Saturday, November 3, 2012

Bowling JPN 2012

Tahun lepas perlawanan persahabatan dengan BAHAGIAN MYKAD, kali ni dengan Bahagian BTM, JPN pulak. Lokasi mestilah di Alamanda, Putrajaya. Seperti biasa ahli kumpulan aku adalah ahli2 yang biasa kitaorang bermain yang terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Perlawanan bermula 9:00 pagi. Makanan pagi dan tengahari turut disediakan. Mewah pulak tu. Group aku dapat tempat ketiga berkumpulan. Dapatlah bawak balik hamper lagik. Nih pun semua team member lelaki yang terrer2. Kali ni pun aku datang satu family.


Breakfast dulu sebelum bertanding
Nangis sebab tak puas hati dengan papa. Ummi lah tempat mengadu
Mod belum ok, tapi dapat tab nanti ok la
SZ tu aku la
Yeay..dapat no. 3
 

Ummi kat dalam main game, papa dan Sofiyya jalan2 kat luar






Lunch pulak
Muka ngantuk
Amik gambar sendiri
 


Monday, October 15, 2012

My Birthday - 33 Years

Birthday aku yang ke 33 tahun kali ni celebrate kat ofis. Beramai2 dengan member2 yang birthdaynya jatuh bulan Oktober. Sepatutnya 5 orang tapi kali ni dapat kumpul 3 orang je. Kitaorang celebrate dengan member2 ofis pada 15/10/2012. 

Kiranya untuk aku early celebration la kan... So collect duit 3 orang ni beli kek chocolate indulgence Secret Recipe dan KFC barrel. Meriah la jugak sebab kebetulan ramai member2 duk kat ofis ritu. Enjoy makan kek sama2... :D Happy birthday untuk Nani & Syura jugak! ;)


Our Birthday Cake

Syura, Na & Nani

Lagik sekali potong kek sama-sama

Ramai-ramai dengan member ofis

Mamat mamat kat belakang yang menyibuk

Nih drang dah takde

Antara kawan2 FB yang wish. Thanx atas ingatan semua... :D


Sunday, October 7, 2012

Enfagrow Smart Camp @ Aeon Bukit Tinggi

Beberapa hari lepas aku dapat mesej dari Mead Johnson berkenaan Enfagrow Smart Camp yang akan diadakan di Aeon Bukit Tinggi. Seperti biasa, kalo Abang tak keje memang aku lah yang tukang bagi cadangan untuk aktiviti weken kitaorang. Tu yang kitaorang sampai kat sini. Sofiyya kejap je minum Enfagrow ni masa dia umur 1 tahun lebih. Sebabnya Sofiyya sembeli tahap kronik yang sampai tiap kali buang air besar mesti berdarah2. Lepas tu minum susu Pediasure pulak. Sampai usia 2 tahun jugaklah minum susu kanji jagung tu.

Masuk je dua tahun kitaorang tukar susu lagik ke Sustagen Junior. So register masuk kelab Susta pulak. Sebelum ni kelab Enfa. Tapi disebabkan masih aktif sebagai member Mead Johnson, tu agaknya aku dapat mesej. La ni Sofiyya minum Sustagen Kids memandangkan usia dah 5 tahun kan. Banyaklah jugak aktiviti membina minda kanak2 kat smart camp ni. Kalo dapat jawab semua, dapatlah gift berbentuk fail yang mengandungi buku2 dan alat tulis.





Sunday, September 23, 2012

Fitri Fly By 2012

Hari ini kitaorang hantar adik bongsu aku, Fitri balik ke Sheffield setelah 3 bulan balik bercuti ke Malaysia. Tinggal lagik 2 tahun je la pengajian dia. Kali ni dia balik dapatlah beraya dengan satu family. Masa dia balik ke Malaysia, macam2 aku kirim kat dia. Henbeg, kasut dan perfumes. Pastu tak lupa fridge magnet kalo dia pegi jenjalan ke mana2. Aku ni memang pengumpul fridge magnet yang tegar. :D

Sofiyya dengan Asyadeya





Babai Pak Su



Sunday, September 16, 2012

Khairyna Sofiyya - 5th Birthday Celebration

Birthday Sofiyya yang betul dah lepas 4 hari. Tapi sebab nak cari hari orang tak keje so kami pilihlah Hari Malaysia ni untuk majlis hari jadi dan open house sekali. Nasib ada Ma, Abah dan Fitri yang datang tolong. Kalo tak, tak menang tangan jugak. Mana tak nya... semua menu homemade.

Menu Yang Ada:-
  • Air Teh - Kaw punya macam mamak Maju2
  • Air Kordial
  • Laksa Johor
  • Nasi Impit
  • Pulut Kuning
  • Mee Goreng
  • Kuah Kacang
  • Roti Jala
  • Kari Ayam
  • Nuget Ayam
  • Serunding Daging (Nih aku ode kat ofismate aku, Ina)
  • Keropok (Orang Terengganu makan mee goreng dengan keropok, baru laju je makan. ;))
  • Buah Anggur
  • Puding Koktel
  • Puding Coklat
  • Dadih

Aku dan Abang la pergi cari barang2 untuk masak. Sabtu tu dah membeli belah semua barang2. Barang2 basah semua aku beli kat Pasar Borong Selangor. Polisterin segala mak nenek tu aku cari kat Mydin je. First time beli barang kat Pasar Borong ni. Murah2 jugak barang dia kalo nak compare dengan Mydin. Kek birthday pulak aku order kat Kedai Berry's di Taipan ni. Oklah rege dan rasa dia kalo nak compare dengan BLOG yang biasa aku tempah.

Majlis ni aku jemput ofismate perempuan yang satu projek dengan aku je plus member2 rapat la. Abang pun jemput member2 sekolej yang tinggal area sini dengan ofismate dia. Sedara mara of cozlah jemput sama. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi datang dan bagi hadiah, duit untuk Sofiyya. :)

Muka happy sebab orang celebrate birthday dia
 

Kek from Berry's
Nih sebelum orang datang


Gaya bebas
Bergambar dengan atuk, nenek dan pak su
Semua ada
Khas untuk tetamu

Goddies untuk budak2... ummi create sendiri semua ni
 

Tetamu yang mula2 sampai je sempat menyaksikan acara potong kek
 

Kena blow banyak kali sebab lilin tak padam
Potong kek dengan ummi
Semua tengok Sofiyya potong kek

Syura patut dapat adiah sebab jadi tetamu 1st yang sampai
Bam2 anak kiah...

Bakal mummy and daddy
Nurul dan anak2
 

Belon banyak2 tu untuk budak2 yang datang
Menu untuk tetamu
Kak Norro dan anak2 dara
Ashraff yang sangat pemalu
Asyadeya yang lincah
Iman Qistina anak Kak Jus
Ofismate Abang