Tuesday, January 7, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 4

Sambungan dari ENTRY lepas....

7 Januari 2014

Pukul 6 pagi Khalish terjaga. Sebelum tu last bagi susu pukul 12 malam. Suhu ekon malam tu memang sejuk sangat sampai ke tulang. Bila Khalish dah bangun terus aku susukan dia. Lepas je selesai susukan, burpkan dia. Dah elok burp tu aku baringkanlah dia dalam infant warmer. Tiba2 je Khalish muntah dengan banyak. Aaa...sudah! Rini patutnya discaj kalo takde apa2. Bila dah muntah banyak abis terkena baju. Nak tukar baju dia kena melalui line yang baru buat petang semalam. Yang ni memang aku tak berani buat sendiri. Kebetulan selepas Khalish muntah nurse datang untuk check suhu dan amik bp.

Terus mintak tolong nurse tu tukarkan baju dan inform dia Khalish muntah banyak. Nurse tu cakap nanti dia inform pada Dr. Nurse tu cakap perot Khalish macam kembong. Lepas tu Khalish dah start nangis. Bukan nangis sebab nak tido, tapi sebab kembong. Macam mana kitaorang perasan sebab bila nangis kaki dia tersentak2. Bila urut betis pun masih tersentak2 walaupun bila check perot takde lah keras sangat. Punahlah segala harapan untuk discaj hari ni.

Pukul 8:30 pagi Dr dah buat ward round. Check Khalish memang kembong. Terus Dr Ganesh minta kitaorang dipindahkan semula ke wad HDU. Berkampunglah kitaorang kat sini lagi. Masa ward round tu dengarlah masing2 duk discuss apa plan seterusnya selepas dah selesai rawatan yang disebabkan jamu tu. Dengar2 diaorang nak buat biopsi dan kena buat wash out. Hmm... apa kebendalah washout tu. Hati ni memang lah duk risau bila dengar macam2 rawatan lagi untuk Khalish.

Maka kami berpindah pulak masuk ke HDU. Khalish disuruh berpuasa semula. Last aku bagi susu sebelum dia muntah tu lah iaitu pukul 6 pagi. Teringat peristiwa Sabtu lepas bila Khalish kena berpuasa dan aku menangis. Ingat takkan melaluinya lagi. Dalam HDU, Khalish diberi semula drip air dan ubat2an. 

Pukul 9:30 pagi nurse datang amik Khalish dan bawak ke bilik rawatan. Katanya untuk buat WASHOUT atau pun dalam bahasa yang senang cuci usus. Bila cuci usus ni, Khalish perlu dibekalkan dypers dan baju bersih. Aku tanya lah nurse washout ni sakit tak. Nurse cakap washout ni tak sakit dan baby pun tak menangis. Legalah bila mendengar proses ni tak menyakitkan. Pukul 10 pagi Khalish dipulangkan semula kat aku. Memang betul tak sakit agaknya sebab aku tak dengar pun Khalish meraung. Bilik rawatan tu berhadapan dengan HDU je.

Pukul 10:30 pagi nurse datang lagi untuk amik Khalish. Katanya nak bawak Khalish pergi ultrasound kat bangunan sebelah. Hmm...dah macam2 Khalish kena lalui ni. Nak pergi sana Khalish pun perlu dibekalkan dypers bersih beberapa keping. Sambil tu Khalish menangis nak susu. Lagipun perot dia dah totally kosong disebabkan cuci usus tadi. Nurse yang baik hati bagilah Khalish 'susu' sambil letak atas puting nak bagi dia tenang. Memang bila terasa manis tu terus Khalish hisap puting.

Sebenarnya nak follow nurse tu tapi ntah kenapa mulut ni berat pulak nak bertanya. Kalo tak, boleh tengok apa yang berlaku melalui ultra sound tu. Last2 duduk je lah menunggu kat HDU tu dengan hati yang runsing. Berdoa semoga Khalish takde apa2 yang abnormal. Dalam pukul 11:30 pagi nurse dah pulangkan Khalish semula. Tanyalah nurse result ultrasound macam mana. Nurse cakap result ultrasound semua normal dan pakar ultrasound inform Khalish dah boleh minum susu tanpa perlu berpuasa. Tapi nurse tu cakap tunggu Dr surgical bagitaulah macam mana nanti. Alhamdulillah...memang aku mengharapkan begitu. 

Pukul 2 petang bila Dr buat ward round, tetiba Khalish menangis. Terus inform Dr Ganesh yang ketua ward round masa tu yang Khalish menangis sebab lapar. Dr Ganesh ni nampak baik dan kesiankan budak2. So dia cakap berilah Khalish bf tapi dalam masa 5 minit. Aku apa lagi terus dukung Khalish dan susukan dia. Lepas 5 minit terus tarik puting. Khalish meraung lagi sebab belum kenyang. Kebetulan Dr Ganesh masih ada kat situ. Dia pun datang dan bagitau untuk bf Khalish sampai kenyang tapi aku kena kontrol jugak tak nak bagi perot dia terkejut. Aku terus senyum meleret...Khalish tak perlu berpuasa lagi.

Dr Ganesh inform yang washout ni perlu buat 2 kali sehari. Pagi dan malam. So nanti aku perlu belajar buat sendiri kat rumah. Esok aku akan belajar dengan nurse cara2 nak buat washout. Rectal biopsy akan dibuat pada hari Jumaat. Kalo semua ok, sabtu atau ahad boleh discaj. Washout ni bertujuan untuk membantu baby untuk bersihkan usus dia sekiranya dia tak dapat membuang kesemua najis dengan sendiri. Pemerhatian aku pada Khalish rasanya dia tak mempunyai masalah untuk membuang sebab dia membuang dan kentut setiap hari. Cuma tiap kali membuang jumlahnya berbeza. Ada yang banyak dan ada yang sikit. Bagi Dr yang sikit tu seolah2 tak patut berlaku. 

Malam tu nurse datang lagi amik Khalish untuk buat washout. Nurse inform Khalish senang bila buat washout tak perlu tunggu tarik syringe dah keluar najis bila cucuk dengan CATHETERS. Untuk berat Khalish, 60 ml saline perlu dimasukkan ke dalam usus. Catheters yang digunakan bersaiz 8. Selepas buat washout perot Khalish akan kempis dan najis pertama yang keluar selepas washout akan berwarna dark green. 

