Monday, December 31, 2012

Khairyna Sofiyya - 5 Years

Seperti biasa, aku akan kumpulkan semua gambar2 Sofiyya sepanjang dia berumur 5 tahun. Menda ni semua akan jadik kenangan untuk kitaorang bila dia dewasa nanti. Fuhh...cam dah tak sabar je untuk terima menantu. :P

Awal tahun masih pakai dypers kalo nak yak
Dah pandai guna water color

Lepas mandi berselubung
Dah kena bergelumang dengan homework



Merajuk kat Sunway Pyramid
 

Mamam di Nasi Lemak Warisan Opah
 

Pose majuk yang tak nanges
Pakai rambut palsu
Breakfast dulu sebelum jenjalan
Iman kawan baik kalo balik Seri Menanti
Merajuk pun dengan Iman jugak kat The Chicken Rice Shop
Peberet masih lagi teh ais
 


Dalam DIY Summit
Pagi2 dah berangan dan amik gambar sendiri
Mamam kat Nando's
Tunggu Ummi balik kerja kat JPN Putrajaya
 


Best fren dengan Asyadeya
Sessi Potong rambut kat Salon
OTW nak g skul untuk sambutan aidilfitri
Kat Masjid Selat Melaka
Sebelum pergi beraya
Penat melayan tetamu selepas celebrate birthday
 


Berbuka puasa di Restoran Upin & Ipin Shah Alam
 


Masih minum susu botol
 




Tuesday, December 25, 2012

Bukit Gambang Resort City 2012 - Day 2

Hari kedua di BGRC. Hari ni dari pagi hujan je. So lepas breakfast kitaorang balik bilik kononnya nak pegi theme park bila hujan dah benti. Tapi bila tengok langit mendung je so memang tak kan benti lah hujan ni. Redah je la walau pun hujan sebab nak main air pun nanti basah jugak. Masa tu dh pukul 11:30 pagi.

Dari Arabian Bay Resort, kitaorang naik Tram (macam bas la bentuknya) untuk ke theme park dengan harga RM2 untuk seorang dewasa. Jaraknya takde la jauh sangat dalam 1 KM je dari resort. Tiket boleh dibeli di kaunter di lobby hotel. Harga tiket theme park untuk dewasa RM 23.90 dan kanak2 lebih 90cm ialah RM 16.90.

Banyak permainan kat dalam theme park ni. Walaupun hujan lebat pengunjung yang datang ke theme park ni ramai jugak. Tapi aku tukang amik gambar je la. Sofiyya dengan Abang je yang main. Almaklumlah bendera merah melanda. Sebenarnya plan pergi waktu ni kononnya kalo dah pregnant boleh lah main air. Tapi rupanya masih belum rezeki kami sekeluarga.

Duduk main air kat sini sampailah Sofiyya dah menggigil kesejukan dan tertido. Dengan hujan lagik memang menambah kesejukan. Aku pulak lupa nak bawak baju untuk salin Sofiyya. Terpaksa beli T-shirt untuk si chomel tu kat kedai sourvenir. Kalo tak konpem lagik sejuk kalo balik dengan swimming suit.

Nak balik hotel kami naik tram sekali lagi. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket di theme park. Oh ya.. lupa aku nak citer. Nak masuk sini kena siap2 beli kupon untuk beli makanan dan minuman kat dalam. Makanan dan minuman luar haruslah tak boleh bawak masuk. Kecuali korang terrer nak sumbat nasi goreng dalam plastik ke...hahahha. Tapi drang check beg masa nak masuk dalam. Tak boleh terkantoi la. Kupon ni boleh refund kalo tak abis guna kat kaunter tiket.

Petang tu kami bantai tido je kat hotel memandangkan hujan je sepanjang hari. Malam tu Abang pegi dinner dengan Sofiyya kat restoran hotel. Kata Abang RM 35 seorang untuk buffet. Sofiyya nasib baik tak kena caj. Dukung punya citer...hehehe. Aku plak baring dalam bilik sebab perot tak selesa. Ala2 nak kena CB jek.

