Saturday, April 28, 2012

Cameron Highlands 2012 - Day 1

Plan untuk ke tempat sejuk dah lama. Dari bulan 1 lagik. Maklumlah...cuaca sangat2 panas la ni. Masa tu tatau Amir punya plan nak ke Melbourne. Bulan 3 baru tau Amir punya plan. Time dia pegi Melbourne tu Ma dan Abah akan datang KL. Aku sebenarnya dah booking Strawberry Park Resort melalui Legend World Wide Holidays. Memang member Legend pun. So sebagai member, dapat rate RM120 je satu malam sekali dengan breakfast. Kitaorang amik 3 hari 2 malam. Nak booking dengan Legend ni kena 3 bulan awal. Tu yang dari bulan 1 lagik dah booking.

Bila tau Ma dan Abah ada kat KL time kitaorang ke Cameron tu, ajaklah Ma dan Abah sekali. Mula2 Abah tak nak pegi. Tapi sebab Ma pun belum pernah sampai sini, so Abah setuju ikut sekali. Amir bila nak pegi Melbourne tu dia tinggalkan keta dia kat umah aku dan bagi pakai keta dia untuk ke sana nanti. Aku booking untuk Ma dan Abah hotel yang sama tapi melalui AGODA sebab untuk Legend ni aku entitle 1 bilik je. Harga dia jauh beza dalam RM9++ untuk 3 hari 2 malam termasuk breakfast.

Pagi hari perjalanan tu kuar umah dalam pukul 9:30 pagi. Memang plan tak nak lalu ikut Tapah. Lalu ikut simpang Pulai senang sket jalan dia tak macam ular kena palu. Cuaca pun ok. Sampai Cameron tepat2 waktu orang solat jumaat. Singgahlah dulu masjid dekat Boh Plantation bagi orang2 lelaki ni menunaikan kewajipan. Lepas tu baru cari makan tengahari kat Brinchang. Lepas kenyang isi perot barulah pegi check in hotel. Aku request connected room so senanglah sket. Nasib baik lah ada.

Rehat2 dulu dalam bilik sampai 4:30 petang pastu kuar ke Cameron Valley Plantation. Amik gambar kat ladang teh ni... ramai jugak orang datang sini. Bas persiaran je dah berape buah. Nak rasa teh dia tapi sebab tengok rege RM5 secawan terus tak jadi. Dah dekat kul 7 petang baru gerak balik ke Tanah Rata dan makan malam kat sini.

Toilet dia besar walaupun takde tab mandi
Blek Strawberry Park Resort
 













Sofiyya merasa daun teh





 



Sunday, April 8, 2012

Planetarium Negara 2012


Hari ni Dzuliman mengadakan outing ke Planetarium Negara. Sekolah ni bagi kebenaran untuk parent ikut sekali naik bas ke sana. Kos of coz la kira kepala. RM 50 seorang sekali dengan transport, breakfast, tiket masuk dan lunch. Bukan tak nak bagi Sofiyya pergi sendiri tapi memandangkan Abang pun keje rini, so aku follow lah sekali. Duk rumah sorang2 pun mati kutu jugak.

Bas bertolak dari Dzuliman dalam pukul 9:00 pagi. Sampai sana pukul 10 pagi. Sampai2 kena beratur dulu dan tunggu branch lain sampai. Barulah masuk sama2. Bila semua dah sampai barulah masuk Planetarium. Aku pun sebenarnya 1st time datang sini...hihihi. So amik peluang sekali tengok apa ada dalam ni.

Gerak balik ke Dzuliman dalam pukul 1 tengahari. Plan ustazah nak lunch ramai2 kat masjid negara tapi memandangkan ramai plak ari ni last2 cancel je. Bagi je lunch pack kat sekolah.

Dalam Bas. Mood nak pakai tudung belum sampai



Sampai kena kumpul dengan branch2 lain

Belaja jadi pilot
Angkasawanita Sofiyya. Eh ade ke nama nih?


Budak2...tempat macam ni pun main lari2

Dah selesai. Kena Q dulu check kot2 ada pelajar yang takde
Mamam jajan dalam bas




Saturday, March 17, 2012

Clay Art & Origami Class 2012

Tahun lepas CLAY ART diadakan di tempat company itu sendiri. Tapi maybe sebab lokasinya yang kurang sesuai untuk kanak2, so tahun ni buatlah kat ofis. Ok sangatlah tu sebab kalo tempat Clay Expression tu, penuh dengan habuk dan peralatan. Panas pulak tu. Bila buat kat ofis, aircond dipasang so kanak2 ni selesa nak buat seni.

Kali ni kelas ni combine sekali dengan kelas Origami. Makanan pagi dan tengahari pun kitaorang makan kat Kafe Ofis. Tapi menu dia boleh tahan dan sedap. Antaranya sphagetti, hot dog, nugget. Sesuailah menu ni untuk budak2. Tiada had penyertaan untuk aktiviti ini. Kiranya dari bayi sampai sekolah rendah boleh join. Tapi bila setengah jam buat clay art ni, kebanyakannya ibubapa pulak yang amik alih. Anak2 dah sibuk aktiviti lain.

Guru kelas Clay Art
Mula2 ibu2 yang join



Nurul & Alesha
 

Kalo tak paham...tanya
Baby foot print untuk anak2 bawah 1 tahun
 

Pastu tukar pulak dengan ayah
Macam terrer buat keropok gentel nih..
 


Sikit lagik nak siap
Ariz anak Nurul & Zafiz

Kemain yer kalo disuruh bergambar
Anak Norita, Nurul dan Kak Norro
Antara yang dah siap



Rehat dulu kat kafe sebelum kelas origami pulak
Nih nama dia origami

Kaum bapa yang excited belajar. Anak2 tak minat pun
Yeay...dah siap


 

Bunga teratai pulak
Cikgu yang mengajar origami