To be continued.....

Khalish sewaktu berpuasa dihari keempat di hospital



Sunday, January 5, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 3

Sambungan dari ENTRY lepas...

5 Januari 2014

Pukul 7:30 pagi akhirnya Dr Najwa datang dan beritahu yang Khalish tak perlu berpuasa dah. Tapi masih kena control untuk beri susu pada dia. Dr Najwa minta aku bf Khalish selama 5 minit sahaja setiap setengah jam. Apa lagi...bagai pucuk dicita... tetek pun dah penuh sumbat terus dalam mulut dia. Seronok tengok Khalish sebab akhirnya dia dapat menyusu walaupun 5 minit. Yang ni pun kena buat carta. Lepas je 5 minit terus aku tarik puting. Khalish macam nak nangis tapi lepas pujuk dia diam. Then 1/2 jam kemudian beri lagi. Kiranya dia akan rasa kenyang jugaklah. Drip dia dah dikurang sedikit demi sedikit dari 20ml ke 10ml mengikut kekerapan penyusuan. Sambil2 tu monitor jugak dia punya berak dan perot.

Hari ni ward round sesi pagi lambat sebab weekdend. Petang pulak bila Dr tengok Khalish berak dan kentut macam biasa dan perot dia tak kembong lagik, terus Dr cakap bagi dia bf by demand. So dah boleh minum macam biasa. Ubat masih jalan lagi sebab perlu habiskan antibiotik. Drip air pun masih masukkan lagi sebanyak 10ml.

Hari Kedua di HDU


6 Januari 2014

Ward round hari ni bermula awal pukul 8:30 pagi. Hari ini ada pakar pediatrik Dr Ganesh datang sekali. So bila dia tengok perot dan berak Khalish semua ok, dia mencadangkan supaya kalo semua continue normal, then esok dah boleh discharge. Dengar boleh discharge memang lega sangat2. Hari ni jugak kami dipindahkan semula ke wad biasa yang share seramai 4 orang. Wad biasa ni jauh sikitlah dari nurse. Ubat masih continue seperti biasa. Kesian Khalish... dah macam2 ubat masuk dalam badan dia. Air kencing pun bau ubat tau! Drip air memang dah diberhentikan sebab dah boleh fully bf. 

Petang tu bila aku belek2 tangan Khalish, nampaklah macam ada stain darah yang melekat dekat kapas pada line tangan kanan dia. Pastu terfikir, agaknya drip dia ni dah bocor kot. Kebetulan nurse datang untuk masukkan ubat yang baru terus mintak dia check. Bila dia check betul rupanya line dia nih dah bocor. Nurse tu cakap bila jadi macam ni selalunya akan buat line baru. Laaa....kesiannya Khalish nak kena cucuk lagi cari line.

Kejap lepas tu nurse amik Khalish bawa masuk bilik rawatan. Dari dalam bilik dengarlah Khalish meraung2 sakit. Aduhhh... sedih hati ni dengar. Lama pulak tu. Dr ni agaknya terpaksa buat kering hati tanpa ada perasaan kot bila baby menangis. Kalo tak, keje drang mesti tak setel. Aku pulak tak senang duduk. Rasa nak masuk jenguk je dalam bilik rawatan tu.

Akhirnya nurse bawak Khalish keluar dari bilik rawatan. Khalish dah diam dan tido. Nampak mata dia bengkak sebab banyak nangis. Aku tanyalah dah setel ke? Korang tau apa nurse tu cakap "Belom lagi sebab Dr Houseman yang buat tak dapat cari line walau dah cuba kat dua2 belah kaki. Bila dah lama sangat cuba tak dapat, so Dr Houseman ni dah takut sebab Khalish nangis tak berhenti2. Lepas ni dia akan mintak bos dia yang buat line tu". 

Apa perasaan korang masa ni agaknya? Nak hempuk ke tak nak Dr tu? Kalo dah tak pandai, tak payah lah cuba. Kesian Khalish sakit je dapat. Linenya tak setel jugak. Khalish jadi tempat ujian untuk Dr Houseman tu untuk test kebolehan dia agaknya. Mentang2lah baby baru 20 hari tak mampu berbuat apa2. Tu yang berani nak cuba agaknya. Kalo budak yang boleh meronta2 tu konpem tak berani. Patutlah aku perasan ada banyak titisan darah kat kain bedung Khalish. Bukak kain bedung Khalish dan check kaki dia memang dua2 belah ada tampal plaster.

Tak lama lepas tu nurse datang amik Khalish lagi. Katanya bos Dr Houseman tu dah ada. Aku tanyalah MO lelaki ke perempuan, dia cakap lelaki. Harap2 kali ni berjayalah... kesian Khalish. Dengarlah Khalish meraung tapi tak lah seteruk tadi. Kejap je nurse tu dah pulangkan Khalish balik. Aku tanya lah dah ok ke? Nurse tu jawab "Ha...sekali je Dr cucuk terus dapat buat line". Alhamdulillah...lega aku dengar. Kali ni bukan kat kaki sebab kaki dah tak boleh buat gara2 Dr Houseman tu la. Line baru kat area pelipat siku tangan kanan jugak. Tangan kiri pun dah tak leh usik sebab amik darah untuk check glukos kat situ. Bayangkan baby 20 hari dah penuh dengan plaster kat kaki tangan. Kesimpulannya lepas ni aku tak nak Dr Houseman sentuh Khalish lagi!

Malam tu Dr Fitri yang bertugas oncall. Kitaorang dah plan nak tido dia datang jenguk. Nasib baik lah belum bentang apa2 lagik. Dia check perot Khalish tengok dah tak kembong. So dia cakap kalo ok esok dah boleh discaj. Gembiranya hati bukan kepalang.

Hari Ketiga di wad biasa

To be continued....

Saturday, January 4, 2014

Khalish Masuk Hospital - Episod 2

Sambungan dari ENTRY lepas...

