Saturday, January 15, 2011

HeiTech Dinner - Sunway Resort & Spa

Majlis Dinner Heitech 2011 telah diadakan di Sunway Hotel Resort and Spa. Majlis bermula dari pukul 7:00pm hingga 12:00a.m. Tema kali ni ialah ROCK STAR. So semua staff2 kena berpakaian ala rock gitu. Seperti biasa, akan adalah pertandingan fesyen lelaki, perempuan dan couple terbaik.

Lucky draw pun banyak jugak. Tapi malam tu aku kureng luck. So tak bawak balik pape kecuali goodies. Artis yang dipanggil malam tu mesti kena dengan tema la kan... sape lagik kalo tak kumpulan WINGS. Memang headbanging mamat2 ni semua. Macam dah naik sawan memasing. Aku dengan abang biasa2 je melaram sebab tu tak menang pape anugerah. Heheheh..... Sofiyya plak...kitaorang dah pesan kat nursery cakap nak amik dia malam selepas selesai semuanya. Time amik dia tu, memang dah tido la. Jom tengok masing2 punya fesyen. :D

Mekap + Baju semua hakmilik sdn. bhd.

Kat rumah test kemra dulu... hik hik hik

Abang tengah drive. Ujan lebat time ni...

Susunan gambar dah bercampur2. Nih pun sebelum bertolak pergi

Garang tak muka?

Bergaya ala2 rock la gitu

Dah sampai hotel

Banner tema kali ni

Moto ni akan ade gimik masuk dalam dewan
Booklet dinner
Artis HeiTech

No. Meja. Tapi tak bertuah pun

Niza dan ikhwan

Kami bertiga. Memang plan duduk satu meja

Dengan asben la plak

Nurul & Zafiz

Pose manja gitu...

Red carpet stage

Red carpet stage

Artis jemputan Awie & Wings

Memang ramai headbanging time ni
Dah selesai majlis...bergambar kat luar plak
Ina

Nurul dah cabut awal sebab nursery dan memanggil2

Zairul yang berambut palsu

Bergambar di depan lobi hotel

Last pose...heheheh

Tuesday, January 4, 2011

1st Day Sofiyya at Dzul Iman

Hari ni merupakan hari orientasi pelajar2 baru di Dzul Iman. So aku amik cuti hari ni sebab nak bawak Sofiyya register. Pakaikan Sofiyya baju kurung je sebab uniform belum  dapat lagik. Mula2 happy la sebab suasana baru. Kebetulan ada anak jiran, Kak Jus yang sebaya dengan Sofiyya. Aku agak ok la sebab ada kawan.

Bila dah selesai urusan pendaftaran, ada assembly. Time assembly ni Sofiyya tak nak beratur selagi Ummi dia tak beratur sama.. Pulak dah!. Akhirnya Ummi pun jadiklah budak 4 tahun jugak beratur belakang Sofiyya. Nasib ustazah dah suh duduk. Kalo tak akulah gergasi kat assembly tu. Khaireen anak Kak Jus elok plak duduk dalam barisan.

Selesai assembly kena masuk kelas. Kelas sofiyya kat tingkat bawah je sekali dengan budak umur 3 tahun untuk play school. Mula2 hantarlah dia masuk dalam sampai ke kelas. Pastu bawak dia bermain mainan yang ada kat bilik tu. Bila nampak dia dah asyik bermain, pelan2 aku keluar. Tapi dah pesanlah beg dengan botol air dia simpan kat mana.

Ingatkan tak sedar, aku dah sampai kat luar, dia nampak ikut tingkap aku keluar, hah...pakat nanges semahu2nya. Sedih jugak tengok dia menangis2 nak ikut balik. Ustazah dia cakap takpe nanti lama2 dia diam. Nanti pukul 12 datang semula amik dia. Budak2 kalo kat tempat baru memang akan buat perangai.

Dengan berat hatinya aku baliklah umah. Tepat kul 12 aku dah terpacak kat depan pintu. Nampak Sofiyya ok je duduk main dengan budak2 lain. Kira dah berjaya la kot. Tanya ustazah Sofiyya nanges lama tak sepeninggalan aku tadi, ustazah dia cakap kejap je. Lepas dah pujuk dia dah ok. Lega hati ni dengar.


Registration time
Beg Iman lagik besar dari tuannya
Hari ni saya bersekolah kindy 4 tahun walaupun umur saya baru 3 tahun 4 bulan
Kawan sekelas Sofiyya
Nanges budak nih tak nak g school

 

Assembly Ummi pun kena join sekali
Kak Jus pun sama
 


Persembahan budak2 6 tahun
Tak nak masuk kelas
Dah masuk kelas pun nanges jugak

Ustazahlah kena pujuk
Dalam kelas Ummi teman kejap


Saturday, January 1, 2011

Karaoke Di Tahun Baru

Cuti tahun baru 2011, kitaorang takde plan nak ke mana pun sebab pagi tu ada kursus Khalifah Parenting di Dzul Iman sampai lunch. Abis kat situ tatau nak ke mana bagilah cadangan kat Abang untuk pergi karaoke kat New Box KTV USJ 19 Mall. Abang pun setuju memandangkan dah lama jugak kitaorang tak pergi asah suara. Amik pakej lunch untuk Sabtu selama 3 jam. Sofiyya pun siap nyanyi lagu yang tau. Tapi bukan versi karaoke la. Saje2 suruh dia nyanyi guna mike. Dia pun  nampak excited sebab tiba2 suara jadik kuat.

Suasana bilik yang sesuai untuk 5 orang. Ekon pun sejuk
 

Nyanyi penuh perasaan. Tapi aku boleh nyanyi sambil duduk....hehehe
 


Tapi Abang nak nyanyi kena berdiri nanti tone tak sampai


Bagi Sofiyya nyanyi pulak



Friday, December 31, 2010

Khairyna Sofiyya - 3 Years

Jom layan gambar2 Sofiyya yang berumur tiga tahun. Nih kira gambar sepanjang tahun yang aku kumpul2 dan tempek kat sini.

Minah rempit ke ni?
Pandai ke main organ?

Jadik princess...siap dengan earings
 

Muka frust
 

Sofiyya tak gayat. Sampai abis tangga dia panjat.
Tertido sebab menunggu angah tak sampai2 nak tunjuk kasut baru