Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 1433H/2012M - Batu Pahat

Raya ketiga kitaorang beraya belah Batu Pahat pulak. Seperti biasa, lokasi beraya kami sampai ke Simpang Renggam dan Ayer Hitam. Tapi banyak rumahlah yang menyinggah antara tu. Semua berpakat pakai baju melayu complete dengan sampin walaupun dah raya ketiga. Yelah baru nak berjalan rayalah katakan. Ma dan Abah pun baru sampai dari Terengganu Raya Kedua. Kira Ma dan Abah beraya kat Terengganu dulu tanpa anak2.

Abang BALIK SEMULA ke Johor pada raya keempat. Patutnya abis keje raya ketiga tapi sebab abis dah lewat petang so esok je la balik sebab penat nak berjalan malam sengsorang. Selisih pulak dengan rombongan kitaorang yang nak ke Melaka ziarah adik arwah atuk kat sana. So apalagi terus balik rumah Seri Menantilah jawabnya. 

Asyadeya dan atuk

Raya ketiga bertema hijau pucuk pisang

Asyadeya dan Nenek

Melantak je kejenya raya nih





Siap melaram dengan high heel. Nak sangat sebenarnya..


With my beloved mum

Asyadeya pun happy dapat duit raya
Tokey nak bagi ghete
Masing2 dah besar panjang pun konpem dapat duit raya selagik tak keje.
 


Our big family

Masing2 bangga walaupun dapat singgit. Susah tu sebab dah besar panjang
 

Dah tukar uniform.. Gaya cam model...
Asyadeya pun sama
 

Kat rumah Mak Andak

Busu dan Pak Usu
 


Seperti tahun2 lepas... bergaya depan cermin

Raya Keempat di Melaka


Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri 1433H/2012M - Seri Menanti


Aidilfitri tahun ni raya pertama di Seri Menanti. Belah Batu Pahat akan beraya pada hari raya ketiga. Cuma tahun ni Abang sempatlah beraya dengan kitaorang pada raya pertama je. Sebab petang raya pertama tu Abang terpaksa balik ke KL kerana berkhidmat untuk negara. Kena standby time orang lain cuti raya la tu. Baju melayu pun recycle tahun lepas punya je. Tapi oklah sempat beraya bersama jugak walaupun sekejap je.

Raya pertama kitaorang tak kemana2 pun. Duduk rumah je tunggu tetamu datang. Raya kedua baru berjalan sampai ke Rengit dan Sri Gading. Kitaorang berdua je la beraya bersama2 dengan ipar duai dan mentua. Petang raya kedua aku balik ke Batu Pahat. Ma dengan Abah datang beraya ke rumah besan bersama Busu dan family.

Raya kelima kitaorang balik semula ke Seri Menanti sebab Abang dah dapat cuti. Hari ni lah baru Abang nak beraya. Beraya dekat2 je area Muar. Esoknya raya Keenam kitaorang ke Pontian, Ulu Tiram dan Kota Tinggi. Banyak buah rumah jugaklah singgah. Dari pagi keluar rumah sampai lewat malam baru sampai rumah balik. Jauh perjalanan pusing satu Johor. Abanglah kesian sebab dia jadik driver.  Fuhh... memang raya sakan. Banyak jugaklah Sofiyya dapat duit raya tahun ni. :D


Kami bertiga di raya pertama
Abang gaya dah macam bersanding je

Nih bukan Sofiyya yang amikkan, pakai tripod.

Muka Sofiyya dan terpaksa senyum sebab banyak sangat amik gambar

Semua beratur nak mintak duit raya
 


Sofiyya pulak dapat duit raya dari Papa
 

Family Abang Uda pun sama color dengan kitaorang

Beraya tanpa papa di hari raya kedua
 

Raya kelima papa dah balik untuk raya bersama

 

Beraya di Kota Tinggi pada raya keenam.
 


Sunday, August 12, 2012

Iftar JW Marriot 2012

Bukak posa hari ni IR Amir belanja makan. Dia suh aku yang pilih tempat untuk berbuka. So aku survey kat Internet kat sini nampak menarik. Tu yang aku pilih JW Marriot Bukit Bintang. Makanan dia pun banyak variety dan sedap. Dalam RM6+ sorang untuk buffet.