4 Januari 2014

Bila dah masuk wad, macam2 rawatan yang Khalish kena lalui. Wad 6PB untuk Pediatrik Selepas Pembedahan. Kenapa kitaorang kena masuk sini, jangan tanya aku sebab aku pun takde jawapan. Doktor yang oncall malam tu buat lawatan yang pertama dalam pukul 5 pagi. Perkara pertama yang diaorang bincang ialah berkemungkinan kena penyakit HIRSCHSPRUNG. Sebabnya bayi baru lahir dan tatau organ dalaman dapat berfungsi dengan baik atau tak.

Dr oncall malam tu ialah Dr Ihab dari Sudan dan Dr Junaidah. Dr Ihab periksa perot dan mukanya nampak riak risau bila tengok kekembungan perot Khalish. Aku yang nengok raut wajah dia ni lagiklah risau. Dr Ihab minta kebenaran untuk cucuk jari kelingking dia dalam bontot Khalish. Dia cucuk je terus tersembur najis beserta dengan kentut. Khalish nangeslah sekuat hati sebab sakit. Bila Dr Ihab keluarkan jari dia nampak secalit darah kat jari dia. Dalam hati aku cakap...hmm sampai berdarah dia cucuk. Khalish masih meraung lagi. Kitaorang tukar dypers dia sebab dah penuh dengan najis yang sebelum tu. Sambil tu Khalish nanges sebab lapar nak susu tapi kena berpuasa.

Bila Dr dah pergi, nurse plak datang nak amik Khalish bawak masuk bilik rawatan. Katanya nak amik darah untuk ujian dan masukkan tiub untuk buang angin dari dalam perot. Dari wad, memang kedengaran Khalish meraung2 kat bilik rawatan. Aku yang dengar ni memang terasa sadis tapi nak buat macam mana. Dah namanya nak buat rawatan.

Nurse bawak je Khalish keluar dari bilik rawatan, dia dah diam dan tido. Mungkin penat sebab banyak sangat menangis. Dah siap terpasang tiub masuk dalam hidung dengan botol yang isinya nanti cecair dan gas dari dalam perot.

Kesian tengok, baru 18 hari dah ade wayar yang cucuk dalam hidung

Muka merah sebab banyak sangat menangis

Masa duduk dalam warmer tu beberapa kali jugak lah Khalish terbangun dan nak susu tapi kami terpaksa tenangkan. Tapi si kecit ni tau apa lah sangat. Yang dia tau menangis sebab lapar. Walaupun ada masuk air, tapi mulutnya tak terasa susu. Sebab tu masih menangis. Aku perasan Abang pun menitik air mata melihatkan Khalish menangis sebab lapar susu. Aku pulak jangan citerlah... tetek memang dah bengkak dua2 belah sebab susu dah penuh.

Masa tu memang mengantuk tapi terpaksa tahan walaupun dah semalaman kitaorang berjaga. Dalam wad tu kiranya ada aku, Abang dan Ma. Bertahan sebab kesian tengok Khalish menangis kelaparan. Bila dah pagi, Dr yang buat rondaan by group ni pun bertanya soalan yang sama macam Emergency. Last2, diaorang decide supaya kitaorang masuk ke HDU (High Defensive Unit) untuk kawalan lebih rapi. Berpindah randahlah kitaorang.

Di HDU, Khalish diberikan beberapa jenis ubat termasuklah antibiotik. So line dia tu dah bercabang dua untuk air dan ubat. Masih lagi berpuasa sehingga diberitahu semula oleh doktor boleh minum susu. Sambil tu kitaorang kena timbang dypers yang ditukar dan catat berat, masa dan kandungan dypers dalam kertas yang diberi. PU untuk kencing dan BO untuk berak. Kalo dua2 ada so tulislah PU + BO.

Sebabnya Dr nak monitor berapa banyak najis yang keluar selama dia berpuasa. Sekali dengan bersihkan usus dan perot dia dari jamu yang aku makan tu. Dari pagi ke tengahari, Khalish masih berpuasa. Aku memang automatik akan menangis tiap kali Khalish menangis nak susu. Terfikir yang susu banyak tapi tak boleh nak beri Khalish susu. Tahan jugak dari menangis tapi hati ibulah katakan. 

Nurse pun bertanya jugak sebab  Khalish kalo nangis satu HDU tu boleh dengar. Cakap je la nangis sebab nak susu. Tapi takde sorang pun nurse yang datang tolong untuk tenangkan Khalish. Bila masuk waktu melawat tengahari, Mak Sedara aku (Suti) Ayah Su, Shafeeq dan family datang melawat. Suti bagi idea untuk basahkan kepala dan mulut dia dengan air zam2. Kurang2 dapatlah Khalish hisap sikit air tu. Memang dah sumbat puting masa dia menangis lapar tapi lama mana lah dapat bertahan. Lama menghisap pun lenguh tapi susunya tak dapat last2 Khalish juihkan puting tu. Bila macam tu start la menangis semula. Masa orang datang melawat pun aku tak dapat tahan perasaan hiba ni. Akhirnya buat2 borak dengan Sofiyya. Diaorang mesti perasannya aku nangis. 

Petang tu aku berborak dengan jiran sebelah katil. Akak tu pun cakap dia menangis jugak bila tengok aku menangis. Pahamlah kiranya perasaan seorang ibu dengan anak yang masih dalam hari. Ha...ngko! Sampai jiran sebelah pun perasan aku menangis walaupun dah sorok2.

Waktu melawat kat sini dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan dari pukul 5 petang sampai 8 malam. So Abang akan datang pada kedua2 waktu melawat ni. Kitaorang akan ode apa yang perlu dibawa dari rumah dan pos semula apa yang perlu dibawa balik. Macam ni la kiranya tiap2 hari sepanjang berada dihospital.

Malam Khalish masih menangis tapi suara dah makin serak sebab dah banyak menangis dari siang. Malam tu aku dan Ma dah beri dia titis air zam2 pakai puting. Celupkan puting dalam air zam2 dan kasi Khalish isap. Setakat ni Khalish belum dibenarkan minum susu walaupun dia dah banyak berak sepanjang hari. Ubat tak payah cakaplah. Silih berganti. 

