Sunday, July 4, 2010

Birthday Abang - 29 Years

Kali ni celebrate birthday abang ke 29 kat rumah je.. Tapi blueberry cheese brownies masih ode kat tempat yang sama. Cuma kali ni aku letak edible image. Kira favourite la cheese brownies ni... :)

Ode brownies ni kat sini

Edible image + wording sendiri

Seperti biasa... isi minyak dulu sebelum pape

Sofiyya dah tak sabar

Birthday boy potong kek

Yum yumm

Sofiyya musykil apa yang papa tengah buat

Together gether (Ade ke perkataan nih?)

Suap lagik...sofiyya excited kat tepi

Good!

Sofiyya punya turn plak

Sunday, June 13, 2010

Pertunangan - Radhi & Burn - Muar

Hari ini adik bongsu perempuan Abang akan bertunang dengan pilihan hati orang Felda Kledang Kota Tinggi. Kenal masa aktiviti sekolah. Nih seperti yang empunya diri citer kat aku. Adik ipar aku ni nama dia Radhi dan bekerja sebagai cikgu. Plan untuk majlis akad nikah dalam masa setahun selewatnya2. Tapi belum ada tarikh yang tetap. Jom layan gambar2 tunang Radhi ni. 


Pelamin kakak ipar dan abang ipar yang deco


Hantaran pihak perempuan



Ayah bakal pengantin







Bersama kak mimi a.k.a mak ngah


Mamat yang pandang kemra tu la bakal pengantin







Thursday, March 11, 2010

Siku Sofiyya Terseliuh

Petang tu amik sofiyya kat nursery... masa angkat dia masuk dalam keta, tiba-tiba dia menangis sekuat-kuat hati... aku pelik.. nape tetiba nanges. Aku macam syak ada apa2 yang dia rasa sakit ni bila aku sentuh dia. Dia plak tak nak duduk dalam car seat... nak berdiri je.. so aku letak la dia kat seat belakang sebab aku yang drive.

Sampai umah dia dah diam. Kira macam dah takde apa-apa. Dalam kul 7 petang cam tu, aku terpegang lagik tempat yang dia sakit. Terus melalak-lalak mcm kena apa. Aku dah agak nih mesti ade tempat yang terseliuh. Aku perasan yang masa dia nanges tu aku pegang tangan kiri dia.

So tanya la dia mana sakit... dia tunjuklah tangan kiri dia. Masalahnya tatau sakit kat mana. Terus aku call nursery tanya tukang urut ada kat mana dan citer apa yang berlaku. Nursery pun tolonglah jugak cari kontek untuk aku kalo ada. Aku tepon mak aku kat kampung tanya macam mana, mak aku suh kontek makcik aku kat cheras.

Masa tu abang keje shif petang so takde sapa2 lah kat umah kecuali aku dan sofiyya je. Call makcik aku tanya ada tukang urut tak kat rumah dia. Alhamdulillah makcik aku cakap ada nenek yang pandai belakang umah dia.

Apa lagik trus siapkan sofiyya untuk gerak ke Bandar Tun Razak malam tu jugak. Dah tanya abang, abang kata p je la dua orang. Dia keje nak wat camne. Dalam kul 8 malam gerak dari rumah. Nasib la sofiyya nak duduk dalam car seat dia.

Risau jugak sebenarnya sebab tak pernah berjalan malam berdua. Jauhlah jugak kan dari USJ ke Bandar Tun Razak. Sampai sana dalam kul 9 malam.Sampai je terus makcik aku ajak pegi rumah nenek tu. Kebetulan makcik aku jari kaki dia tersepak apa ntah... so bengkak. Kira dia nak jalan pun susah. Sian jugak kat dia terpaksa menyusahkan dia. Tapi aku lagik kesian pada sofiyya sebab kecit lagik.

Sampai umah nenek urut tu, terus nenek tu sediakan air masak yang dah dijampi untuk sofiyya minum. Tak nak bagi sakit kot.... Memang aku cakap la sofiyya kena minum. Nasib tak banyak songeh.

Cakaplah dengan nenek urut tu yang sakit tangan kiri dia... so nenek tu start urut dari tapak tangan. Tengok sofiyya rilex je masa urut kat tapak. Terus naik ke lengan... ok lagik time ni... pastu ke siku.

Masa kat siku ni lah Sofiyya meraung2 menangis. So konpem la kat siku lah yang terseliuh. Sian tengok dia meraung2 sakit. Try la pujuk2 dia sambil usap2 dia. Padahal masa tu meruntun hati ummi tengok dia kesakitan.

Bila dah betulkan urat tu baru lah sofiyya benti menanges. Dalam 10 minit kot dia nanges. Bila dah sudah, nenek tu balut la dengan kain tak nak bagi masuk angin. Kebetulan memang aku bawak minyak urut sendiri. So sapu sekali la dalam balutan tu. Nenek tu pesan jangan kasik kena air dulu...

Lega bila tengok sofiyya dah tak sakit. Sebelum balik umah, makcik aku suh anak dia belikan pembalut kat watson untuk tukar nanti. Bila dah setel terus balik umah. Sampai umah dalam kul 10:30 malam. Esoknya aku cuti la menjaga si chomel yang terseliuh ni. Bengkak la jugak tangan dia. Tapi bila tengok tangan dah boleh pusing2 macam biasa ok la tu. :)



Tangan masih bengkak

Tapi masih boleh main2 lagik

Close up tangan yang sakit

Terpaksalah pakai satu tangan je

Sunday, February 28, 2010

Putrajaya 2010

Balik je dari Jom Heboh, kitaorang jenjalan plak ke Putrajaya. Bukan tak biasa datang tapi sebab dah takde plan so kesini lah kitaorang. Layan Sofiyya lari2 kat area Masjid Putrajaya.

Budak tecit ni la yang paling sonot
Aii..nape cekak pinggang bang?

Anak dan bapak berlari-larian anak
Plastik memang tak dapat dipisahkan dengan Sofiyya
Belaja jalan meniti
Pistol bubble
Dah tak nak jalan dukung plak

Selsema.... tengah lap hingus... aaacchuumm!