Saturday, March 12, 2011

Perkahwinan - Persandingan Radhi & Burn - Muar

Minggu ni kitaorang balik Muar lagik. Kali ni baru majlis bersanding pihak perempuan. Aku amik cuti satu hari minggu ni. Minggu depan belah lelaki pulak kat Felda Kledang. Tapi rasanya kitaorang tak join sekali rombongan sebab dah banyak amik cuti. 

Menu kenduri yang biasa di Johor mesti tak dapat dipisahkan dengan nasi beriyani. Tapi kenduri kali ni takde la buat beriyani gam. Beriyani biasa je. Siap dengan cendol.

Setiap kali kenduri mesti ada kaler tema kan. So Cik Radhi dah siap2 belikan kain untuk kitaorang semua supaya sedondon je satu family. Baju plain warna beige dan kain corak biru. Bayarlah sket kat pengantin. Dah la dia pun dah kuar banyak duit. Baju plain tu aku mintak sepupu aku kat Terengganu untuk sulam labuci. Kira kenalah kan untuk majlis kahwin meghelip gitu. 

Meriahlah jugak majlis ni sebab ramai sanak saudara dijemput. Lembu, ayam, udang semua ada. Adik beradik semua tolong sponsor. Kali ni aku yang jadik kemramen sebab Abang busy dengan tugasan mengemas dan mencuci.

Cendol sedappp!!. Cuaca panas memang inilah penghilang dahaga

Buat khas untuk pengantin baru sebagai tempat potong kek



Abang jadi tukang kemas dan tukang cuci








Nak jumpa pengantin wajib bayar tol dulu






Dari celah tingkap aku snap gambar Abang yang sibuk mencuci pinggan








Silat diadakan sewaktu makan beradab


Tengah suapkan cendol kat Sofiyya.

Sesi bukak hadiah dengan anak2 sedara


Sunday, March 6, 2011

Perkahwinan - Akad Nikah Radhi & Burn - Muar

Majlis akad nikah adik ipar aku, Radhi berlangsung pada 6 Mac 2011. Oleh kerana majlis hari ahad so aku amik la cuti 1 hari pada keesokan harinya. Tak kan nak terus balik lepas majlis kot. Sebagai anak lelaki, Abang mesti nak tolong kemas apa2 yang patut.

Sofiyya plak tiba2 je demam dan muntah2. Masa kat rumah ok je. Bila sampai kampung terus demam. Aku suspek dia muntah sebab dia tak makan pape hari tu. Dah tanya untuk makan tapi tak nak. Sibuk main je. Ramai kawan kalo kat kampung. Tu yang perot masuk angin. Akhirnya terbaring je sebab muntah banyak sangat. Minum atau makan je muntah. Bawak jugak pergi Klinik kat Parit Jawa, tapi biasalah ubat mana sedap nak minum. Last2 sapu minyak Mestika tu kat perot dia. Baru nampak lega dan boleh tido.

Kenduri ni masak secara rewang. Rewang tu bahasa orang Jhaawa..(baca biar tebal sket bunyinya). Maksudnya gotong royong. So kali ni masak nasi putih dengan lauk pauk je. Minggu depan baru kenduri betul sekali dengan sanding.

Malam sebelum akad nikah...terpaksa mintak tolong mak ngah urutkan kaki
Kena paksa minum air untuk ganti balik air yang keluar
Hari majlis nasib baik dah sihat sket
Pelamin design by Pak Mid merangkap abang ipar aku
Hantaran belah pompuan


Wajib tanya pengantin pompuan setuju ke tak setuju



Pengantin lelaki mesti tengah dup dap dup dap nih


Akad tengah dijalankan
Alhamdulillah...dah sah suami isteri
Hantaran suami untuk isteri. Burn ni memang peminat oren macam Zahid.
Baca lafaz takliq
Belah Johor memang akan ada lafaz Sakinah di mana suami memegang ubun2 isteri sambil membaca doa untuk zuriat yang baik
Serah wang hantaran



Lafaz penyerahan ibu kepada suami. Sedih sangat time ni. Masa aku dulu pun esak2 jugak



Renjis merenjis dipilis



Family belah lelaki    
Bersama kakak2 ipar
Cik Radhi dan anak2 buah