Kat sini Ward Round dalam 3 kali. Pagi, petang dan malam. Malam ialah untuk Dr yang oncall. Aku masih menunggu Ward Round yang sesi malam untuk tahu bila agaknya Khalish boleh minum susu. Susu badan dah siap pump dan simpan dalam fridge hospital. Dalam pukul 9:30 malam barulah Dr Najwa dan Dr Farisha datang. Tanyalah pasal berak dan check perot Khalish. Memang nampak perot dia dah kempis sangat sebab berpuasa.

Dr Najwa decide supaya bagi dia minum sekali malam tu dan bagi sampai Khalish kenyang. Dr Farisha pulak minta aku minum air satu botol mineral dan pergi kencing. Lepas tu baru boleh menyusukan badan. Sebenarnya Dr2 ni concern jamu yang masih bersisa dalam badan aku ni. Tu yang diaorang tak beberapa nak beri aku menyusu. Aku cakap kalo tak boleh susu badan, susu formula pun ada. Dr cakap susu formula memang totally tak boleh lah. 

5 Januari 2014
Lepas dapat susu akhirnya Khalish dapatlah tido lena sampai pukul 12 malam. Tapi sekejap je sebab bila dah lapar semula Khalish akan menangis lagi. Tapi dah Dr kata sekali je boleh bagi, so bagi sekali je la. Nurse shif malam akhirnya datang sebab kesian tengok Khalish melalak2 nak susu. Maybe mengganggu patient2 lain pun iye jugak kot. Nurse tu bedungkan Khalish dan baringkan dia secara mengiring. Puting diletakkan ubat yang nurse kat sini panggil susu. Rasa dia manis so Khalish pun hisap puting tu dengan selesa. Bila dah nyonyot, mata pun lena. Nurse tu sendalkan puting dengan bantal supaya tak mudah tanggal.

Memang tido lena sampai pukul 4 pagi dan terbangun sebab puting dah tercabut. So letakkan 'susu' tu dan bagi Khalish lagi untuk dia lena. Dalam wad ni aku bertemankan dengan Ma. Tengok nurse dan Dr pun tak marah bawak teman so aku go on je la. Malam pertama aku dengan Ma share kerusi yang sama. Sempit2lah sikit tapi tak apa sebab ada teman.

To be continued....

Friday, January 3, 2014

Khalish Masuk Hospital

Hari ni merupakan hari ke 17 aku berpantang. Bila tengok Khalish dah melepasi tahap untuk kena jaundice, so aku baru start makan post natal care brand Amway after 2 weeks. Tapi tak sangka lain yang aku elak, lain yang aku dapat. Amway punya post natal care bermula dengan minuman teh kunyit selama 5 hari. 2 kali sehari. Untuk hari ni kiranya aku dah abis tempoh 5 hari tu.

Tapi sejak 3 hari lepas, kitaorang perasan yang perot Khalish kembong dan keras. Dah tuam tapi tak surut2 kembongnya. So malam je dia akan menangis sebab tak selesa. Pastu bila minum susu je akan muntahkan sedikit maybe sebab angin dah banyak dalam perot. Nak kata dia tak berak, berak cuma aku rasa dia kurang kentut. Pastu bila nak burpkan dia tak burp walau dah tepuk belakang dalam 10 minit.

Nak jadi cerita, malam ni Khalish kembong lagi. Sebenarnya dari siang lagi dah kembong. Mintak Abah belikan Gripe Water. Lupa plak dalam fridge ada ubat Dentinox untuk colic jugak. Dalam pukul 11 malam pun duk nanges lagi. Abang plak malam ni shif malam. So bertiga je la. Dari ruang tamu sampai masuk bilik kononnya nak bagi tukar angin tak jugak berhenti nangis. Bila dah nanges, aku pun bagi susu campur sekali dengan Dentinox.

Lepas minum susu, kesan dari ubat Dentinox tu ade la dengar Khalish kentut dan berak sket. Tapi dia still menangis. Last2 kitaorang tuam dan urut2 betis dengan tapak kaki. Tapi macam tak jalan. Pastu Abah cakap perot dia dah kembong sampai ke dada ni dan skorotum dia nampak bengkak. Dah macam tu apa lagi terus terfikir nak bawak p spital la. Call Abang suh balik rumah sebab nak bawak pergi spital.

Cadangnya nak tunggu esok pagi je, tapi bila aku fikir kesian kalo sepanjang malam Khalish tak boleh tido duk nanges, kitaorang pun penat duk menjaga dia nanti. Abang sampai je rumah terus ke Hospital Columbia Puchong. Sampai sana dalam pukul 11:45 malam. Patient kat emergency takde lah ramai tapi kena ikut giliranlah. Nasiblah si Khalish ni dah lena dalam pangkuan nenek.

Bila dah dapat giliran, Dr India kat emergency tu check. Dia cakap perot Khalish memang kembong dan dia nampak skorotum dia bengkak. So dia minta refer ke hospital lain sebab kat situ takde alat untuk scan apa yang ada dalam prot dia. Hmmm...pulak dah! Nurse tanya nak pergi hospital mana? SJMC ke Goverment? Dalam otak aku cuma fikir kalo pergi swasta konpem kena caj sebab aku pun belum amik insurance untuk Khalish lagi. Last2 terfikir PPUM sebab ada ofismate aku yang buat rawatan kat sana.

Informlah kat nurse cakap nak pergi PPUM. Nurse pun cakap elok la tu pergi PPUM sebab dia pun ada Pediatric Emergency. Laa...ye ke... elok sangat la tu sebab kalo boleh tak nak campur dengan adult sebab baby kan... kesian Khalish menunggu nanti. Nurse tu cakap elok pergi malam ni jugak. Gedebak gedebuk dalam pukul 1:30 pagi kitaorang sampai ke PPUM. Mana taknya... kat Columbia tunggu ref letter, otw plak polis buat roadblock, nak ke PPUM pun sesat sebab tak biasa ke sini.