Nak booking kat pool tapi dah fully booked plak. So duduk je la dalam dewan. Kat dewan ni senang kalo nak solat sebab ada surau dan toilet kat level yang sama. Kira kalo nak berbuka dengan minum air pastu nak g maghrib dulu pun boleh. Siap ada kambing golek. Yang ni lah orang duk terkam dulu. Aku tak heran pun sebab memang tak makan mmmbeeekkk. :D

Kitaorang dari pagi lagik dah kuar pegi shopping kat Jalan TAR dan Sogo. Tapi park keta kat Sentul pastu naik Star nak ke Sogo. Tak kuasa aku nak bersesak2 dengan keta time bulan posa camni. Konpem jem. Kat sogo cari baju raya Abang, Sofiyya punya dah beli lagik awal. Aku plak cari broach dan tudung kat Jalan TAR. Nasiblah Abang dengan Sofiyya kena follow aku shopping. Pasrah je la. Hehehe. Asben korang sporting tak cam asben aku? :P

Family Amir
Sofiyya amik gambar
Our Family
Licin licau

Asyadeya yang chomel

Sunday, August 5, 2012

Buttermilk Roast Chicken

Tak abis2 dengan buttermilk eh.... sayang punya pasal. Selagik boleh dibuat resepi2 lain konpem aku akan cuba. Nih balance buttermilk yang sama aku buat BUTTERMILK CHOCOLATE CUP CAKES. Resepi asal dari BLOG ni. Jom survey apa bahan2 yang digunakan.

Ingrediants

2 cups buttermilk
5 garlic cloves, peeled and smashed
1 tablespoon table salt
1 tablespoon granulated sugar
1 1/2 teaspoons paprika, plus extra for sprinkling (aku pakai serbuk kari jek sebab paprika takde)
Lots of freshly ground black pepper
2 1/2 to 3 pounds chicken parts
Drizzle of olive oil (aku pakai mentega)
Flaked or coarse sea salt, to finish


Method:

1. Whisk buttermilk with garlic, table salt, sugar, paprika and lots of freshly ground black pepper in a bowl. 
2. Place chicken parts in a gallon-sized freezer bag (or lidded container) and pour buttermilk brine over them, then swish it around so that all parts are covered. 
3. Refrigerate for at least 2 but preferably 24 and up to 48 hours.
4. When ready to roast, preheat oven to 425 degrees. Line a baking dish with aluminium foil. 
5. Remove chicken from buttermilk brine and arrange in dish. (aku masukkan sekali kuah buttermilk sebab nak suh basah)
6. Drizzle lightly with olive oil, then sprinkle with additional paprika and sea salt to taste. 
7. Roast for 30 minutes (for legs; approximately 35 to 40 for breasts), until brown and a bit scorched in spots. Serve immediately. (Seperti biasa aku guna microwave dengan mood grill selama 10 minit)

Roast chicken masih berendam dalam kuah buttermilk
Dah boleh ngapp...sedap jugak rasanya


Friday, August 3, 2012

The Street Cafe Sunway Pyramid

Hari ni memang dah survey dulu nak bukak posa kat mana. Ramadhan tahun ni aku betul2 gigih menyediakan masakan sahur dan berbuka. So hari ni hari malas dan mood nak makan luar tu meluap2. Kebetulan hari tu masa siri JJCM Abang nampaklah restoran korea yang halal kat Sunway Pyramid ni. Nama tempat tu ialah THE STREET CAFE.

Kitaorang ode Kimchi sebab tak pernah rasa dia camne. Sedap jugak dengan rasa pedas dan masam manis dia. Pastu tambah lagik Raboki Cheese. Yang ni pun sedap jugak tapi kalo orang tak suka cheese maybe tak boleh masuk sebab rasa cheese dia memang kuat jugak. Lemak berkrim dengan sos tomato. Untuk Sofiyya kitaorang ode fries dengan roti gulung yang ala2 kebab. Aiskrim dia pun sedap jugak. Must try this!

Menu untuk Sofiyya. Kebab ayam dan fries
Kimchi
Cheese raboki