias

Semua masak sendiri...orang kampung kan
Tapai pulut...sedapnyaaa!!!

DJ bertugas...pun sedara mara jugak
Abang jadik pengapit lagik...haish dah 2 kali ni bang!

Anak-anak dara bergambar di pelamin
Apalah sofiyya citer kat papa tu

Rombongan berarak dari rumah pak ngah
Duk depan pintu gerbang...pintu gerbang ke orang panggil neh?

Raja sehari
Bunting nak suh orang kenal sape punya majlis...

Tengok orang bersilat dulu...
Dah duk kat pelamin

Wan dan nenek
Sama cantik sama padan
Dah puas pengantin duduk, kitaorang pulak
Sampai ke meja makan cik abang melayan
Tengok sofiyya, pantang nampak kerepek
Dah kenyang la tu
Sian abang...sampai sedara mara pengantin pun kena layan sekali kan..
Tuan rumah yang banyak kerah tenaga
Potong kek pulut kuning plak
Bukak mulut besar2 amir!
Ma dengan abah bergambar dengan pengantin
Pengantin pompuan posing
Kasik can ma dengan abah duduk plak
Family pompuan plak

Sedapnya sofiyya mamam
Nak dukung je kejenya... lenguh pinggang ummi ni ha...

Kitaorang plak jadik pengantin
Tengok sofiyya duk mamam nasi beriyani lagi...sedap la tu.

Senyum...
Pengantin bergambar di dalam bilik
Gambar full pelamin

Pengantin bersanggah di rumah mak ngah

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430H/2009M

Salam Aidifitri buat semua.... Rasa blom terlambat kot untuk mintak ampun maaf kalo ade salah silap. Well kali ni kami beraya belah Muar pada raya pertama dan kedua. Raya ketiga baru beraya belah Batu Pahat sebab raya keempat nanti akan ada majlis kahwin amir dan farah yang dibuat di rumah nenek di Batu Pahat. Kira raya pertama bertiga di rumah mentua... adik beradik abang 10 orang so memang meriah la sebab smua balik. Jom layan gambar raya kitaorang.

Sofiyya belajar buai adik... eh dah nak adik ke?
Ummi dan sofiyya berbaju konpem sama kaler
Papa dan sofiyya plak
Nak sepit rambut sofiyya...pasrah aje la yer nak..

Gambar raya family utk tahun 2009...
Alih sofiyya ke tengah plak

Timang tinggi2
Senyummm...sofiyya cam malu2 plak
Apalah dalam mulut sofiyya tu....
Salam dengan mak mentua No. 1
Abang plak

Tengoklah sofiyya....dia takut kat nenek
Ecece...bergaya dengan kasut baru

Sofiyya tepon sape tu?
Arrrghhhh!!!!

Sonot la dapat main kat luar...
Macam orang besar lagaknya... padahal baru 2 tahun
Sepupu sepapat sofiyya...

Cik khir yang suh lompat....
Tahan bas ke tu bang?

Sofiyya dengan pak long
Happy je si kecit ni...

Biasala kan....gambar dia je la..
Ngintai kot tingkap

Malam aktiviti main bunga api la....

Saturday, September 12, 2009

Khairyna Sofiyya - 2 Years

Happy birthday my little princess Khairyna Sofiyya!. Tapi kali ni kitaorang tak celebrate pun sebab masih bz dengan aktiviti pindah rumah...  rumah lama pun sepah, rumah baru pun sepah. Semuanya perlu masa yang banyak untuk mengemas.... aaarrghh satu aktiviti yang akan menyebabkan sinusku makin teruk... huhuhu. Jom tengok pictures sofiyya bila dah usia 2 tahun ni.. :)

Happynya dapat main nih.... Nih kat Mydin USJ

Lari-lari kat umah atuk di Muar

Tak perlu masukkan duit pun sebab sikecit ni penakut

Dengan motor cik aki

Punya la suka menulis... sampai tinggal spender jek... opsss!!

Syoknya tengok tv. Fav movie gang upin & ipin

Gigi dah ade 6 batang walapun dah 2 tahun. Takpe lah...lambat rosak kan!

Posing dalam bilik

Nih ummi yang suh posing, saya ngikut ajer...

Nih tengah test kekuatan tangan kot

Belek2 jari tengok cukup ke tak

Bes fren iman...

Budak kecit kat kampung iman je la yang sofiyya kenal

Main pun sama2 la kan