4 Januari 2014
Dah siap register segala macam, menunggu untuk buat rawatan. Ingatkan dapat ubat terus balik la. Rupanya tak. Kena pergi Xray prot dia, amik darah Khalish dan tunggu result. Kesian sebab baru 18 hari dah kena Xray. Abis sel dalam badan. Berat Khalish time ni 3.2kg. Kira dah naik dalam 400 gram dari berat lahir.

Akhirnya result Xray dah keluar dan Dr Emergency cakap usus dia nampak besar. Dr Paed minta untuk tahan dia kat wad untuk rawatan lanjut. Dengar macam tu, terus rasa berdebar2. Sebelum tu Dr tanya soklan2 spt

  • Bersalin normal ke Czer (Aku cakaplah normal)
  • Masa lahir, baby berak dalam tempoh 6 jam atau tak (Aku cakap tak sure)
  • Kat rumah macam mana (Aku cakap sebelum ni berak macam biasa...banyak dan dalam beberape kali, tapi sebab tak count so tak leh nak cakap banyak mana)
  • Dah berape hari kembong? (Aku cakap 3 hari)

Bila dah nak kena masuk wad, Dr nak buat line kat tangan dia. Suh hantar Khalish ke bilik rawatan. Nak tengok, Dr cakap parent duk luar dulu. Nanti dah siap kitaorang bawak keluar. Dari luar bilik dengarlah Khalish meraung. Meruntun hati ni dengar. Mesti sakit. Lama la jugak nangesnya. Tapi bila nurse bawak keluar dah diam. Pelik aku.... dia bagi ubat apa agaknya nak suh diam.

Start dari sini Dr dah suh Khalish posa...hmmm siannya. Last aku beri bf kat dia dalam pukul 2:30 pagi. La ni dah pukul 3 pagi. Nurse masukkan air kat tangan kanan yang dah siap line sebagai backup sebab kena puasa. Dari emergency ke Kompleks Wanita dan Kanak2 PPUM, nurse tolak atas wheel chair je. Jauh jugak jarak dia. Masuk wad dalam pukul 4 pagi. Nurse letakkan Khalish atas baby warmer. Untuk kitaorang hanya ada kerusi yang empuk dan biasa 1. Ingatkan dapatlah katil untuk tidokan.

Bermulalah episod sedih.... nanti aku sambung dalam entry yang lain.

Dalam Pediatric Emergency, tangan kecit ini tengah dimasukkan air

Thursday, January 2, 2014

Kakak Sofiyya Dah Darjah 1!

Hari ini dengan rasminya Sofiyya masuk sekolah rendah. Tapi papa je yang temankan pergi sekolah dan perati selama 2 hari. Umminya kan masih pantang. Baru 2 minggu bersalin. Luka pun belum baik sepenuhnya lagik. 

Actually, aku tak hantar Sofiyya sekolah rendah kebangsaan. Aku hantar sekolah rendah integrasi. Memang sebelah pagar rumah je. Pastu memikirkan orangnya yang kecit dan tak nak kasi dia penat, so integrasilah jawabnya sebab hanya satu sessi sekali dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kami pulak tak payah nak pening2 kepala nak memikirkan tambang bas sekolah yang naik tahun baru ni. Kira hantar pagi dalam pukul 8 pagi dan amik dia sewaktu kami pulang dari ofis. 

Kalo Abang keje shif pagi dan malam bolehlah amik Sofiyya dalam pukul 4:15 petang sebab ni la waktu sebenar sessi persekolahan. Kalo sampai pukul 6 tu kira OT la dan bayar pada bibik yang menjaga budak2 kat sekolah tu. Seperkara lagi tak perlu nak Q panjang2 nak beli makanan kat kantin sebabnya makanan dah disediakan untuk pelajar2 kat sini untuk waktu rehat dan lunch.

Sekolah ni pun tak besar mana dan tumpuan guru lebih kepada murid2. Setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas je dengan bilangan pelajar dalam 20 orang. Bila sekolah integrasi a.k.a sekolah swasta ni yurannya terlebih la sikit dari sekolah biasa. Yuran permulaan dalam 2k jugak termasuk buku sekolah dan baju sekolah. Monthly dalam RM290. Walaupun sekolah swasta, silibus dan buku2 belajar sama dengan sekolah kebangsaan. 

Yang paling aku suka kat sekolah ni ialah kasut dan stokin sekolah berwarna hitam. So tak payah nak susah2 basuh dan kapur setiap minggu. Satu pekerjaan yang aku kurang gemar zaman persekolahan dulu. 

1st day ni pun Abang tunggu kejap je dalam 2 jam. Lepas tu dah balik rumah. Sofiyya pun nampak macam selesa kat sekolah baru ni sebab ada kawan2 dari Dzuliman jugak. Dalam 5 orang jugaklah yang continue sekolah kat sini termasuklah bff dia. Senang hati anak tak buat perangai bila masuk darjah satu ni. 

Bff nama Ruqaya. Masa ni hari pengambilan buku sekolah dan baju sekolah
Uniform sekolah. Serba baru la katakan...
Dalam kelas hari pertama persekolahan
Guru kelas Cikgu Nurmahirah tengah tulis nama kat kasut masing2





Monday, December 23, 2013

Dengan Rasminya Nama Diberi

Sememangnya sejak dari dalam perot lagik duk panggil baby dengan nama Muhammad. Memang plan nak letak nama awal dengan Muhammad. Sebabnya papa dia takde nama Muhammad. So orang cakap better dalam satu family ada sorang yang bernama Muhammad. Kebetulan baby dalam perot pun boy so amiklah kesempatan ini letak nama Muhammad.

Nama yang aku nak bagi ni pun tersedia dah lama... dulu sebenarnya plan nak bagi nama lain kalo dapat anak boy, tapi bila search lagik jumpa nama yang lebih menarik dan jarang2 orang guna. Of coz la ada makna kan... Kesimpulannya nama Sofiyya dan anak no 2 ni, umminyer yang decide. Nasib baik Sofiyya setuju je. Kot lah dia ada nama kawan nak letak kat adik dia ni tak ke haru.