Esoknya lepas breakfast, kitaorang kemas2 terus check out dalam pukul 11 pagi. Sepanjang perjalanan balik ke KL dari Kuantan, hujan je sepanjang jalan. Masa ni kat Kuantan dah banjir. Aku harap highway LPT ni takde lah tempat yang banjir. Alhamdulillah Kitaorang selamat sampai ke USJ dalam pukul 3 petang.

Main gelongsor dengan papa



Nak turun sendiri takut... so papa kena tunggu kat bawah

 









Lapar... mamam dulu


Sofiyya takut nak mandi air terjun



Kat Coco Beach. Time ni air dia tengah berombak
Lagik belakang, lagik dalam


 





Dah tertido pun sementara menunggu ummi pergi beli t-shirt
Dah sampai bilik pun tak nak bukak tag lagik



Monday, December 24, 2012

Bukit Gambang Resort City 2012 - Day 1


Cuti Krismas kami bercadang ke Bukit Gambang Resort City (BGRC). Sebenarnya hari ahad  23/12/2012 kami ada kenduri di Taman Pertanian Jubli Perak, Kuantan. Kenduri ni merangkap sepupu kepada Abang dan pakcik sedara kepada aku. Kitaorang ni kan keluarga 69. Pusing2 memang sedara mara pun. :D.

Seperti biasa, tempat aku booking hotel ni adalah melalui AGODA. Kitaorang stay selama 3 hari 2 malam dengan harga RM 3++ di Arabian Bay Resort. Sekali dengan breakfast untuk 2 orang selama 2 hari. Itu pun setelah guna point Agoda sebanyak RM70. Jimat sket lah.

Gambar dengan pengantin pun tak sempat amik. Lagi pun masa tu pengantin busy dengan kengkawan dia. Kitaorang jumpa ramai la sedara mara kat sana. Ma dengan Abah pun datang dari Terengganu tapi balik hari je. Lepas balik dari kenduri, Abang ajak singgah rumah kawan dia kat Kuantan.

Dari sana gerak ke hotel dah pukul 5 petang. Sampai hotel pukul 5:30 petang. Ingatkan dah sampai hotel lewat, bilik dah ready. Rupanya kena tunggu lagi sampai 6:30 petang. Memang hangin la aku dengan Abang. Kakitangan hotel cakap bilik tak siap sebab ramai check out lambat. Aku pahamlah cuti sekolah tapi patutnya pengurusan tu reservelah untuk tetamu yang tiba hari ni. Ramai jugak yang menunggu sebab bilik tak siap. Yang datang walk in pun ramai. Nampak macam tak terurus plak hotel ni. Tak sama macam rate hotel yang diberikan.

Dah la masa nak check in tu, bila sampai je turn aku staff dia cakap "Boleh tunggu kejap tak? Saya tak tahan ni.. nak pergi toilet jap". Aii.. aku punya tunggu dia tak kira ke dah lama berdiri kat situ? Terus aku tukar pegi kaunter lain. Nasib la staff yang lagik sorang ni ok. Abang yang tunggu dalam keta sampai kuar ke lobby sebab lama sangat.

Malam tu kitaorang p indoor games. Tapi takdelah sebesar Genting dan taklah semahal Genting. Boleh kira je mainan dia ada berapa. Bawaklah Sofiyya main2 kat sini. Ada jugak kereta kuda kalo nak naik. Tatau berape rate dia sebab tengok ramai jugak yang menunggu. 

Singgah rumah kawan Abang. Zamil namanya

Pintu masuk Arabian Bay Resort
Deluxe Room.

Toilet takde bath tab

Patut budak2 je naik. Tapi ummi teman Sofiyya sekali
Bas pusing2 belum gerak. Sofiyya ok lagik masa ni.
Bila bas dah gerak terus jerit suh pegang botol air dia kuat2 takut jatuh
Sofiyya belajar main bowling
Abang siap betulkan urat


Thursday, December 13, 2012

Red Velvet Cup Cakes Kak Norro

Kak Norro ofismate aku telah request red velvet cup cakes. Katanya untuk bibik dia bawak balik Indon. Wah...hebat aku punya red velvet, dalam Malaysia pun belum glamer dah sampai ke Indon gitu. Hehehe. Kak Norro order 25 cups saiz M untuk bibik dan 6 cups saiz M untuk family dia. Kalo nak tengok resepi boleh tengok kat SINI.