Adalah jugak yang cakap tak panjang ke sampai 3 perkataan? Tambah lagi nama papa dah 2 perkataan... hmmm gasaklah sebab kalo 2 perkataan macam ringkas sangat. Tu pendapat orang yang bagi nama ni la... hehehe. Cuma maksudnya kalo ikutkan agak tunggang terbalik sedikit. Mula2 plan nak ubah, tapi bila memikirkan Sofiyya dah sibuk mencanang kat semua orang nama adik dia... so kami sticklah dengan plan asal. 

Inilah orangnya Muhammad Khalish Zulfan Bin Khairul Ghafur. Khalish bermaksud Suci, ikhlas, murni dan Zulfan bermaksud Taman. Ironinya semoga perasaan suci, ikhlas, murni yg wujud akan membesar bagaikan taman di dalam hati... Harapan Ummi dan Papa nih untuk menjadi anak yang soleh. Amin....

Hari Kedua
Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Ketujuh dengan rambut pacak. Makcik urut yang datang umah setkan rambut atas request Kakak

Hari Keduabelas




Wednesday, December 18, 2013

Saat Yang Dinantikan Tiba Akhirnya

Hari ni hari ketiga aku MC untuk persediaan bersalin. Malam tadi dalam pukul 11 malam aku dah terasa perot ni seakan-akan cramp seperti nak period pain. Memang terasa macam dah tak lama dah... So whatsapp kat Abang yang kerja shif malam dalam pukul 2:10 pagi bagitau yang dah rasa sakit dan tanya lokasi dia kat mana. Kang tetiba sakit kuat nak la gegas dia suruh balik rumah. Abang cakap dia kat Kepong time ni.

Bila dah ngantuk sangat, tido la. Bila tido, sakitnya akan kurang. Sampai la pukul 3 pagi, pukul 4 pagi. Rasa macam nak bangun buat air milo dan buat telur separuh masak 2 biji. Petua orang untuk banyakkan tenaga sewaktu meneran. Tapi sebab tido itu lebih enak, last2 aku mimpi je la buat semua tu.

Pagi bangun subuh dalam pukul 6:30 pagi, masuk toilet dan tengok ade darah seketul besar tapak tangan.. aihh...memang cuak jugak la... sebelum ni kuar sket2 je. Sah! Pagi nanti kena pergi spital gak. 7:30 pagi Abang tak sampai rumah lagi. Terus mesej dia cakap nak p spital pagi ni. Bagitau parent aku yang dah kuar darah ketul. So Ma pun memang paksa jugak la p spital.

Breakfast pagi tu dengan telur ayam separuh masak 2 biji, kuih-muih dan air milo segelas. Bekalan kalo ditakdirkan hari ni adalah harinya. Kat rumah nasib dah terasa nak membuang segala mak nenek yang ada dalam perot. Nih pun petanda nak bersalin jugak.

Contraction tu ada tapi aku rasa tak la teruk mana. Dalam pukul 9 pagi tu dah gerak p spital. Siap salam2 dengan Sofiyya dulu dan pesan kat dia yang Ummi nak pergi spital keluarkan baby Muhammad. Memang tak kasi dia ikut la. Duk rumah dengan atuk dan nenek je. Nasib la dia ok... Sebenarnya mimik muka dia cam sedih jugak sebab tak dapat ikut.

Sampai Columbia, tengok Q punya la panjang untuk register. 2 kaunter je yang bukak. Abang plak dah drop aku awal sebab takde parking. Tu la... nasib jugak sakit tak kuat. Kalo tak mana boleh Q. Bila Abang dah datang, tukar tempat plak sebab pinggang dah sakit berdiri lama.

Dah dapat register, terus ke kaunter A. Sampai sana nurse terus suruh buat urine test. Aku cakap aku bukan nak buat chekup biasa, datang sebab ada contraction. Terus nurse tu inform nurse Dr Raja. So tunggu la kejap sementara patient2 yang sedia ada selesai.

Masuk jumpa Dr Raja, Dr Raja dah cakap kita induce je la sebab dari hari isnin dah bukak 1cm tapi sampai hari ni awak tak sakit lagi. Pastu aku citelah pagi tadi kuar darah ketul2. Dr Raja suh baring dia nak check bukaan. Check punya check rupanya dah 5cm! Dr Raja cakap lepas ni terus masuk labor room. Terkejut jugak sebab aku tak rasa sakit macam sakit bersalin Sofiyya dulu.

Dr Raja cakap nanti dia bagi drip untuk cepatkan contraction sebab kalo 5cm dan aku rasa sakit mesti dah tak boleh jalan. Nasibla pagi tadi memang dah bawak segala bekalan yang perlu. Kebetulan memang dah bawak kat tangan air zam2 satu botol. Abang kena setelkan urusan wad dan aku dibawa ke labor room.

Sampai labor room dalam pukul 10:30 pagi, aku mintak masukkan ubat buang air besar walaupun dah membuang pagi tadi. Sebab macam tak puas kalo tak dapat bersihkan semua. Selesai membuang, nurse datang untuk pasangkan drip kat tangan, dan pasang CTG kat perot. Dia check contraction memang kuat tapi heran sebab aku tak rasa sakit. Dah memang aku tak rasa sakit kira rezekilah tu.

Dalam Labor room... dah bukak 5cm tapi tak rasa sakit
Sempat buat peace yo!
11:00 pagi Dr Raja datang dan pecahkan ketuban. Alhamdulillah, air ketuban clear maknanya baby belom berak. So dia bajet dalam 3 jam lagi aku akan bersalin. Sebelum tu nurse check BP, turun naik jugak BP. Maklumlah dah ade contraction sket2 kan. Nurse amik suhu badan dan tengok suhu 37.5. Kira macam demam sikit lah. Aku cakap aku tak demam cuma la ni badan aku rasa berpeluh. Seolah2 macam tak bukak ekon pun ye jugak. Pastu nurse cakap Dr Raja suh bagi antibiotik masuk dalam drip supaya takde efek kat baby nanti.

Hmm... buat la apa saja asalkan semuanya selamat. 12:30 tengahari, sakit dah makin kuat, dan aku mintak untuk gunakan gas etonox. Nurse check CTG memang contraction tengah kuat. Dia siap pesan kalo rasa nak meneran bagitau sebab Dr Raja ada emergency C-Sec la ni. Takut tak sempat dengan aku pulak. Nurse check bukaan masa ni dah 6cm. Masa macam cepat je berlalu time ni aku rasa. Bila nurse check pundi kencing, dia cakap ada air kencing patutla bukaan jadi lambat. So dia amik alat untuk kuarkan air kencing.

Lepas tu je terus datang sakit yang tak ingat. Mintak jugak kalo aku boleh disuntik dengan Petidina. Tapi nurse cakap bukaan dah banyak dan tak boleh. Boleh guna gas je. So bertahan la dengan etonox je. Aku perasan Abang datang kat sebelah tolong lap peluh yang memercik kat muka. Nurse tu terus tanya nak kuatkan ekon ke, abang cakap boleh la sebab aku berpeluh sangat. Aku rasa efek dari antibiotik pun iye jugak kot.

Sambil tu mulut kumat kamit duk baca Surah Abasa (80) ayat ke 20 dan doa Nabi Yunus sewaktu berada di dalam perot ikan. Abang pulak hulur tangan bagi sokongan sewaktu sakit bersalin makin memuncak. Memang aku genggam tangan Abang sekuat hati waktu contraction yang kuat datang. Gas etonox tu memang tak lepas dari tangan. Kira spray je sepanjang masa sampai aku mamai. Tapi sakit tak hilang pun.

Akhirnya aku dah rasa ada gesaan untuk meneran dan inform pada nurse. Nurse check dan bukak 10cm. Masa tu dalam pukul 1:15 petang. Terus inform Dr Raja dan nurse siap2 katil dan alatan untuk proses kelahiran. Gas etonox lepas tu dah kena simpan dah....

Kat Columbia Dr Raja tak pulak bagi asben duk sebelah pegang tangan ke apa untuk bagi sokongan. Kira aku pegang alat untuk meneran je la. Kang patah plak tangan asben kalo pegang time meneran. Kali pertama meneran tapi tak lepas... so tunggu lagi gesaan kedua datang. Dalam beberapa minit jugak la. Mulut ni memang baca je ayat2 tu.

Kali kedua teran aku seolah2 macam mengerang sebab sampai keluar suara, patutnya tak boleh keluar suara sebab kurangkan tenaga. Tapi ntahlah... masa ni dengan masa kita baca kat tenet memang lain. Janji dapat keluarkan baby je. Teran punya teran sampai dah hampir putus nyawa dah rasanya tiba2 terdengar Dr Raja cakap okey kepala baby dah keluar... Alhamdulillah... saat ini yang aku tunggukan sangat. Push lagik sekali untuk keluarkan badan baby. Tepat jam 1:21 tengahari lahirlah zuriat lelaki kami selepas beberapa minit azan zohor berkumandang.

Dr Raja angkat baby dan terus letak atas perot aku. Tapi aku hanya mampu memandang je sambil pegang baby takut jatuh. Nurse amik baby dan sedut lendir2 barulah dengar baby menangis. Dr Raja cakap tunggu uri keluar pastu dia akan jahit sebab ada koyak sket. Sambil2 tu dia inject kat bontot untuk kecutkan rahim dan masukkan injection kat bawah sebanyak 2 injection untuk menghilangkan sakit rengat.

Masa nak menjahit tu, aku terasa sakit pastu Dr Raja cakap sorry dan suh nurse tambahkan dose kebas lagik. Dose kedua pun masih terasa sakit sampailah amik dose ketiga baru ok. Dr Raja cakap dia jahit 3 stitches je. Sikit je la koyaknya. Sikit ke banyak tapi tetap nak kena jaga. Tanya Abang, masa meneran tu aku ade angkat bontot ke? Abang cakap tak pun.

Masa ni baby dah diletakkan dalam tempat baby kasi dia warm gitu sambil sedut lendir2 kat hidung dan mulut yang masih ada. Abang dan sibuk amik gambar baby. Aku masih kat katil dengan kepenatan yang belom hilang. Selesai menjahit terus Dr Raja cakap tahniah dan keluar. Siap cakap nasib dia tak balik rumah sebab dah dapat rasa aku akan bersalin time lunch hour.

Seminit selepas dilahirkan
Tali pusat pun panjang lagi
Nurse tanya aku nak pegang baby ke camne.. aku cakap tak nak lagi sebab aku penat. Sofiyya dulu aku tak rasa penat pun siap excited nak pegang lepas bersalin. Kali ni seolah2 tiada kudrat untuk aku buat macam tu. Nak bercakap pun suara hampir tak keluar. Memang nak minum air je time tu. Nih kes salah cara meneran la ni.

Selepas selesai baby kena bungkus, nurse bagi kat Abang untuk azankan. Aku pulak kena stay kat labor room dalam tempoh sejam setengah untuk monitoring. Sambil2 tu kena amik BP. Nurse cakap BP aku macam tak stabil. Mana taknya, penat sangat aku rasa.Tunggu BP stabil barulah keluar dari labour room ke single wad. Nasib dah booking awal2. Kalo tak sure penuh.

Dalam perjalanan masuk wad
Tag Name saya
Close up
Malam tu Ma yang temankan aku kat spital sebab Abang risau Sofiyya tak pernah tido dengan atuk sendiri. Terpaksa campur susu tin sekejap sebab susu badan belum banyak tapi permintaan melebihi pengeluaran. Anak lelaki kot agaknya kuat menyusu.



Nurse siap pacakkan rambut saya
Stay kat hospital 1 malam je. Esoknya dah boleh discaj bila baby dah berak dan kencing sendiri. Ummi pun dah boleh jalan sendiri.. :)


Saturday, September 28, 2013

Scan 4D

Hari ini memang dah buat appointment dengan Kak Ar (Kakak Ipar aku merangkap kakak kepada Abang) untuk pergi buat scan 4D kat klinik dia. So appointment dalam pukul 12:30 tengahari. Kebetulan start semalam sampai esok LITTLEWHITZ ada buat warehouse sales. So pagi2 lepas breakfast terus ke Setia Alam membeli belah apa2 yang patut untuk orang baru. Setel kat  sana terus bergegas ke BBB plak. 

Sampai kat klinik shutter dah tutup separuh dah. Memang konpem menunggu kitaorang datang je. Sofiyya plak tak nak join masa scan 4D tu sebab dah jumpa sepupu2 dia. Dah syok main sama2. Oh ya... kalo korang tatau nak buat scan 4D kat mana boleh la singgah kat Klinik Kak Ar ni. Nama klinik KLINIK MEDIVERON DR ARIFAH & RAKAN, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Land mark terdekat ialah JPJ BBB.
Masa scan tu baby tengah menguap. Banyak kali jugak la.... mengantuk sangat agaknya. Pastu kedudukan melengkung kaki dah sampai ke muka, tangan sebelah kanan menghala ke bontot. Hai...macam2 position. Bila scan 4D ni memang sah2 lah jelas anu dia tu. Our Khairul Junior is on the way... :D

Banyak kali scan untuk dapatkan gambar muka baby dari depan tapi nampaknya dapat half jek. Sebelah lagi dah tertutup dengan kaki dia yang dah sampai ke muka. Berserabut dengan tali pusat lagik. Nampak chomel je duk dalam perot ummi dia nih...

Berat dalam 1kg ++. Ukuran badan dalam 27 weeks ++ walaupun hari ni sebenarnya minggu ke 26 dan 6 hari. Kak Ar memang amik banyak gambar dan save semuanya. Tapi disebabkan kitaorang nak datang lagik untuk buat scan... so hanya print gambar yang nampak separuh muka jek. Kalo biasa dapat sekeping CD dengan semua gambar masa scan. Sekali dengan print untuk 4D yang terbaik. Bukan kertas nipis tau. Guna kertas macam print gambar tu. Ha... kalo korang tanya berapa ongkos buat 4D kat Klinik ni, tak dapeklah aku nak menjawab. Sebabnya...hehehe paham2 je la kalo dah kakak ipar. Ada kos2 yang dikira rege adik beradik. :D

Our 'Muhammad' @ 27 weeks


Tuesday, September 17, 2013

G4P1+2 - 25 Weeks

Hari ni checkup untuk 6 bulan @ 25 weeks. Bulan lepas Dr Hamizah dah inform yang datang kali ni kena buat injection ATT (Anti Tetanus Toxoid). Hah, kalo yang tak biasa injection ni bertujuan untuk mencegah kancing gigi. Yelah nanti kan nak bersalin... konpem ada luka2. So bila luka2 tu senang nak kena jangkitan kuman. Nih sebagai langkah berjaga2 lah andai kata tak sempat nak bersalin kat hospital.

Pagi2 kat ofis aku dah mengoogle mencari petua untuk tak nak bagi lenguh tangan bila lepas injection. Biasa kalo kena suntik ATT ni 3,4 hari jugak lah tangan terasa macam memikul batu. Sebabnya ada ofismate aku pun baru lepas cucuk hari sabtu, hari ni masih terasa lenguhnya. 

Cari punya cari jumpa lah jugak. Tapi sebenarnya berguna untuk anak yang baru lepas kena injection tak nak bagi demam. Tapi takpe lah try je mana tau menjadik. 

Checkup hari ni Dr Hamizah sahkan lagik jantina baby iaitu boboi. Syukur... sebab akhirnya dapat sepasang walaupun jarak jauh. Kedudukan baby melintang dengan kepala sebelah kiri perut dan kaki kat belah kanan perot. Dr Hamizah cakap biasa la kedudukan masa ni boleh pusing2 lagik. Berat baby dah 8++ grams. Ukur panjang kaki dan masuk 26 minggu dah. Kira normal la tu. Setel buat scan baru lah kena cucuk.

Masa kena injection tu sakitlah jugak sebab dah jarum tertusuk dalam daging kan! Keluar je dari bilik Dr, terus aku sapu minyak cap kapak yang memang aku bawak ke mana saja... Sementara menunggu nak dapatkan ubat tu, aku tenyeh lagik minyak cap kapak beberapa kali kat tempat injection tu. Total kos hari ni RM88 dan dapat lagik obimin. Melambak2 stok obimin kat rumah sebab aku dah benti makan obimin. Ingat price injection ni lebih la RM100 tapi ok la jugak sebab tak sampai pun. Tunggu bulan depan pulak untuk dapat injection yang kedua. Sebabnya jarak anak no 2 dengan no 1 dah lebih 4 tahun. So nak tak nak memang kena 2 kali macam mula2 peknen dulu la.

Kesimpulan dari eksperimen minyak cap kapak tu, lengan aku terasa sakit je kat bahagian injection tu tanpa rasa lenguh. Leggaaaa..... tapi kena tenyeh minyak cap kapak tiap kali minyak tu kering la. Tu je petua tak nak bagi lenguh. Yang penting guna minyak atau bam yang panas.

Tuesday, August 20, 2013

G4P1+2 - 21 Weeks

Hari ni checkup 5 bulan @ 21 weeks. So hari ni turn untuk amik darah setelah checkup bulan lepas Dr Hamizah kesian nak amik disebabkan badan aku susut. Maklumlah berpuasa... tapi berat kali ni pun takde lah naik mencanak2.Tambah sekilo je dari bulan lepas. Ok la tu ada kenaikan sikit.

Sofiyya je temankan aku sebab Abang keje petang. Ingatkan bawak Sofiyya teman dapatlah gambar baby yang Dr scan. Rupanya taktik aku tu tak laku. Tapi aku pun tak cakap kat Dr Hamizah mintak print gambar. Bulan ni Dr Hamizah seakan mengesahkan jantina baby iaitu boboi. Nampak jelas anu dia sebab masa scan duduk terkangkang...heheheh.

Ukuran baby memang sepadan dengan 25 minggu. Dah la aktif masa scan sampai Dr Hamizah cakap duduk tak diam budak ni... :D Tak pasal2 baby kena marah dengan gynae. Amik darah dalam 1 tiub syringe yang besar tu. Total kos hari ni RM130 beserta obimin. Agak mahal jugak ye kalo time amik darah ni. Tapi memang dah prepare duit siap2.

Mood rini memang happy la sebab bakal dapat sepasang. Alhamdulillah... :D